Hai Hai hoit!
Bagi orang-orang yang tengah berhempas pulas menyiapkan kerja kat opis yang rase-rase macam takde penghujungnye tu, baiklah korang rileks kan minda korang untuk bace entry aku ni sekejap saje. Aku nak share sikit ape kate-kate dari Dr. Fadilah Kamsah dan sorry la entry ni aku copy paste je sebab sharing is caring..!!
Yang penting kite semangat!
Yang tak senyum tu boleh la senyum sekarang sebab aku nak kasi korang senyum sampai korang rase lega bahawa hidup ni indah kalau kite pandai menilai dan menikmatinya semaksima mungkin! (opps..macam lari sikit dari tajuk asal..)
Ketika kamu melihat seseorang... ..Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu....Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya. .Kamu menganggaplah dirimu sendiri..... ..
********************************************************************
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima
hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
***************************************************************
Nota Kaki: Syabas dan tahniah sebab anda bekerja dengan satu senyuman.