Assalamualaikum,
Proses kereta aku siap dibaik pulih lebih kurang 2 bulan. Kira macam kau amek maternity leave gitu. Masalahnya kereta aku tak beranak la. so sepanjang kereta kat bengkel aku terpaksa rembat Kereta husband aku bawak pergi kerja. Nasib baik opis husband dekat dalam 10km je dari rumah, so aku paksa dia pakai Kereta manual abang aku. huahua..
So sepanjang 2 bulan tu, every 2 weeks aku akan datang bengkel tu untuk buat inspection. In case la kan diorang buat kereta aku cincai je, or pakai spare part selain perodua ke kan. Follow up tu memang penting untuk tahu progress kereta kau. Kalau tak puas hati ke,kalau detect diorang tipu ke bagitahu direct je. Kita langsi punya olang. Kalau buat tak betul, kita panggil abang kawasan datang kasi hentam lu olang. Lu langsi lu matii !*tangangigil*
2 weeks after hantar bengkel... dia togel semua .. sian awaa... :(( |
4th weeks-- alhamdulillah.. ada progress.... |
Final weeks.. sikit lagi nak jadi bentuk dah.. hang in there baby.. :(( |
Finally... siap jugak...yehuuu..! |
JPJ & Puspakom buat sendiri je-Jimat belanja!
Sedang kereta dalam process baikpulih, aku kena settled kan jugak hal berkaitan JPJ dan Puspakom. Aku buat sendiri je jimat duit. Last time runner mintak sampai RM400 untuk buat 2 benda tu. Padahal buat sendiri lagi murah. Tapi depends korang jugaklah. If ada duit tapi takde masa, so better pakai runner. Sebabnya kalau buat sendiri ni yang leceh kena ambil cuti. Cuti kalau bersepah takpe.
So, dalam masa sebulan admin bengkel tu akan prepare document untuk kita hantar ke JPJ iaitu kebenaran baik pulih Kenderaan. Ada a few item yang memerlukan kebenaran JPJ before bengkel boleh proceed untuk buat baikpulih kenderaan. Contoh bagi kereta aku:
- Front/rear windscreen pillar
- Centre pillar
- Chassis panel
Lepas admin bengkel tu prepare document diperlukan, then kena hantar ke JPJ Padang Jawa. Borang ni dihantar ke pintu 3, kaunter rundingcara teknikal. Lepas hantar form, tunggu lah dalam masa 2 minggu untuk JPJ keluarkan surat kebenaran baikpulih Kenderaan.
Then lepas dah dapat surat kebenaran JPJ, surat tu terus hantar ke bengkel semula untuk proses seterusnya.
Tangan kecil itu.. Ammar yang punyaa.... |
Kereta dah siap-Alhamdulillah!
Bila dapat call dari bengkel kata kereta dah siap, rasa macam nak lompat bintang 10 kali sebab terlalu happy. Yelaah.. 2 bulan takde kereta rasa macam hilang kaki je. Nak pergi sana sini pun susah sebab kadang husband kerja tak menentu. Kadang tu kena outstation terpaksa dia ambil balik kereta dia. Nak merempit pulak husband tak bagi. Huhu
Pemeriksaan puspakom
Next step lepas kereta dah siap dibaikpulih, kereta kena masuk puspakom semula. Step untuk inspect puspakom:
1) Booking puspakom seminggu awal untuk buat inspection. untuk booking, boleh call ke nombor 03-5101 7000 (Puspakom padang jawa). Kata kita nak buat pemeriksaan selepas kemalangan Kenderaan persendirian. Nanti kita akan diberi booking no.
2) Lepas dapat tarikh untuk inspect, so siap-siap apply cuti lah kan. Kang nanti bos taknak approve cuti tak pasal kena tukar tarikh lain. Satu hal pulak!
3) Document diperlukan semasa pemeriksaan adalah surat pengesahan baikpulih dari bengkel dan juga geran kereta original.
4) Geran kereta ni pun kena mintak sendiri kat bank. Pergi ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan, isi form, then dalam masa seminggu dah boleh collect geran kat bank tadi. Simple!
Settled part 2.
No comments:
Post a Comment