Assalamualaikum,
My nearly-2-year-old son is a huge fan of gajah. Kat rumah aku ada rekod satu cerita dalam TV from Thailand mengenai gajah, My Lucky Elephant. Jalan cerita dia sangat simple tapi menarik. Since aku dah rekod, so almost every day Ammar mintak pasang cerita tu sampai kami dah naik hijau tengok hari-hari.
HARI-HARI OK! Tak tipu.
Since Ammar pun dah minat gajah, so kami pun ada bercadang nak bawak Ammar tengok sendiri gajah tu depan mata. Haa.. baru thrill kan. So, last time kami pun bawak dia ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang. Trip kali ni kami tak bertiga, aku bawak sekali my mom dan adik bongsu. Baru meriah kan. So here’s my trip story dan beberapa tips untuk kegunaan korang.
Elephant show start at 2pm onward
So, off we went to Kuala Gandah. Actually before pergi adelah survey sikit kat internet pasal tempat ni. Aktiviti gajah start from 2pm onward. Ada aktiviti mandi bersama gajah, feeding, elephant show etc etc. Macam menarik kan?
Kedai makan tak banyak?
Dari Shah Alam ke Kuala Gandah ambil masa dalam 1 jam 45 minit je. Aku just nak remind once dah sampai pekan Bentong, better korang makan siap-siap kat sini sebabnya bila dah sampai area Kuala Gandah memang korang takkan jumpa kedai makan dah. Tu pun ada satu je kedai makan kat luar pusat konservasi tu tapi bila kami sampai dalam pukul 1 pm kedai makan tu pun dah nak tutup. Despair tau berjalan dengan perut lapar ni.
Free entry je tau… sumbangan dialu-alukan
Masa kami sampai tu, memang ramai sangat pengunjung yang datang. Bayaran masuk memang free Cuma digalakkan lah untuk memberi sumbangan. Jangan la jadi kedekut taik hidung masin sesen pun kau tak hulur. Duit sumbangan tu nanti pusat tu akan pakai untuk kegunaan gajah-gajah ni jugak. Kata pencinta haiwan kan? Kalau tak cinta kenapa datang kan? Huhu. Panas au sini.. ..
Lepas daftar di kaunter, kami terus ke kandang di mana diletakkan 5 ekor gajah separately. Pengunjung dibenarkan untuk feeding gajah dengan membeli food gajah dengan harga RM2 untuk 5 kerat tebu (kerat tebu??)
Masa ni memang padat sangat orang berpusu-pusu nak bagi gajah makan. Kat sini rata-rata pengunjung dia berumur lingkungan 40-50 tahun. Makcik-pakcik tau berebut-rebut dengan aku semata nak bagi gajah makan. Kau hado?
Xcuse me.. Ammar nak pegang gajah.. tolong tepi sikittt |
2nd attempt Ammar nak peganga gajah.. successfull! |
Elephant show start at 2pm.. tapi delay sikit
Pertunjukan gajah start pukul 2 pm. Pengunjung pun dah ramai berkumpul ambil tempat masing-masing kat grand stand untuk tengok gajah marching. Time tu memang panas menggelegak jugaklah. Tapi dekat pukul 2.35pm baru show start. Rasa macam geram nak marah jugak kat situ sebab show tak ontime. Ramai pakcik makcik dah tunggu lama tak senang duduk sebabnya kena tahan panas including mak aku.
Bila Nampak gajah-gajah marching dari jauh, ramai dah start tepuk-tepuk tangan suka. Then lepastu setiap ekor gajah akan diintroducekan oleh penjaga masing-masing dan buat aksi sikit. Done! Show ended. Pengunjung diberi tembikai free untuk bagi gajah makan. Tak sampai 1 jam pun. Thee..hee..
Ammar diberi masa sikit untuk bermesra dengan gajah. Turn out yang dia takut tengok gajah depan mata! haha....
Lepas puas tengok gajah, kami pun tak boleh duduk lama kat sana sebabnya peluh kesabaran dah memercik sana-sini. Kami plan untuk ketempat lain pula.
Menunggu dengan penuh kesabaran |
![]() |
" Mommy Daddy.. sayy aaaaa.." |
2nd destination- Air terjun Chamang-the best!
Dari Kuala Gandah ke air terjun Chamang lebih kurang 1 jam je. Perjalanan nak ke air terjun agak berliku so sila bersabar semasa pemanduan sebabnya bila dah sampai sure korang berpuas hati melihat keindahan alam yang menanti. Chewah!
Superb cantik-tapi bahaya
Air terjun Chamang antara one of attractive destination. Tapi kat sini kena berhati-hati sikit sebab kerap berlaku kepala air. Kalau musim tengkujuh tempat ni akan di tutup. Pernah ada 3 kematian berlaku. Tu pun sebab sikap pengunjung yang cuai tak alert dengan tanda amaran kawasan bahaya yang ada kat sini.
First time sampai memang wow! Air terjun tercantik pernah aku tengok. Ada jambatan gantung disediakan untuk ke seberang sana. Masa mak aku panjat mak kata memang tak boleh go on. Ketaq lutut jambatan tu bergoyang-goyang. Nak turun ke bawah pun agak curam lah. Tak sangka mak aku boleh harungi dengan jayanya. Maceh mak!
Ammar memang pantang tengok air. Ni sungai ke-2 dia datang. First time mandi kat sungai Ledang. Memang seronok tengok budak kecik tu mandi. Kalau air tu tak sejuk macam ais confirm dia tak nak balik. Despair lagi.
Lebih kurang pukul 5 pm baru bergerak balik semula Shah Alam.
![]() |
Belajar swimmingg! |
![]() |
Mak dok berehat saja.. tukang jaga beg.. huu |
![]() |
Dah puas mandi kita makan ais krim pulak |
xoxo
No comments:
Post a Comment