Assalamualaikum,
Hari ni baru ada kesempatan nak story mory pasal kes Kereta aku eksiden masa raya hari tu. Dah nak masuk 4 bulan
Last hari raya puasa haritu, aku pinjamkan kereta aku kat abang aku sebab dia nak balik kampong kat Kelantan. Since aku pun balik kampong ke Segamat pakai kereta husband, so aku pun tanpa banyak tanya bagi lah pinjam kat dia. Abang kan…
Tapi, malang itu sungguh tak berbau…..
Nak dijadikan cerita, sampai-sampai je aku kat kampong husband, got a call from my abang ni kata mereka accident. Innalillah! Masa tu agak kaget lah sebab kami baru 5 minit sampai dari kampong then dapat berita yang mengejutkan tu.
Alhamdulillah, semua selamat in that crash. Abang aku langgar divider kat atas highway, masa tu baru kat Bentong sebabnya terlelap. Allahuakbar! Mengucap aku sebab tak sangka abang aku boleh terlelap masa tengah drive. Tapi bersyukur sebabnya tak melibatkan Kereta orang lain. Own crash. Semua selamat. Syukur!
Dalam syukur tu rasa terkilan jugaklah sebabnya Kereta aku kan yang accident. Haha! Then lagi ralat sebab baru setahun beli. *nangishingustergantung* Tapi just fikir positif maybe semua ada hikmah yang Allah nak tunjuk supaya kita jadi lebih sabar.
So memandangkan ni kali pertama kereta aku accident, aku rasa macam nak share sikit apa yang perlu kita buat selepas accident, macam mana nak claim insurance semua. Kira my own experience lah. Confident sikit.
Stay calm & Safe our valuable items!
Yang penting, try not to panic. Of course la lepas eksiden kita akan rasa terkejut so tenangkan diri dulu. Check semua family member selamat. Then keluar dari Kereta cepat-cepat. Safe our belongings especially yang penting macam purse/wallet, phone. Kalau handbag kau brand prada sekali pun better safe them quick!
Ambil gambar & call insurans kereta
Yang penting ambil gambar kecederaan kereta. Ambil dari pelbagai sudut. Lepas abang aku kemalangan tu, mujur polis trafik cepat sampai then kawal lalu lintas. Since masa tu orang berpusu-pusu nak balik kampong (1 day before raya), so traffic agak padat. Abang aku punca jem tersebut. Lulz!
Lepas tu boleh call insurans kereta kata kereta eksiden. Selalunya insurans Kereta ada sediakan sekali khidmat bantuan kemalangan. So towtruck dari insurans kita tu akan datang untuk tarik kereta kita untuk dihantar ke panel workshop. In case ada towtruck lain offer nak tarik kereta kita, please say NO dan jangan pandai-pandai sign apa-apa surat yang diberikan oleh towtruck tersebut. Sebab nanti tak boleh nak claim insurans, dah kena keluar duit poket sendiri pulak. Haru..
Tahap kecederaan kereta aku |
saya ta kuaat awwaa...;( |
Kereta punca jem!... |
Terus buat report polis
Kemudian, terus pergi buat report polis. Masa abang aku eksiden tu, towtruck tu yang hantar abang aku & family ke balai polis yang berdekatan. Polis report ni penting untuk kita buat claim insurans nanti dan report kena buat 24 hours. Lepas dapat report polis, buatlah beberapa salinan untuk kita hantar ke panel workshop nanti.
Since abang aku yang salah sendiri, so pandai-pandai lah goreng buat report polis untuk make sure kau dapat claim insurans. huhu
Proses claim insurans pulak
Lepas dah settle semua, boleh lah buat claim ke insurans kereta kita tu. selalunya pihak insurans akan mintak kita e-mailkan polis report yang kita buat sebelum ni. Lepas seminggu balik beraya kat kampong, aku terus proses claim insurans then tak sampai seminggu claim submitted dan under process. Kemudian adjuster dari pihak insurans akan berurusan dengan workshop untuk inspect kereta dan untuk kira total kos baikpulih.
Settled part 1.
No comments:
Post a Comment