Monday, November 14, 2016

Proses kereta untuk pemeriksaan puspakom-Part 3 (FINAL)

Assalamualaikum,

Final proses selepas kenderaan anda dibaik pulih adalah pemeriksaan puspakom. 

Kenderaan yang dikenakan pemeriksaan semula puspakom adalah kenderaan yang mengalami perubahan spesifikasi terhadap enjin, casis atau badan, atau naik taraf berat muatan. Pemeriksaan ini adalah salah satu undang-undang untuk mengesahkan keadaan fizikal kenderaan anda selepas dibaikpulih.

Dihari pemeriksaan (ecewah!)

Pagi-pagi dalam pukul 8 am ajak kakak pergi teman ambil kereta kat bengkel. Lepas ambil kereta dan check apa yang patut, terus berdezup pergi ke Puspakom Padang Jawa.

First tips… kena datang awal! Eventhough kita dah booking time pukul 10 pagi dan dah dapat booking number, kau tetap kena queue berejam untuk tunggu turn kereta diinspect. Berbulu den ada 20 biji kereta depan aku tunggu turn untuk inspection. Boleh berlumut punggung tunggu lama sangat tau.

Firstly, sampai je kat puspakom pergi ke kaunter guard depan pintu tu bagitau kita nak buat inspect, dah booking then bagi nombor plat kereta. Then nanti dia akan bagi satu form pemeriksaan untuk kita isi yang mana patutlah. 

Form ni lah kena isi..


Lepas tu bermulalah episode beratur sampai berasap punggung.

Start pukul 10 am beratur, pukul 12pm baru sampai kaunter bayaran. Dah tu aku sorang perempuan yang lain mostly runner yang tolong orang buat inspection. haah. Aku je yang terajin buat sendiri. Bukan apa, jimat duit beb! Untuk sekali inspection Cuma RM26.50 je. Cuba bayangkan kalau runner tu buat 10 bijik kereta, dengan upah runner RM200+ untuk sebijik.. haaaa.. rasa macam nak jadi runner puspakom pulak.

Half way dah.. sikit je lagi.. uhuks..


Turn kereta untuk diinspect. Drive masuk lorong yang diberikan. Then keluar kereta dan tunggu di tempat yang disediakan.

Tak lama pun nak inspect dalam 10 minit lepas tu tunggu report siap dalam 15 minit.

Kereta kena masuk lorong 5 ya kawan-kawan


Bila dapat report, terus rasa macam nak demam.

Tak pasal pulak failed, fail kat tinted. Baru teringat last time lepas beli kereta terus pergi tinted tapi tinted nipis je pun. Rasa geram pun ada. Dekat 3 jam beratur tapi result menghampakan. So kenalah start all over balik. 

Start all over balik maksud dia memula tadi kau sampai ambil form kat guard then queue untuk turn inspect. *nangistakberlagu*

Besar-besar haa cop gagal...


Lepas buang tinted, Alhamdulillah puspakom report dah lulus. Puspakom siap dalam pukul 3pm. pergh.. rasa macam baru lepas menang olimpik acara lari berganti-ganti selama 2 hari.

Fuuu...

Tuuu kereta aku kat belakang tu.. ter snap abang hensem plak.. aih


Then lepas dah siap semua, report puspakom kenalah hantar ke bengkel jugak lepas tu kereta dah boleh bawak balik masuk dalam kotak, seal, lepas tu sorok bawah katil!

Alhamdulillah settled.!





No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1