Wednesday, December 21, 2016

Ammar 2nd birthday party

Assalamualaikum,

Last year masa birthday Ammar yang 1st, aku sempat buat candy buffet, ada chocolate fountain, siap dengan gula-gula, buah-buah, jajan, mashmallow. Semua jenis yang high sugar kalau mak-mak makan pun boleh kerat kaki. This year macam dah insaf sikit nak bagi benda-benda bergula kat budak-budak sebabkan too high sugar tak bagus untuk budak, nanti mak-mak bising sebab anak dorang jadi terlebih hyper dan sebab bagi makanan yang tak berkhasiat kat budak-budak.  So kiranya menu yang aku pilih mostly yang light-light jela, ada mee kari, nasi impit + kuah kacang (Ya ampun my favourite), kuih-muih dan buah-buah. Haa light ke?kehkeh

Kek pulak aku tempah kat sorang akak ni carik kat facebook je dok kat Shah Alam. Kira first time la beli kek dengan dia. Aku just describe nak buat kek macam mana, tema apa semua then suruh akak tu buatkan. Bila kek dah siap, MasyaAllah! Puas hati sangat! Cantik dan sedap. Memang tak sia-sia gamble carik contact kat facebook. Yela, kadang-kadang ada jugak yang buat kek je cantik tapi kek rasa hampeh. Tapi yang ni memang sangat-sangat puas hati!. Boleh contact akak ni 019 2150868 (Nini Cakes house) http://niniecakeshouse.blogspot.my/

Part deco-deco of course la aku yang mastermind nye sebabnya kalau nak pass kat ayah dia boleh diharap ke? kang disuruhnya beli balon hiasan dibelinya tanglung raya cina tu.. bhewww.. Tapi deco pun simple gila takdelah nak havoc-havoc bagai. Actually nak buat tema dinasour since Ammar memang suka sangat dengan dinasour. Dari sekecil-kecil mainan ke sebesar-besar patung dinasour tu semua ada kat rumah. Tapi sebab susah sangat nak carik barang hiasan tema dinasour so aku buat suka hati mak nenek jela deco-deco asalkan puas hati. 

Part memasak, of course la bukan aku. Haha. Aku import special chef dari kampong iaitu mak mentua aku untuk buatkan mee kari dan mak aku pulak buatkan kuah kacang + ayam masak kicap + sayur masak lodeh. Makanan sampingan macam kuih-kuih, cocktail, buahan semua aku yang buatkan. Actually seronok buat sendiri sebabnya semua benda aku yang decide. haha

Alhamdulillah, majlis sambutan birthday Ammar berjalan lancar eventhough hujan lebat turun petang tu. Siap dapat nyanyi lagu happy birthday untuk Ammar dah cukup buat Ammar happy.

Kek dari Ninie Cakes house tema dinasour.. deco superb kek sedap!



Deco cam asal ada je.. haha
Part ni best.. semua orang nyanyi happy birthday..

Antara tetamu yang hadir

Deco tepi meja simple asal hado..


Budak kecik sibuk nak kacau orang main henpon..
one happy kid


No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1