Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak pergi Wetworld shah Alam. Last pergi masa kecik-kecik dulu masa arwah ayah masih ada. Tu pun dah tak ingat macam mana rasa mandi kolam.
Aku pun memang kureng sikit bab-bab aktiviti air ni sebabnya tak reti berenang. Adik aku yang badan gempal pun boleh terapung atas air. Aku siap tenggelam terkapai-kapai lagi. Memang activity air ni memang least favourite lah kan..for the time being. Nanti kalau dah pandai berenang baru fikir balik. hehe
Last week join melayan adik-adik dengan anak-anak buah mandi manda kat Wetworld. Katanya dah lame tak pergi kan. Aku pun layan jelah since Ammar pun memang suka main air. Kira ni first time bawak Ammar mandi manda kat sini so siap belikan pelampung dengan swimsuit untuk Ammar sebab teruja punya pasal kan. Anak yang nak main air mak yang excited lebih. Kemain seronok lagi budak kecik tu bila ajak swimming. Selalu mandi dalam tub mandi masa dia baby dulu sekarang tub tu pun dah ngam-ngam je badan dia so tak puas nak berendam.
 |
Bebudak excited nak swimming |
Untuk tiket masuk, harga untuk dewasa RM25 kanak-kanak 90cm-130cm RM20 dan kanak-kanalk 90cm ke bawah adalah free. Kira murah dan berbaloi lah. Before masuk aku nasihat kan ,kalau ada bawak food dari luar better masukkan dalam beg yang berzip siap-siap sebabnya nanti masa nak masuk ke dalam dorang spotcheck beg kita kot-kot kita bawak food dari luar. Sebabnya kalau beg berzip ni dorang tak check.
Kalau letak dalam plastic ke confirm dia tak bagi bawak masuk. Nanti staff dorang simpankan then lepas habis mandi boleh collect balik kat kaunter bayaran dia tu. Masa kami masuk tu aku pun tak aware benda ni so semua jajan, keropok mak nenek semua yang aku beli untuk Ammar tu kena tinggal kat kaunter lah. Nasib baik adik aku bijak sikit dia letak food dia dalam beg siap-siap.
Bila masuk je dalam area tu, si Ammar memang dah teruja habis tak sabar nak terjun masuk kolam. Orang pun agak ramai jugak tapi we manage to get spot untuk duduk. Kat dalam ni dia ada sediakan cabana untuk kita duduk santai-santai especially untuk yang datang dengan family yang ramai untuk keselesaan tapi nak book cabana tu agak mahal la dalam RM150 ke RM200. So bila tengok harga tu macam haa ok la tak mampu nak duduk ‘banglo’ so dapat piknik tepi-tepi kolam pun dah kira ok.
 |
Kalau family ramai prefer duduk sini untuk keselesaan |
 |
Struggle nak ambil gambar |
 |
Ok.. semua tak ready |
 |
ahaa.. nice sikit |
 |
First round mandi.. makan dulu... |
 |
Budak kecik kebulur lepas mandi |
 |
Nampak dah macam abang-abang |
 |
Muka happy dapat mandi |
 |
Siap dah boleh balik... |
Overall memang syok habis la especially kat si Ammar sebab memang favourite dia kan mandi kolam. Kami pun tak lama mandi dalam 2 jam je tu pun dah rasa macam lama sangat. Si Ammar je teruja lagi siap meronta-ronta tak nak balik. Kami pun tak join yang water ride yang bermacam-macam kat sana sebab kena queue panjang gila. So just main yang tempat untuk kanak-kanak je.. haha.. Eventhough first time datang sini since dah berkurun tak datang tapi puas hati dan enjoy sesangat.
No comments:
Post a Comment