Tuesday, March 31, 2020

Covid-19: A reminder from Allah


Bismillah,

Terjemahannya: Aisyah bertanya Rasulullah saw mengenai taun, lalu dikhabarkan kepadanya oleh Baginda SAW: “Bahawa ia adalah suatu azab yang diutuskan Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lalu dijadikannya oleh Allah sebagai rahmat untuk orang Mukminin. Maka tidaklah seorang hamba itu ditimpa taun lalu dia duduk menetap di negerinya dengan sabar, dan dia tahu bahawa tidak akan ada yang menimpanya kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepadanya, melainkan baginya seumpama pahala mati syahid.”


*********************************************************************************

Sekarang dah hari ke-14 selepas PM announce on Movement Control Order (MCO) due to the Covid-19 outbreak on 17/3/2020. Baru tadi PM announce untuk extend lagi another 2 weeks (sampai 14/4)  MCO sebab nak mengekang wabak yang melanda satu dunia sekarang. Ya SATU  DUNIA. Satu dunia terkesan dengan wabak Covid-19 ni. Aku rasa dah macam dalam movie zombie pulak. Tak pernah terpikir umat manusia satu dunia ni terpaksa dikuarantinkan  disebabkan oleh virus that had caused ratusan even ribuan rakyat di setiap Negara mati disebabkan oleh wabak ni.

It is not a joke man!

Setiap hari kes yang positif kat Malaysia still maintain dalam range 100-200. Kes kematian pun dah semakin banyak. Macam takde tanda-tanda nak berkurang pun.

Meh aku cerita asal usul virus ni. Virus ni asalnya dari Wuhan China. Satu tempat di mana terdapat pasar yang jual makanan eksotik macam kelawar, ular berbisa, haiwan-haiwan liar dan macam-macam lagi. Ada yang kata virus ni asalnya dari kelawar. When someone infected, virus ni akan serang paru-paru and caused respiratory illness macam pneumonia with symptom such as cough, fever and in most severe cases difficulty in breathing.  First dia infected sorang then the next day bertambah jadi 5 orang.  Now virus ni dah spread almost 600,000 orang kat 203 negara lain seluruh dunia and unfortunately Malaysia di tempat ke 22.

Report as of 19 March 2020

Report as of 28 March 2020. Tengoklah betapa cepatnya virus tu merebak ;(

Doctor pertama dari China yang kesan virus ni since Dec lagi dah warning awal-awal pasal wabak ni dulu tapi orang tak nak dengar and later mati disebabkan virus ni. Wabak ni start menyerang China from January and kat Malaysia baru start in March.

Dr. Zhang Jixian orang pertama discover pasal virus corona virus

Virus ni bukan airborne. Covid-19 hanya boleh infect orang lain melalui air liur orang yang infected dengan virus ni dalam jarak 1meter sama ada dia batuk, sneeze or even bercakap. A person can also be infected by this virus dengan hanya menyentuh permukaan yang dah infected dengan  virus ni kemudian orang tersebut sentuh bahagian muka sama ada mata, hidung or mulut.

Virus ni memang cepat sangat merebak. That’s why kita kena keep our distance at least 1-2meter from other people, kena selalu or kerap basuh tangan pakai sabun, even sanitizer sometimes tak berkesan nak bunuh virus ni. Virus ni pun katanya boleh survive 3 hours in air, and up to 3 days on steel and plastic. Scary kan? Bila tersentuh tombol pintu rumah, kunci kereta, sudu, tetiba rasa macam paranoid terus cuci tangan bersih-bersih.

Now 14 hari duduk terperuk kat rumah je. Tak boleh nak keluar sangat. Aku and husband gilir-gilir beli barang keperluan dapur. Feeling for 14 days at home while working from home? Ada pro and cons. Parts of me saying it bliss. Tak payah nak hadap boss, tak payah nak hadap toxic people kat opis, boleh spend 24 hours with kids, boleh kemas rumah. Hari ke-14 still boleh adapt lagi. Maybe ni la kot perasaan seorang introvert. Haha. Kawan-kawan lain pulak dah sibuk merungut bosan duduk rumah nak pegi opis, rindu kat kawan-kawan, well, every person has different priority. My priority stills my family.

Work from home style. still ada gangguan dari makhluk kecil

On contrary, bila working from home ni agak stress jugak. Sebab boss asyik kejar itu-ini, kids tak bagi space nak buat keje, so keje tak boleh nak setel in short time. lols! Anak-anak pulak mentang-mentang mak ayah dok rumah ni amek kesempatan nak buli mak ayah diorang. Yang si kecik asyik nak menempel 24 jam. Yang si abang dok request macam-macam. Langsung takde “me time”. Aku punya “me time” is that I need my free time between 2-3 hours top. Takde gangguan, sama ada layan drama, main phone, or dok diam-diam takde budak-budak nak berebut duduk atas riba aku. That my “me time”.

Duduk masak kat dapur makin kerap. Tetiba duduk rumah asyik rasa lapar je. Macam-macam resipi dah try buat. Si budak Ammar pun malam-malam dok zikir kat telinga mak dia lapa.. lapaa… tengah malam la dok goreng nugget la, buat roti telor la, that why supply telor tak boleh berkurang, kena sentiasa ada, at least 1 papan boleh habis seminggu. Tiap masa ulang alik ke dapur basuh pinggan sampai naik kecut jari dibuatnya. Laundry pun boleh buat hari-hari. Kalau before MCO seminggu sekali je basuh baju sampai baju pun dah melimpah dari bakul baju kotor. Tapi still nak melipat baju amek masa seminggu nak settle.. haha!

Viral thingy during MCO. Dalgona coffee

Try buat sagu gula melaka. Terbaikk!

Kids paling seronok. Full freedom at home!

My "me time" layan drama korea

Bila dah surrender WFH, terpaksa bagi sorang satu ;(

Ahaa.. tak boleh skip school. Ada online learning

Masa banyak habis kat dapur. From breakfast, lunch, minum petang ke dinner. Complete!

Dapat merasa pakai tudung jela tapi tak boleh keluar. Paling jauh pun depan pintu gate


All in all, duduk rumah is not so bad. I can handle it very well. Even husband dah tak keruan dibuatnya. Haha! Dan aku harap wabak ni cepat berlalu pergi. Sekarang dah masuk April. Kejap lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak terbayang bila masing-masing kena terawih kat rumah, bazar Ramadhan pun takde, masjid dan surau sepi, takde cahaya bulan Ramadhan tu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah kami di atas kelalaian kami di muka bumi ya Allah. Umat-Mu ini dah banyak melakukan kerosakan di muka bumi-Mu. Kau hilangkan wabak ini segera dan hindarkanlah kami dari penyakit yang merbahaya ini.


Stay safe everyone!



No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1