Bismillah...
Kelmarin aku jumpe doc lagi untuk check batuk aku yang rase macam takdek penghujungnya. Malam-malam susah nak tido sebab batuk je manjang.hmm...agak kerisauan di situ. Doc advise untuk minum banyak air suam selain bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit sebab dada aku sakit bila batuk..hmm..bertambah kerisauan lagi..=(
Next day aku carik article pasal symptom2 batuk kering (
oh..minta dijauhkan laa..*sobsob*)..just for my knowledge saje.
Meh aku bagitahu secara ringkasnye ape itu penyakit batuk kering dan dari mane ia datang?
Batuk kering atau bahase saintifiknye dipanggil
tuberkulosis (TB) adalah jangkitan virus ke atas paru-paru kite dan ia juge boleh menyerang sistem saraf tunjang, limfa, tulang, sendi dan lain-lain. sebenarnye batuk kering boleh dirawat 100% bile dapat di kesan dari awal. Meh kite tengok pulak ape symptom2 individu yang terkena batu kering.
Symptom-symptom batuk kering:
- Batuk yang lebih dari 2 minggu
- Kahak yang mungkin mengandungi darah
- Demam dan berpeluh pada waktu petang dan malam
- Susut berat badan dan hilang selera makan
- Mengalami sakit dada bila batuk atau semasa menarik nafas panjang
- Mudah menjadi letih
- Hilang ingatan, merapu dan sakit kepala, sakit sendi dan tulang (dah tahap kritikal nih.)
Jadi, kepada sape-sape yang tengah batuk sekarang dan mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut, moh la cepat2 pegi check doc. Jangan tunggu melarat baru nak jumpe sudahla..nanti susah nak sembuh.
Lagi satu nak advise kepada kawan-kawan yang tengah batuk tu, sekirenye anda batuk, eloklah tutup mulut anda dengan tisu atau kain dan juge semasa batuk jauhi dari kawan-kawan anda. Batuk ni boleh merebak tau..dan elok juge if kite mengelakkan dari mendekati orang yang tengah batuk dikhuatiri berjangkit.
Batuk kering merebak melalui udara. bila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara dan akan dihidu oleh orang sekeliling. Jadi, berhati-hati ye kawan-kawan!
Kat sini aku ade bagi beberapa tips yang kawan-kawan, mak,pakcik makcik aku bagi untuk mengurangkan batuk selain makan ubat yang disarankan oleh doktor. Tips orang kampung...=)
- Minum air suam
- Minum air barli panas
- Minum air epal hijau yang dipotong dan direbus tanpa tambahan ramuan lain
- Minum air asam jawa
- Makan daun sirih
Kalau ade lagi petua-petua yang lain untuk mengurangkan batuk, anda dialu-alukan untuk sharenye di sini..=)