Minggu lepas aku keluar jalan-jalan kat Times Square dengan kawan. Pastu perut kelaparan kitorang pun singgah makan kat tempat makan faveret kitorang iaitu MCD.hohh.Faveret la sangat kan. Kemudian orang sangat lah ramainya berduyun-duyun nak makan kat situ. Siap berebut-rebut nak mencari tempat duduk. Lepas berjaya berebut kerusi mencari port baik punye, aku pun suroh la kawan beratur beli makanan yang memang panjang punye barisan. So padan la muka dia.haha.
Port tempat aku duduk memang la baik punye. Atas meja bertimbun dengan tray and bekas-bekas makanan yang belum lagi dikutip oleh pelayan MCD. Hati pun memaki-maki sendirian kat pelayan MCD sebab aku tengok satu batang hidung dorang pun aku tak nampak. Mungkin bukan aku sorang je kut yang merase begitu sebab boleh kata orang-orang yang baru nak duduk makan pun berleter-leter sendirian sebab meja dorang kotor dan bersepah. Aku pun cube berfikiran positif ye mungkin ramai sangat pengunjung yang datang tu yang dorang tak sempat nak bersihkan meja. Agaknye la kot!
Pastu datang la sorang pelayan MCD baru terkedek-kedek datang nak bersihkan meja aku. Aku pun buat-buat muka la sikit kasi pelayan tu gerun dek ketidaksabaran aku ni.heh. Pastu pelayan tu pun sengih-sengih dah belah dengan segera dari situ.
Then aku tertarik dengan dua orang mat salleh ni yang duduk betul-betul sebelah meja aku. Tak la sebelah sangat. Jauh 3 kaki la jugak. Dorang dah ready nak makan tapi atas meja dorang bersepah dengan tray dan kotor. Kemudian aku tengok dorang kemas-kemas meja tu pastu letak tray yang kotor tu kat meja sebelah yang kosong. Ok. Tetibe kawan aku pun datang ajak makan. Yeh! Perut dah lapar kite makan dulu.
Tengah-tengah makan ni aku pun nampak dua orang mat salleh tadi dah habes makan dan ready untuk belah dari situ. Kemudian aku tengok dorang angkat tray dorang dengan tray yang kotor atas meja dorang tadi pastu masukkan dalam tong sampah. OK aku termalu sendiri!
Moral of the day: Cintailah Negara kita!haha…takdek kena mengena!