Friday, January 13, 2012

Sebab sayang kami tinggalkan...

Selamat pagi all..

Bangun dengan ceria dan bertenaga tak? Kalau ya tepuk bahu sendiri dan katakan “tahniah,good job!” Tapi kalau pukul 1 petang baru nak bangun pastu kate tahniah kat diri sendiri tu memang lahabau namenye.

Aku tertarik dengan kisah yang tengah kepoh sekarang ni kat harian metro pasal ibu bapa yang ditinggalkan anak di pusat jagaan orang-orang tua. Aku terpikir juga ape ke salah ke anak-anak sekarang tinggalkan mak bapak dorang kat pusat-pusat jagaan tersebut? Mungkin kalau ada orang dengar kita cakap macam tu mesti dia pikir, “tak malu nye budak, tak mengenang budi, mak bapak dah jaga die dari kecik sampai la ke besau, bagi makan pakai semua, pastu bila dah besa,keje besa, sesuke hati die je nak campak mak bapak dorang kasi orang lain jaga..@$#%&*Sd#” (budi bahasa budaya kita).

Mungkin tak salah bagi anak-anak yang dah ada commitment sendiri, kerjaya sendiri, dah ada family, anak-anak sendiri, kehidupan sendiri dan takde masa nak jaga parents dorang. Daripada parents mereka terbiar takde orang jaga kat rumah, lebih baik mereka hantar parents ke pusat jagaan orang-orang tua. Kat sana lebih selesa sebab ada kawan untuk bersembang, ada aktiviti yang dijalankan kat setiap rumah jagaan yang ditempatkan dan paling penting parents dorang tak sunyi dan bosan ditinggalkan sorang-sorang kat rumah anak-anak. Bila petang, anak-anak akan datang dan jemput mereka semula. Bukan hantar tapi tak ambik-ambik pulak!

Cuba kita pikirkan, masa kita kecik-kecik pun mak bapak kita hantar kita ke nursery atau babysitter untuk dijaga sebab kita bekerja, so apa salahnya kita hantar mak bapak kita pulak ke rumah jagaan orang-orang tua untuk dijaga. Dunia ni adil kan? Bukan kita tak sayang, sebab kita sayanglah kita buat perkara yang terbaik untuk parents kita.

Tapi lain la kes bagi anak-anak yang hantar parents ke pusat jagaan orang-tua pastu tak datang jenguk dan terus menghilangkan diri tu baru la layak dipanggil anak tak kenang budi. Memangla tak patut!

Jadi, selagi kita ada kesempatan ni, jagalah parents kita dengan sebaiknya. Setiap anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua orang tua mereka. Entertaint mereka, kasihi mereka dan lindungi mereka selagi hayat dikandung badan sama seperti mereka tabah menjaga kita semenjak kita kecik. Jangan bila dah ibu bapa meninggalkan kita baru kita rasa menyesal dan rugi tidak menjaga mereka dengan baik.




***************************

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.












No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1