Dari semalam mak aku rasa tak sedap badan. Kurang sehat katenya. Nak bawa jumpa doctor tak mau. Alaahh…orang tua memang payah nak bawa pegi klinik. Macam-macam alasan dibagi. Maklumlah, seharian jaga cucu. Mak aku jaga Anak akak aku dah nak masuk 9 bulan dan anak abang sulung aku berusia setahun setengah. kesian memang ada. tapi mak aku memang berkeras tak bagi cucu-cucunya hantar ke nursery. Asal baca paper je ade kes penjaga dera budak la, budak mati tersedak susu la, kene pijak la..haih…nak-nak paper metro. Pelik-pelik tajuk beritanye. dunia sekarang. Susah kita nak menduga. Mak kate selagi tenaga masih ada. lagipun sakit yang datang kan ujian dari Tuhan untuk kita. Tujuan Dia datangkan sakit untuk beri peringatan kat kita dan menguji tahap kesabaran kita. Mak aku cakap laahh..
Aku ada terbaca kat buku, sabda Nabi “ Tidak menimpa seorang mukmin satu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, kesakitan dan kesedihan malah dukacita, melainkan dihapuskan sebahagian dari dosanya…”
Teringat aku 2 tahun lepas macam-macam ujian menimpa family aku. Mula-mula kakak aku yang keguguran selepas 2 bulan pregnant anak pertama. Kemudian mak aku suspect denggi. Bukan takat denggi, tambah pulak dengan penyakit pneumonia. Sampai sekarang mak aku bergantung dengan ubat untuk kurangkan penyakit mak tu. Seminggu lepas tu, adik aku pulak suspect denggi. Bukan sorang, dua-dua adik aku suspect denggi.adik perempuan ngan adik laki aku. Tapi adik pompuan aku yang kene admit kat spital seminggu. Bila adik aku dah mula nak sembuh, aku pulak accident! Haru betul. Aku baru balik dari tempat keje naik moto. Dan-dan pulak mase tu hujung bulan kan, eksaitet dapat gaji, muke dah bunga-bunga. Mase tu jugak aku Nampak kereta putih tetibe berada kat depan aku. Mase tu yang aku ingat aku sebut “eh..kereta..”…tau-tau je dah terbaring atas jalan raya gaya superman. Bahu patah. 4 hari jugaklah kat KPJ Shah Alam. Fully sponsored sebab orang tu yang salah sebab langgar aku. Nasib dia nak tanggung semua…fuh…
Mase aku accident tu seminggu sebelum raya. Sehari before raya aku dah bukak anduh kat tangan aku. Segan la jalan beraya pakai anduh! Kirenye banyakla aku kene puasa ganti. Gaaahh…
Dalam buku yang aku baca ade menyebut, Allah berfirman, “ Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami beriman; sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta..” (al-ankabut 2-3).
Sebab tu kite kena selalu muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Manusia tak lari dari buat dosa. Manusia selalu lupa dan alpa. Jadi semua apa yang berlaku dalam keluarga aku mesti ada hikmah die yang tersendiri. Tuhan tu bukan nak bebankan kite. Semua tu menunjukkan Tuhan sentiasa beri perhatian kat kite. Jadi, dalam masa sehat ni, selalulah bersyukur atas nikmat sehat yang diberi dan jangan mengeluh dalam kehidupan sebab Tuhan sebenarnya dah berikan yang terbaik untuk diri kita sendiri Cuma kita yang tak sedar. Dan tak ambil peduli. Jadi bersyukurlah!

No comments:
Post a Comment