Bismillah..
Sekarang ramai yang tengah kecoh pasal gempa kuat di acheh kira-kira 8.9 skala richter. Gegaran tersebut jugak turut dirasai Negara yang berhampiran seperti Thailand, Singapura dan juga Malaysia. Dalam facebook jugak ramai kawan-kawan aku kata yang diorang terasa gegaran tersebut sekitar jam 6 petang kat area kampong aku. Tapi aku tak terasa pulak gegaran tersebut.
Jum kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di acheh. Mudah-mudahan tsunami 2004 tak berulang lagi. Mungkin ini peringat dari Allah untuk kita semua. Doakan yang terbaik untuk semua. insyaAllah.
Ini ada doa aku titipkan untuk keselamatan semua.
“Allaahumma innii as’alukal ‘afwa wa ‘aafiyata fid dunyaa wal aakhirati. Allaahumma innii as’alukal ‘afwa wal ‘aafiyata fi diinii wa dunyaaya wa ahlii wa maalii. Allaahummastur ‘auratii wa aamin rau’atii. Allaahummahfazni min baini yadayya wa min khalfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fauqii wa a’uuzu bi’azamatika an ugtaala min tahtii.”
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah kesalahanku dan amankanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah diriku, baik dari depan maupun dari belakang, dari kanan maupun dari kiri, dan dari atasku. Dan aku memohon perlindungan dengan kebesaran-Mu agar tidak diculik dari arah bawahku. (H.R. Abu Daud)”
nota kaki: Mudah-mudahan Allah berikan kita semua kemudahan dan keselamatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
DIY Kimchi Making Session Awal pagi lagi kami dah dikejutkan dengan morning call from receptionist. Aktiviti pagi ni dimulakan denga...
-
Bismillah, Selalunya kalau plan nak menulis dia tak kan jadi karangan tu. Tapi kalau ad-hoc terus tulis, menderu je idea nak mengarangnya....
-
Bismillah, WELCOME 2020! Tahun kereta terbang! Honestly, sedih sangat sebab tak sempat nak habiskan memory 2019 tetiba dah mas...
No comments:
Post a Comment