Woaa..
Baru perasan dah lama tak update. So aku nak start dengan post pasal makanan. Ye jum aku bawak tempat makan yang selalu aku pergi waktu lunch hour. Dekat,senang dan cepat. Okeh. Tanpa berlengah meh aku cerita sikit pasal tempat makan ni. Tempat die bukan la ekslusif mane pun. Gerai tepi jalan bawah pokok nan rendang saje. Tempat faveret. Jum kite makan nasi kukus ayam berempah paling enak yang pernah aku makan. Hoh!
Gerai ni terletak di antara gerai minuman dan gerai makanan campur. So memang strategick la kirenya. Kalau malas nak beratur tunggu turn, boleh saje makan lauk campur yang disediakan kat gerai sebelah kiri. Kalau dah haus nak minum or takut tercekik lepas makan, gerai sebelah kanan nye ade pulak gerai air tebu dan kelapa yang fresh-fresh. Fuh. Sebelum aku belayar lagi jauh, sebenarnya aku nak cerita pasal kesedapan nasi kukus makcik Kiah ni yang tiada bandingannya. Pergh. Hiperbola pun aku tak kesah. Yang bestnye kat sini melayu, india, cina semua suka makan. Memang 1 Malaysia!
![]() |
Nasi kukus yang enak..nyumm.. |
Ape yang menyedapkan nasi kukus ni sebab ayam goreng berempahnye yang super special, di goreng rangup dan amat la sedap. Selain tu sambal die pun memang superb la.
![]() |
Nasi kukus minum dengan air kelapa..wow |
Ni kalau korang duduk area kota kemuning meh la datang sini cuba makan nasi kukus yang memang superb. ok dah. Cukup la setakat ni.
No comments:
Post a Comment