Assalamualaikum,
Rugi pulak rasanya bila tak dapat nak grab hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Tapi, ‘bulan’ lain pulak yang datang kan. Haih. Down. Hati rasa macam ‘ bertuahnyee jadi lelaki. ‘ sebab lelaki takde hari di mana dorang di haramkan berpuasa atau solat. Lelaki tiap-tiap tahun tak payah susah-susah nak ganti puasa sebab dorang boleh berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran. So kiranya bertuah jadi lelaki sebab dorang boleh banyak beribadat dari kaum wanita. Tapi jangan lupe, kita lagi bertuah dilahirkan sebagai wanita tau. Sebab? Time datang bulan boleh makan sukehati je tanpa rasa bersalah, boleh shopping berjam-jam tapi muke still fresh padehal adik beradik lain dah longlai kaki sebab penat. Boleh korek hidung depan adik beradik lain tanpa nak cakap ‘ opps.. terlupa pulak aku puasa..’. hewhew.
Tapi bila fikirkan 10 bulan terakhir, lailatul qadar.......‘kenapalah mesti datang masa ni?? Datang mase lain tak boleh ke??’ down lagi.

Nway, terbaca ayat ni:

Nway, terbaca ayat ni:
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-nisa:32)
Well, its true. I’m not going to complain anymore.
But don’t worry sista, kalau kita tak dapat nak puasa, berterawih dan ibadat-ibadat lainnya, ada lagi amalan yang boleh kita buat masa ni seperti:
- Berzikir
- Bersedekah
- Berdoa
See?? Tak semestinya kita tak boleh buat amalan kan? Yelah, bulan Ramadhan bukan datang selalu. Setahun sekali je. Masa ni la kita nak upgrade kan lagi amalan-amalan yang boleh kita buat. Solat-solat sunat yang tak pernah kita buat or jarang-jarang kita buat bolehlah kita jalankan pada bulan ni so at least kita dah merasa yang kita dah buat semua tu daripada ketinggalan langsung. Lepas kita buat sekali mana tahu terdetik kat hati kita nak buat selalu. Mana tahu kan? Batu yang keras boleh terhakis sedikit demi sedikit oleh air yang mengalir inikan pula hati kita. InsyaAllah. Semua nya terletak pada hati masing-masing.
Nota kaki: semoga kita dapat memeriahkan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan moga dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
No comments:
Post a Comment