Assalamualaikum,
Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tiada satu pun kesempurnaan dalam diri manusia selain dari-Nya. Aku mengaku aku mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.. Aku insan yang memerlukan teman dikala kesunyian, yang menangis bila ditimpa ujian yang akan marah jika dikasari. Tapi aku tau dalam hati seorang wanita ada satu kekuatan yang tidak ada dari insan yang lain. Dan aku juga begitu. Aku berharap.
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah, dan Janganlah (Pula) Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamulah Orang-Orang Yang Paling Tinggi (Derajatnya), Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman." (QS Ali Imraan : 139)
Aku cuba untuk bertahan selama mana hatiku dapat menerima kenyataan. Aku cuba memujuk rajuk hatiku ini usah biarkan perkara ini berlarutan. Aku tahu disebalik kelemahan terbit rasa kekuatan yang tiada bandingan. Di mana rasa kekuatan itu timbul jika kita berserah kepada Allah. Ya aku kuat! Kata hatiku. Tidak mahu hati terus-menerus berasa keluh kesah di atas dugaan yang menimpa. Lalu hati terus dipujuk dengan sentiasa bersangka baik dan merendah diri. Ya bukan aku sahaja yang diuji. Dan ujian yang datang kepadaku tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan insan-insan yang lain.
Aku cuba untuk bangkit dan untuk kuat menerima apa yang berlaku. Setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi.
"Allah Tidak Membebani Seseorang Melainkan Sesuai engan Kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)
Walaupun sukar dan hebat dugaan yang datang, aku sering panjatkan doa supaya Allah sentiasa memupuk kesabaran dalam hatiku dan Allah tunjukkan jalan
Al-Quran Menjawab : "Hai Orang-Orang Yang Beriman, Bersabarlah Kamu dan Kuatkanlah Kesabaranmu dan Tetaplah Bersiap Siaga (Di Perbatasan Negerimu) dan Bertakwalah Kepada Allah, Supaya Kamu Beruntung." (QS Ali Imraan : 200)
Nota kaki: Ya Allah berilah aku kekuatan