Ok. Nak cakap aku minat
gardening taklah jugak kan. Tapi sekadar mengisi masa lapang dan untuk
mengindahkan lagi halaman rumah yang agak suram yang hanya didiami dengan
rumput liar, why not kita together-gether bergotong royong buat taman mini kat
rumah? En. Hubby pon agak excited jugak dengan our new project ni dan dia yang
beriya-iya sangat yang bagi idea nak hias taman astakona dia tu. Terlajak rajin
pulak laki aku ni. Hiasan dan idea taman semua serah kat En. Hubby je sebab
idea aku semua dipandang sepi.. **sentap kat situ**
Well, ada satu tempat
ni ada menyediakan pelbagai macam jenis rumput karpet dan pokok-pokok hiasan
yang terletak kat Sungai Buloh. Tempat dia betol-betol dekat dengan Hospital
Sg. Buloh dan dari sana dah boleh nampak banyak kedai yang kita boleh pilih. Kalau
rajin boleh la buat tawaf sekitar kawasan tu untuk survey harga rumput dan
pokok hiasan yang murah-murah. Yang paling murah kami dapat jumpa iaitu rumput
karpet Jepun dengan harga RM2.50 satu petak. Lepas tu ada jugak batu-batu
kerikil warna putih cantik untuk buat hiasan taman. Kami beli dengan harga RM15
sepeket (maybe dalam 10kg) kemudian blok refleksologi RM5 sepetak. Pokok-pokok
bunga pulak boleh dibeli dengan harga serendah RM2 untuk anak pokok dan pasu
bunga yang dijual 3 buah RM10. Murahkan? Tapi kena rajin survey lah. Sebab ada
beberapa tempat yang jual dengan harga agak mahal.
 |
Rumput karpet Jepun. Satu petak tu RM2.50 je. |
 |
Aku tak ingat ape nama pokok bunga kaler putih tu.. Tapi satu anak pokok tu RM2 je. Hah.. ape lagi borong le bebanyak.. :) |
Ok now, bermulalah projek pemasangan rumput karpet di rumah. Semua ni En. Hubby yang buat sendiri.
 |
1st... letak pasir kat kawasan yang nak ditanam dengan rumput karpet kemudian siram. |
 |
2nd.. Half way pasang rumput karpet.. |
 |
3rd.. letakla batu kerikil ikot suka En. Hubby dan letak blok refleksologi pun ikot suka dia...huhu |
 |
In the meantime, bini pulak masukkan pokok bunga dalam pasu ditemani baby Chiko yang menyebok kat tepi tuu... |
 |
4th.. dah siap!! taman mini astakona kami....hehe |
All in all, syok jugak dapat buat sama-sama dengan En. Hubby. Keluar peluh, hati happy! Nice tak? :)
Ok chow!