Tuesday, November 11, 2014

Ke Pameran Kesenian Islam

Assalamualaikum,

Last weekend, me and hasben berkesempatan untuk berkunjung ke pameran pedang & peninggalan Rasulullah yang diadakan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah di Shah Alam. Since takde aktiviti yang menarik dihujung minggu (makan tido makan tido je), so hasben plan untuk bawa aku ke pameran tersebut. Pameran tersebut telah berlangsung sejak September lepas dan akan berlanjutan hingga ke bulan December 2014.



Sampai di sana, memang tak ramai pengunjung yang datang (we were the ‘only’ visitor) yang datang pada hari tu. Agak konfius jugak sebab ingatkan dah tutup. Tapi hasben main redah je masuk teros ke dalam dewan pameran since takde signage yang kata pameran di tutup pada hari tu.


Masok je dewan pameran, kat entrance ade replika gua which at first aku ingatkan rumah hantu, dengan sound effect pun macam kat dalam rumah hantu, mungkin sebagai tarikan untuk kanak-kanak yang datang berkunjung. Dalam gua tersebut ada dipamerkan sejarah awal mushaf (Mushaf art at early Islamic Era), sejarah kedatangan ayat-ayat Al-Quran ke bumi. Kemudian, terdapat beberapa replika seperti pedang Nabi, bahtera Nabi Nuh, replika sandal Nabi Muhammad dan juga replika rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad. Kat bawah ni gambar yang sempat aku ambil sepanjang lawatan. Even dia ada mention kat sana dilarang ambil gambar, tapi since takde staff yang available masa tu, so why not… just untuk kenangan. Enjoy!





Salasilah Nabi Muhammad S.A.W

Replika bahtera Nabi Nuh..


Replika sandal Nabi Muhammad S.A.W


Entrance replika kediaman Nabi Muhammad

Ruang ibadah

Jubah yang selalu dipakai oleh Nabi Muhammad

Baju kegemaran Nabi Muhammad, Qomis

Ruang menyambut tetamu



Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1