Monday, December 28, 2015

Baby-sitting

Assalamualaikum,

So nak story pasal husband wa yang dah jadi baby-sitter for the whole week.

Punyalah aku berdebar bila mana husband wa yang agak kacak lagi tak berapa nak kurus ni suggest nak jaga sendiri Ammar kat rumah since dia amek cuti for the whole week sebab nak habiskan cuti annual year dia yang masih berbaki before end of the year. untung lah kan cuti masih berbaki lagi. Aku pulak, siap kena amek unpaid leave kalau ada emergency sebab cuti aku awal-awal lagi dah kasi perabeh! Hehe…

“serius ke ni abang boleh jaga Ammar sorang-sorang?”

“ Pandai ke nak mandikan Ammar nanti?”

“tahu ke nak blender bubur Ammar macam mana?”

“Kalau Ammar mengamuk macam mana abang nak buat?”

“Kalau Ammar nak tido abang nak buat macam mana?”

“Kalau Ammar poo-poo abang reti tak nak basuh?”

“Eh.. serius ke ni abang.??..

Bertalu-talu soalan aku lemparkan kat husband aku bila dia serius gile nak jaga Ammar for the whole week. Sungguh tak yakin diri aku ni untuk melepaskan Ammar atas jagaan ayahnya sendiri. Haha! Mana taknya, pagi-pagi buta anak menangis pun sedap lagi tido berkeruh macam nak runtuh rumah. Sebab all this while pun aku yang akan buat semua kerja-kerja ni. Bukan tak confident dengan husband sendiri, tapi bagi aku, aku selesa buat semua tu sendiri. Kira macam boleh menguatkan lagi bonding between mother and son giteww. Hewhew..

Lepas beberapa kali interview husband untuk candidate baby-sitter, aku pun setuju jelah. Aku fikir, elok jugaklah husband nak jaga Ammar so mak aku boleh lah rileks sikit dari jaga budak. Masa ni la husband kena prove yang dia boleh jadi ayah yang champion untuk bakal anak-anak dia nanti. Anak-anak?? tett..

Pagi-pagi sebelum pergi kerja, aku dah siapkan bubur untuk Ammar makan nanti. Lepas tu aku tulis atas kertas beberapa house chores untuk diuruskan sepanjang husband kat rumah ni. Kira memanfaatkan peluang yang ada la kan. Kikiki. Bukan senang nak tengok husband jadi suri rumah kan. List pun tak banyak, kira kita try test dulu la. Aku bagi cuci pinggan, basuh baju, part jaga Ammar dan segala kehendak bos kecik tu. 

Then off to work.

Dalam hati ni berdebar pulak rasa hati sebab tak confident husband boleh uruskan anak dan rumah sorang-sorang. Selama ni memang aku yang settle kan semua kerja-kerja rumah tu. even dalam hati ni nak sangat husband tolong. Tapi bila dah tolong, lain pulak jadinya. Ini tak kena itu tak kena. Haha. Everything must be in order macam yang aku nak. Kalau tak aku sendiri yang akan rasa serabut. Hehe. Ni kira OCD ke ape? Cool ok. Baru first day kot.hoh

Sampai je ofis benda pertama aku buat, whatsapp husband tanya tengah buat apa. Hehe. Cuak aku kalau husband still berkeroh, Ammar masa tu tengah main sorang-sorang. Dibuatnya rumah aku tu macam kem tentera dia nanti. Panjat sana, panjat sini, merangkak bawah meja, campak barang mainan, extreme sungguh kau nak. Yang itu ok lagi, kalau dia main benda lain. Tak ke naya. Ok.. ok cukup fikir benda bukan-bukan.fuuh.

Dalam kul 11 pagi baru dapat whatsapp dari husband. Husband send pic:

Masing-masing muka busuk baru bangun tido

Ok.. sama macam yang aku imagine..hehe

Dia rasa semua mainan dia sedap kot. semua nak masuk mulut

Ok rumah dah sepah, ayah sila kemas

Haha. Tak tahu nak cakap apa.

Habis kerja je, terus berdezup berlari depan pintu ofis untuk tag out. Kalau boleh nak speed kereta sampai 140km/j sebab tak sabar nak gomol-gomol budak Ammar. Tapi nak buat macam mane, jem yang macam naharom tu serupe kura-kura. Setakat 40km/j je dalam bergerak. Despair.

Sampai rumah benda pertama yang aku buat, pelok Ammar kuat-kuat lepas tu cium puas-puas. Haha. Overly attached mom. Setiap hari macam tu. 12 jam tak Nampak muka anak depan mata rasa macam berbulan-bulan. 

As long dapat tengok muka Ammar happy, main-main, that’s enough for me. Lega. yang penting husband dah bersusah payah tolong jaga Ammar dengan baik, even rumah sedikit huru-hara. Hehe. Good job husband!

If only I could have much time to spend with my son dan melayan segala kerenah dia, sambil layan-layan kemas rumah dan memasak, rasa sangat heaven jadi surirumah ni. mungkin satu hari nanti, bila bisnes dah maju, aku nak make sure benda ni jadi kenyataan. InsyaAllah.

Monday, December 7, 2015

Anniversary yang dilupakan

Assalamualaikum,

Sebelum aku menulis lebih lanjut, aku just nak cakap, I just forgot my own wedding anniversary! Ooyemmgee…!

So happy 2nd anniversary to myself. 07.12.2013~07.12.2015

Baru masuk tahun ke 2 kott. Tahap pelupa aku ni nauzubillah, dah macam separuh amnesia dah. Kejap hp kat tangan, lepas seminit pegang, tingg… hilang! Aku lupe mana aku taruk hp aku jap tadi. Aduihh..!

Anak baru sorang je kot, kalau dah 2-3 anak, mau lupe ingatan terus. Nak lagi dasyat kalau lupa muka suami sendiri.

“Eh ehh. Siapa yang tidur berdengkur macam dinousour tepotosaurus sebelah aku ni??!?” maigodd husband sendiri rupenya.. ! just imagine! haha

Baru dapat sport shoes baru husband belanja. Terus ajak jog

Tengah-tengah scroll feed kat facebook dan sedang anak lena diulit mimpi, tetibe tinggg! Facebook remind pasal anniversary. Hati yang mula-mula kosong tadi tetiba macam berbunga-bunga. Terus whatsapp simple text kat suami “ Happy anniversary dear. Love u” then waiting.. waiting… waiting… takde reply. duuhhhh. Dah tido lah tu. herrmmm. Nak merajuk taknak. Nak merajuk ke? Ok kita merajuk. Teruskan men scroll facebook mencari isu-isu panas sambil buat-buat lupa pasal anniversary. Merajuk katanya. Husband baru lepas hantar parents dia kat kampong dari Pahang and last contact dia pukul 11pm kata dia dah sampai Segamat. Such a long journey. Mungkin husband penat kot then tido awal. Hopefully dia tak lupa.

The next day, as usual, aku lupa ape aku buat malam tu, termasuklah my anniversary. Kemudian, pukul 9 pagi kat office, dapat call dari husband. Smooth and silky je suara dia “ Sayannggg, happy anniversary!!” maybe dia takut aku merajuk agaknya. Tapi actually aku dah terlupa pun pasal kejadian malam tadi sebenarnya!haha. So, hati aku pun kembali berseri-seri. Kembang setaman. Senyum sampai cramp pipi. Hadiah dah lama bagi dah. So, taknak tuntut hadiah apa-apa dari suami. Cukuplah suami ingat anniversary kami with simple wishes and hopes. Thanks dearly husband.

Honeymoon@Krabi
6 tahun berkenalan masa first sem kat U (malas nak tulis couple sebab macam childish..pffhh), 1 tahun bertunang, now 2 tahun di alam rumah tangga, rasa macam sekelip mata je. Tup tup dah ada anak sorang yang dah masuk setahun. Haishh. Memang tak sangka aku dah jadi mak orang. Terasa tua. Syukur Alhamdulillah, orang yang aku berkawan tu lah yang jadi suami aku. 

Nak cerita zaman bercinta dulu-dulu, tak hebat macam orang lain. Tak seindah macam cerita dalam drama melayu petang-petang. We met through Friendster. Lepas kenal sekali, terus ajak jumpa lepas tu berkawan sampai lah sekarang. Kisah cinta aku tak best untuk dijadikan novel. Macam-macam suka duka. Aku pulak jenis go on with the flow. Aku tak suka berkawan dengan ramai lelaki. Siapa yang approach dulu dia lah yang dapat. Simple. Haha.

Dapat tiket AJL free from your cousin. Remember that incident kat tangga? Tak boleh lupa!haha

Aku tahu Allah dah titipkan kat setiap sorang dari kita ni, pasangan hidup masing-masing. Setiap yang berkahwin ni, whoever your partner is, just accept who there are. Actually, tanpa kita sangka dan tanpa kita sedari, sebenarnya pasangan kita tu reflect kepada diri kita sendiri, Allah dah susun baik punya. Perancangan Allah tak pernah salah. He gave us what we actually need. Belajar untuk menerima, belajar untuk saling lengkap melengkapi. He knows what best for us. 

Dulu masa zaman muda-mudi dulu, boleh la merajuk, tunggu kena pujuk, cepat sentap, kadang-kadang hal yang kecil pun boleh jadi besar. Sekarang, tak ambil port dah semua tu. All you ever think now is kebahagian untuk anak sendiri. How to be a good mother, macam mana nak disiplin kan anak, macam mana nak jadi good parents. I don’t bother my own feelings now. haha. Walaupun nak sangat someone yang boleh jaga perasaan kita. Drama sangat kan.

Hachiko. Always be our kesayangan
Suami memang suka menyakat. Dari dulu sampai sekarang. Dia akan menyakat sampai aku sangat annoy dengan perangai dia. Lepas tu, dia akan bagitahu aku “I did it for fun, I just love to see your face when you angry. It makes my heart melt” teettt… ini tipu. Ini drama bukan reality. Realitynya husband aku bukanlah a romantic type of person.hehe. Pernah cerita kat sini. What he actually said was “ alaaahh.. bergurau je pun. Dulu boleh je, sekarangg….” Sambil buat muka annoy dia. Dia memang annoying. Titik. Haha.

Sebabnya dia memang dijadikan annoy macam gitu. Pernah one time tu dia serius. Seriau der. Nak telan air liur pun pelan-pelan. Dia suka ajak aku bersembang. Aku pulak jenis tak suka bercakap. Kalau tetiba berdua dalam kereta dia tak bercakap, aku akan rasa seram sejuk. Suami marah aku ke? Aku lupa nak tutup suis kipas ke? Aku tak kejot dia bangun pagi tadi ke? Aku ada tersinggung perasaan dia ke? Hah.. biru kepala otak.

Muka kembung pregnant si Ammar

That makes us connected. Dia selalu kata aku childish, dia tak perasan pun yang super duper childish tu actually diri dia. Kalau salah sorang minum, kau akan kena kacau sampai kau tak boleh minum dengan aman. Mau tersembur balik air yang kau minum. Suka menari sambil goyang-goyang perut dia, himpit badan aku macam bulldozer sampai aku naik lemas, kena geletek sampai rasa nak terkencing, sampai kan kadang-kadang bila dia buat aku annoy, aku sendiri rasa nak tergelak. Hopefully Ammar tak ikot macam perangai ayah dia. herrmm.

Suami seorang yang kuat ingatan. Tak macam aku, baju yang aku pakai semalam pun aku tak ingat. Mana aku letak pengepit kuku pun aku boleh lupa letak mana. Paling sakit hati bila hp hilang, even aku baru sesaat je letak hp aku kat satu port bucu katil, tetiba boleh hilang! Toyol mana tah yang curik. Tapi rupa-rupanya aku letak hp aku atas meja solek. Lepas tu membebel sape yang alehkan hp. Hihi. Tahap kuat ingatan suami aku ni bila dia boleh ingat nombor telefon aku yang aku guna 6 years ago. Aku ni nombor telefon suami pun kadang-kadang boleh lupa. Hoh. 

Hobby kumpul gadget


Suami aku dia rajin call or whatsapp. Selalunya pagi-pagi aku yang akan bersiap hantar Ammar rumah mak lepas tu pergi kerja. Husband aku office dia flexible. Tak kesah masuk pukul berapa. Pagi-pagi lepas sampai kat office dia akan tanya sampai office pukul berapa? Busy ke tak? Busy sedang ke busy amat? Balik on-time ke? Even waktu tu aku baru masuk office. Tengahari dia akan call aku. Tanya dah makan ke belum? Makan apa? Makan dengan siapa? So kasi ke tak? Pertanyaan last dia tu memang annoy. Huhu.

a great father



So, that’s it. Banyak lagi nak cerita tapi setakat ni je yang aku boleh tulis. Sebab aku tulis ni aku takut aku lupa! Ahah.













Wednesday, December 2, 2015

Percutian separuh-Gambang

Assalamualaikum,

Tak jawab dosa, jawab tandanya ko baca blog aku , tahniah! Haha…

Sejak Ammar dah masuk umur setahun ni, macam-macam perkara aku nak buat dengan dia. Aku rasa aku perlu ada di sisi dia waktu-waktu macam ni. I always wanted to be beside him whenever he needs me. Because that’s parents would do. Aku nak create sebanyak mungkin memory dengan si budak Ammar before he turns 21 or before I lend his hand to another girl. Hah kedepan sangat kau fikir kan. 

Bila fikirkan nanti saat-saat aku lepaskan Ammar bila dia dah nak kahwin nanti, mesti aku akan rasa sebak sangat pastu nak pelok dia, gomol dia for the very last time. Lepas tu, dia bukan lagi tanggungjawab aku. I don’t want to regret any single time I spent without him. *sobsob*

Even time tu mungkin aku dah ade 3  orang anak, tapi kenangan dengan anak pertama ni terlalu berharga bagi aku.


Ok. Enough said. Nak cerita pasal Gambang tempoh hari. Intro kemain lagi kan.

Last 2 weeks husband pergi outstation dekat 2 minggu kat Kuantan. Disebabkan dia rasa terlalu lama tinggalkan anak bini kat rumah, so dia decide nak bawak sekali kitorang pergi Kuantan. Plannya, husband target habis projek dia hari Sabtu, then Ahad & isnin boleh la berjalan-jalan kat Gambang.

Husband ambil kitorang hari jumaat malam. Nak dijadikan cerita, ada tanah runtuh kat highway Karak sebab hujan lebat. Lepas tu, kitorang pun ikotlah laluan alternative yang diberikan. Route dia KL >Seremban>Bahau>Pelangai>Karak>LPT1. Sumpahlah cakap sekali seumur hidup je kot kitorang lalu Pelangai tu. Siapa yang pernah lalu situ mesti tahu azabnye jalan tu. Haha. Pukul 12 gerak dari KL, sampai ke gambang lebih kurang pukul 6 pagi. Bayangkan.

Anyway, kami booked hotel kt Bukit Gambang resort City. Kat sini ada 2 jenis resort, Arabian dengan Carribbean. Kitorang pilih Carribbean sebab price agak murah dari Arabian lebih kurang 200+ semalam. Site plant husband dekat je dengan area tu. So cadangannya lepas husband habes kerja nanti boleh la jalan-jalan kat zoo gambang atau waterpark. Malam tu aku siap-siap plan activity yang akan kitorang buat kat sini, siap study lagi map dalam zoo Gambang, survey tempat nak bawak Ammar main air kat waterpark nanti, bawak Ammar naik kuda etc etc, Tapi, harapan palsu je semua tu. Projek husband kena extend pulak. so duduk jela aku melayan kerenah Ammar dalam bilik sampai husband habis kerja. Haiihh.

Main kejar-kejar dalam bilik hotel sampai kepenatan

Sorry Ammar ayah sibuk kerja. next time ayah main dengan Ammar ok?

Mane awek tak jumpe awek pun kat sini

Main celup-celup kaki dalam kolam pulak

Kat floor bawah hotel yang aku duduk ni ada mini funfair. Start pukul 8-10 pm. So tiap-tiap malam aku akan bawak Ammar main-main kat sini. Tapi tak berapa best sebab ramai budak melepak. So aku tak suggest lah ambil hotel ni. Hotel ni share sekali dengan penginapan student kat kolej kemahiran depan simpang nak masuk Gambang resort ni. So malam-malam ramai budak melepak kat sini bergaul lelaki perempuan. Sakit mata memandang. Lepas tu call housekeeping suruh kutip sampah yang belambak dalam bilik & suruh kemas bilik, sampai ke sudah tak datang-datang. Hari ahad petang tu orang hotel kata kitorang kena tukar bilik sebab hotel carribbean ni nak tutup untuk renovation. Dah tu kena pindah hotel Arabian. Hotel ni much better tapi agak mahal sikit. Takpelah bayar mahal untuk kelesaan sendiri. Kalau duduk kejap maybe boleh consider lagi la.



Layan pusing-pusing sampai tertido
haa dan boleh dah pose untuk majalah mangga





Ok. Itu je kot nak cerita pasal percutian separuh “Gambang” kitorang. 

Hehe.



Tuesday, November 24, 2015

Ammar Zafran turn 1

How time flies. Rasa macam baru je semalam beranakkan si Ammar ni. Tau-tau je dah bujang budak kecik ni. Bujang ke? Hehe.

Alhamdulillah, Ammar dah masuk setahun dah 22hb nov hari tu. Sekarang makin lincah budak kecik tu semenjak dapat kaki ni. Jenuh la mak ayah nak mengejar budak sorang ni. 

Dalam masa setahun ni, Ammar dah 2 kali warded sebab demam panas and pneumonia. Masa umur 3 bulan dan 6 bulan. Aku rasa maybe sebab dia kurang breastfeed kot. Aku pernah cerita pasal aku tak boleh breastfeed kat sini. sedih auu..

Kalau nak tahu tempoh masa menjaga Ammar kat dalam wad masa dia sakit dulu memang sedih la. Paling sedih sebab aku rasa aku mak yang terok sekali sebab tak pandai jaga anak. Macam the whole world pointing at me, blaming me for what happened to him. Lepas tu pulak takde siapa nak pujuk aku, tenangkan aku. Hanya mak aku. Husband outstation. Rasa tekanan tu macam boleh explode at any time je. Sedih woo tengok anak kita terbatuk-batuk, hingus meleleh tak henti, dada berombak, nafas laju, badan panas, kahak banyak, kena tengok nurse sembur hidung, sedut kahak pakai tube, tiap 4 jam pakai nebulizer, semua tu aku rasa bersalah sangat kat Ammar. Rasa nak tepuk-tepuk je dahi nurse sebab paksa Ammar buat macam-macam. Geram tau geram.

Alhamdulillah, semakin Ammar membesar ni, semakin kurang Ammar sakit. Makin lama makin cerdik. Macam-macam benda dia nak buat. 

Antara milestone Ammar yang boleh aku recall:

0-2 month: Suka tidur dan kuat meneran. Orang dulu-dulu cakap baby meneran sebab nak besar. Unik kan?

2-3 month : Dah pandai kena agah dan suka ajak bersembang. Seronok time ni sebab Bahasa baby sangat comel! “wa..waarkk..nyayaaa.. “

4 month : Dah boleh meniarap

6 month: Start makan bubur instant nestum tu. Tak berani bagi bubur nasi lagi. Lama-lama sikit baru bagi makan bubur nasi campur carrot, kentang, kurma dll. Bubur blender sebab takde gigi lagi!

7 month: Pandai tepuk amai-amai. Boleh berdiri

11 month: Dah pandai berjalan! Tapi gigi sebatang je..hewhew..

12 month: Berlari ok!

Ammar day 1

Ammar 12 month


Ok done. Happy birthday to my little one Ammar Zafran. we love you to the moon and back!





Sunday, October 25, 2015

My mother – my superhero

Aku susah kalau bercerita pasal mak depan kawan-kawan. Sebut perkataan ‘mak’ pun aku dah sebak. Kalau teruskan bercerita lagi for sure akan sebaldi air mata aku mengalir laju. Bercerita tentang wanita hebat di mata aku ni memang sangat sensitive buat aku.

Lagi-lagi lepas abah meninggal tahun 2002. Maklah yang bersusah payah, bertungkus lumus bekerja untuk menyara kami 6 beradik. Even sekarang kitorang dah besar panjang dan masing-masing dah ada keluarga sendiri, mak aku tak pernah sekali pun terlupa untuk tanya kabar berita dari anak-anak dia dan cucu-cucu dia.

Pernah sekali tu aku singgah rumah mak lepas balik kerja. Minggu tu cuaca agak tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Abang sulung aku satu family demam, kakak aku pun dan anak dia sorang demam & selsema, masa tu mak aku pun demam selsema jugak. Ditambah pulak dengan sakit lutut dia. Tapi mak aku ni tak peduli pun tentang sakit dia. Dia lagi risau pasal anak-anak dia. Apa mak aku buat, dia call abang aku dan kakak aku sorang-sorang, tanya macam mana keadaan? dah pergi jumpa doctor ke? dah makan ubat ke? Bila aku tanya mak aku, mak ok tak ni? Mak cepat-cepat cakap dia ok padahal aku tengok raut muka dia tu dah tak larat dah sambil kesat-kesat hingus. 

Just imagine la kan mak korang lebih utama kan kesihatan anak-anak dia dari diri sendiri. Even dorang dah besar panjang kot, boleh jaga diri sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun lupa nak tanya kabar mak kita.Mak aku ni pun pelik gak, suruh orang makan ubat, tapi ubat sendiri pun tak nak makan. 

Bab makan pun mak aku tak pernah nak berkira. Walau kat rumah mak Cuma duduk 3 orang je, mak dengan adik-adik., mak aku mesti akan masak lebih. Mak kata mana lah tau nanti abang-abang & kakak datang nak makan ke. Mak kata mak akan terasa hati kalau anak-anak datang rumah bukak tudung saji tapi lauk takde. Part tu mak aku sedih sangat. Sebab tu mak aku tak kesah kalau masak banyak. Nak-nak pulak kitorang pun duduk tak jauh dari rumah mak. Mak akan pastikan makan minum kitorang terjaga. Even kitorang dah ada family sendiri. Kalau anak-anak dia tak datang rumah, mak akan call tanya masak tak kat rumah? Mak ada lauk lebih ni..” Tulah, kasih seorang mak takde bandingnya.

Mak aku orangnya dulu sangat garang dan tegas. Aku beruntung sangat dapat mak macam ni sebabnya kami dididik dengan baik. Hasilnya tengoklah, anak-anak mak semua berjaya. Tak kira dari segi pelajaran ataupun kehidupan. Takde yang jadi liar, drug addict ke, kaki pukul ke, kaki judi ke, kaki pompuan ke, hisap gam ke. Tak senang tau nak jaga 6 orang anak seorang diri dengan kehidupan yang serba kekurangan. Aku salute mak aku.

Bukan setakat anak-anak mak je, menantu-menantu mak pun mak ambil berat. Mak akan tanya kesihatan masing-masing. Kalau salah sorang sakit ke, mak aku lah yang paling kelam-kabut sekali nak tau perkembangan dorang. Kadang-kadang menantu-menantu pun jarang tanya pasal kesihatan mak kan.

Apetah lagi cucu-cucu mak, kalau sorang masuk wad, mak aku akan offer diri untuk jaga kat sana. Mak akulah orang yang paling tak keruan sekali kalau tahu cucu-cucu dia sakit. 

Mak aku ni sebenarnya suka membebel. Kadang-kadang kami 6 beradik pun tak tahan nak dengar. Tapi dalam bebelan dia tu ada banyak nasihat. Aku suka dengar nasihat mak aku. Pernah dulu masa aku mula-mula masuk sekolah berasrama penuh masa form 4, aku rasa aku terpinggir sangat sebab student baru kan. Aku susah sikit nak adapt dengan tempat baru. Hari kedua kat sana, aku dah start nangis-nangis nak balik. Homesick. Lepas tu mak aku bagi nasihat kat aku. " Takpe nak. Biar orang lain buat hal dorang. Diorang nak kawan ke, tak kawan ke terserah kat dorang. Yanti pulak buat hal yanti sendiri. Yanti belajar rajin-rajin. Asalkan yanti tak kacau dorang. Orang pun tak kacau yanti" Sampai sekarang aku ingat lagi nasihat ni dan aku pakai sampai sekarang.

Masa aku menulis ni aku dah rasa sebak sangat. Tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu, takde satu hari pun aku lupa jasa mak kat kitorang. Tiap-tiap hari aku kan fikir cara nak happy kan mak, nak buat mak senang, nak balas balik jasa mak yang takde penghujungnya tu. Nak kata aku anak yang baik, tak jugak. Tapi dalam kehidupan aku ni, aku just nak buat mak happy. Tu dah cukup buat aku bahagia.

3 benda yang selalu aku mintak kat Allah dalam doa tiap kali lepas solat:

- Letakkan arwah ayah aku dikalangan orang-orang beriman

- Panjangkan umur mak, diberikan kesihatan yang berpanjangan, limpahkan rezeki untuk mak

- Jadi isteri yang taat & solehah

Kalau nak bercerita pasal mak confirm satu page pun tak cukup. Tapi cukuplah setakat ni aku cerita pasal mak. Kalau panjang kang takde orang baca. Hehe.

Aku bercerita ni sebab aku pun dah jadi mak. Jadi mak ni bukan senang. Dan aku pun dah alami sendiri. Aku harap aku dapat jadi macam mak aku. Kuat & sabar. My mom my idol.

Me & adik-adik with mom

Sweet tak mak aku? Layankan aje kitorang berselfie hehe


Wassalam.



Tuesday, October 20, 2015

Zoo Negara


Sejak balik dari Osaka last month, rasa rindu pulak nak tengok awan yang membiru kat langit Osaka. Cantik. Bersih. Compared to kat Malaysia sekarang, makin lama makin teruk pulak jerebu dia disebabkan kebakaran hutan kat Indonesia. Cuba bayangkan, disebabkan kelalaian & kecuaian orang lain, kita dapat tempiasnya. Sangat tak seronok tau.

Ok. Bukan nak cerita pasal jerebu. Tapi nak cerita pasal last weekend punya aktiviti. Last month kat Osaka, kitorang ada bawak Ammar pergi mengenal hidupan laut kat Kaiyukan Aquarium. Lepas balik dari sana, rasa teruja nak bawak Ammar mengenal haiwan even dia tak reti apekebenda tah haiwan-haiwan ni kan. Kira macam sesi suai kenal la ni. so kali ni kitorang nak bawak Ammar mengenal haiwan darat pulak. Haiwan darat pun bolehh. 

All the way nak ke sana, Ammar boleh pulak nyenyak tido dalam kereta. Tak excited langsung la Ammar ni. Adeh! Kitorang pun confuse siapa yang paling excited nak pergi zoo ni? Ammar ke or parents Ammar? hehe

Sampai kat Zoo Negara lebih kurang pukul 11am. Kira good timing la nak tengok aktiviti-aktiviti haiwan yang ada kat sini. Ammar pun dah bangun tido. Terpisat-pisat muka dia ntah ke mana mak ayah dia nak bawak dia pergi kali ni. Bukan dia kisah pun kan!haha. 

Lepas dapat parking, terus kitorang bergerak ke tempat membeli tiket masuk. Harga untuk dewasa rate biasa adalah RM32 seorang. Mak datuk mahal okay! Kalau nak tengok giant panda untuk dewasa je dah RM54. Mak aih, setakat nak tengok haiwan gemok berbulu, mata berlingkar hitam, baik save the money kita tengok dalam TV jela nakk. Tapi for those yang ada kad AEON member boleh lah dapat 10% diskaun dari harga asal. So, since aku ada kad tu, dapatlah harga murah sikit. Kiranya berguna jugaklah aku apply kad untuk jadi member AEON yang tiap kali husband aku bising sebab aku suka paksa dia teman aku pergi JUSCO kalau ada AEON member day. Hehe.
Sila prepare duit secukupnya ya.
Muka toye tak dapat dibendung

Masuk je dalam zoo, haiwan pertama yang kitorang jumpa ialah zirafah. So, bermulalah sesi pembelajaran Ammar mengenal haiwan.

Ibu “ Ammar, tengok tuu, zirafahh…wooo..”

Ayah,”eee.. zirafah laa.. tengok tu.. ape tuuu… “ muncung-muncung mulut husband.

Ibu,”ee.. tiger laa.. tiger tengah tidoo…uuuu.. “

Ayah,” Ammar tengok tu, kerbauu laa.. panjangnya tanduk dia… uuuu..”

Ammar, “…….”

Nampak tak kegigihan kitorang nak ajar anak mengenal haiwan. Even dia takde response, at least dia boleh ingat kesungguhan ibu ayah dia dengan bermacam-macam gaya dan ekspresi muka just nak tengok dia senyum. Senyum sikit pun takpe laa.

Ok Ammar senyum sikit.

Kat dalam ni, kitorang prefer untuk berjalan kaki dari naik tram yang disediakan. Sebabnya kalau nak naik tram ni pun kena add-on RM 5 untuk bawak kitorang ronda-ronda kawasan zoo tanpa rasa letih. Jadinya kitorang decide untuk berjalan kaki je instead of riding the tram. 

Tapi penat dia, masyaAllah…. Tambah-tambah lagi kena dokong Ammar kan. takkan nak duduk dalam stroller je. Baru dia feel sikit tengok haiwan dari dekat. Kononnya lah kan.

Lepas singgah ke satu—satu kandang, kitorang takdelah singgah semua, mana yang larat je. Berpeluh der. Nak pulak kitorang terlupa ambil map zoo kat entrance tadi. So, banyak haiwan yang kitorang missed. 

Last sekali kitorang sampai kat kawasan children’s world. Kat dalam ni ada anak kuda, arnab, anak rusa lepas tu ada monyet. Tengah-tengah tengok monyet tu bergayut around cage dia tu, amazingly Ammar ketawa beriya-iya tengok monyet tu bergayut-gayut ke sana ke mari. Kitorang pun macam ter ‘amaze’ kejap dengan tingkah laku Ammar time tu. Kiranya sepanjang dari entrance sampai dah nak last check point ni dia takde sebarang response, now baru Nampak muka excited dia bila nampak monyet. See? Maybe dia rasa boring kot tengok kerbau, zirafah, gajah, rusa, harimau semuanya tido je takde ape yang menarik. Last-last monyet jugak yang buat Ammar happy. Haha.

Ammar tunjuk je tapi tak response. Muka husband jelas terpancar keboringan Ammar

Time ni la dia gelak sakan tengok monyet bergayut.
Ok la bu, dah letih la jom balik!

Another great weekend for us. :)





Sunday, October 11, 2015

OSAKA DAY 4- Kaiyukan Aquarium

Assalamualaikum,

Last day kat Osaka. Hari ni hari free & easy which mean kitorang tak terikat lagi dengan activity yang company dah arrange untuk kami. Tiket flight pukul 12 malam so the whole day tu memang takde sebarang activity. So, aku dan beberapa kawan pun decide untuk explore tempat-tempat yang best kat area Osaka ni. Sebelum tu, kitorang study dulu kat internet untuk cari tempat yang best dan senang nak pergi. Kalau main aci redah je tak seronok pulak sebab takde hala tuju kan. Then, terbaca pasal Kaiyukan Aquarium which antara main attraction & largest aquarium kat dunia. Kira sessi suai kenal Ammar dengan ikan la ni.

Hotel tempat kami duduk ni, Hyatt regency, dekat dengan train station. Kena berjalan dalam 500m dari hotel untuk ke station ni. Kalau nak tahu, orang-orang Jepun ni sangatlah friendly & helpful. Masa tengah blur-blur nak beli tiket, datang sorang uncle staff train kat sini tegur kitorang sebab Nampak kitorang ni macam lost. 

“Moshi-moshi… anda semua hendak ke mana?” Versi Bahasa Jepun.

“We all nak pergi tengok fish, you know fish?” slang English kemelayuan sikit.

Uncle tu pun blur. Garu kepala sambil angguk-angguk “hait-hait” Bajet paham tapi tak sebenarnya.

Dengan itu kami pun sama-sama garu kepala yang tak gatal*hewhew*

Mostly orang Jepun ni tak reti nak speaking. So, kitorang pun pakai la Bahasa Urdu. Tau ke? Haha.

Nasib la awal-awal lagi kitorang dah ambil map yang disediakan kat depan kaunter hotel kami tadi. So, kitorang just tunjuk je mana nak pergi lepas tu staff train tu pun terangguk-angguk paham even sepatah haram pun kitorang tak keluarkan suara.

Uncle tadi lead kitorang dari start kitorang bayar tiket sampai la ke platform kitorang nak naik train. Uncle tu sangat friendly bersembang tapi mostly dia cakap Bahasa Jepun. Uncle tu ingat kitorang reti Bahasa Jepun kot sebab kitorang asyik sengih lepas tu terangguk-angguk. Macam dah terbiasa je dengan budaya orang Jepun yang terangguk-angguk ni.

Sampai je train, kitorang sempat snap sekeping dua pic dengan uncle tadi disebabkan kemurahan hati beliau menemani kami tunggu train. Lepas say goodbye, kitorang pun bergerak ke destinasi kami. Tak jauh pun. Dua stesen je dari sini.

Sampai je kat stesen yang dituju, terus ternampak sign boarn “Kaiyukan Aquarium”, so, sangatlah senangnya kalau berjalan-jalan kat Osaka ni. Kami pun tak rush sangat sebab rasa masa still panjang lagi. Jauh jugak nak menapak sampai ke Aquarium ni. Sambil berjalan tu sambil kitorang menikmati pemandangan kat sekitar kawasan. 

Berjalan lah lagi
Aquarium ni terletak kat Tempozan Harbor Village. Selain Aquarium ni, antara main attraction kat sini adalah Tempozan ferris Wheel. Kita bolehlah menikmati pemandangan sekitar Osaka dalam lebih kurang 20 minit menaiki ferris Wheel. Sangat syok tapi husband aku dia seorang yang gayat. So, tempat ni adalah dalam senarai black list dia. Kat sebelah dia pulak ada Tempozan marketplace. Kalau nak shopping beli-beli barang boleh singgah sini jugak.

Belakang ferris Wheel Tempozan with friends

Sampai je kat Aquarium, kitorang ambil pakej masuk Aquarium dan ride to USJ naik bot. Seorang dalam 2500 + yen kalau tak silap. Yang paling excited nak masuk of course la mak ayah Ammar. Ammar buat derk je.

Depan Kaiyukan aquarium

Tour kat Aquarium ni bermula dari tingkat 8 sampai la ke bawah. Kat tengah-tengah building dia ada tank besar which terdapat macam-macam hidupan laut termasuk jerung & whale. Kat belah-belah keliling building plak ada anjing laut, penguin, pelbagai jenis ikan dari yang kecil sampai ke besar. Kitorang macam over-excited sangat tengok ikan-ikan tu tapi Ammar macam tengok-tengok kejap lepas tu dia pandang tempat lain. Bila duduk kan dia dekat dengan tank dia takot-takot nak pegang dinding lepas tu cepat-cepat pelok aku. Maybe dia pelik sangat tengok ikan-ikan besar kat dalam balang kaca besar tu. Haha.

Ammar teruja tengok ikan, lepas tu menyorok belakang badan sebab takot
Tengokk tu dolphinn laa... " Not interested la bu.."
Ammar tengok tuu.. anjing lauuttt ..Ammar lagi interested tgk ayah dia..pfftth
Nama ikan ni sunfish.. ikan pelik pernah aku tengok

Eh.. mane ikan pari ni tadi ade kat tepi ni.. Ikan pari "huwarrgghh.."
Hei shark.. ingat kita takot ke meh la sini kalau berani
Hi awak.. jom la main kat luar ni

All in all, we had a good time here at Kaiyukan Aquarium. Senang sangat nak move around pakai stroller sebab tempat dia takde tangga. Eventhough bawak stroller pun mostly aku yang dokong Ammar sebab nak kasi dia tengok ikan dari dekat. Baru thrill kan. So settled sudah sessi perkenalan Ammar dengan hidupan laut. Lepas ni kite pergi zoo pulak ye Ammar?

Lepas habis tour kat Kaiyukan, kitorang pergi naik bot ke USJ. USJ bukan kat Selangor tu. Tapi Universal Studio Japan. Masa tunggu bot sampai tu, kitorang terperasan pulak staff-staff pengendali bot ni semua perempuan. Comel-comel pulak tu. So kat sini dah prove bukan lelaki je boleh buat kerja-kerja kasar/berat macam ni. Macam cool kan?

Since tiket pun mahal dalam RM200 so kitorang buat gaya tak mampu-muka berharap-kecewa-tak-dapat-masuk-USJ, kitorang just berjalan-jalan kat kawasan luar USJ lepas tu masuk hard rock cafe. Disebabkan terlalu kecewa, aku just dapat post gambar je. Malas nak review. heh.

eh bang.. perot abang dah hilang. Magic!
Eleh.. bangga la tu dapat pegi hard rock cafe...


Pheww. Settled post pasal Osaka. Berhari-hari nak siapkan post sebab takde masa nak hadap blog 24hours. Lepas ni boleh lah tambah lagi list travel kami around the world. Hehe. InsyaAllah.

Lepas ni rindulah nak datang sini lagi. Yang paling aku rindu of course la yang satu tu.. hehe

Haii toilet.. rindulah nanti kat awak! hehe

Wednesday, September 30, 2015

OSAKA TRIP – DAY 3 (OSAKA)

Assalamualaikum!

Sudah masuk hari ke 3 kat Osaka. Alhamdulillah, udara kat sini sangat menyegarkan. Hirup udara pagi dengan sepuas-puasnya sebab nanti dah balik Malaysia kena hadap jerebu pulak. Hmm..

Orait. So aktiviti hari ini memerlukan anda fit sepenuhnya. When I said ‘fit’, I really mean it. 

Osaka castle (81% best vote)

Sampai kat tempat ni, turun je dari bas, decide taknak bawak stroller Ammar sebab tourist guide kata kat sini ramai sangat pengunjung yang datang. Nanti berhimpit-himpit leceh. Tapi tourist guide tu tak bagitahu pulak yang all the way nak naik Osaka castle ni kena berjalan lebih kurang 2km melalui Osaka castle park untuk sampai ke sana. Biru otak aku. Jauh nok! ?*Nangis hingus tergantung*

So, husband dan aku pun bergilir-gilir dokong Ammar pakai sling carrier. Nak-nak pulak Ammar jenis tak suka duduk dalam carrier tu. Jangan terperanjatlah bila balik Malaysia nanti masing-masing dah ada muscle kat lengan. Sado gitu.

Sampai je kat Osaka castle, Building dia memang superb cantik. Tapi untuk naik ke atas, either panjat tangga sampai tingkat 7 atau kena tunggu 30 min untuk naik lift disebabkan pengunjung yang ramai. Since kitorang pun dah termengah-mengah angkut ‘tong gas’ berjalan kat park tadi, kitorang pun decide untuk tunggu lift jela. Janji sampai atas. Hehe. 

Masa tunggu turn naik lift tu, adalah jugak beberapa orang pengunjung Jepun ni tegur-tegur Ammar. “Kawaii.. Kawaii” dorang sebut siap cubit-cubit pipi Ammar. Tak tahu pulak aku Ammar ni ada peminat dari Jepun. 

Sampai turn kitorang naik lift, awek attendan lift tu brief la kat kitorang yang lift ni sampai tingkat 5 je. Lagi 2 tingkat kena panjat tangga. Basah jugaklah ketiak kitorang nak sampai kat atas tu. Sampai kat atas tower, dapatlah tengok view taman yang menghijau sambil merasa deruan angin yang macam ribut. Kucar-kacir tudung aku. Tak lama pun duduk atas tu, 20 min lepas tu kitorang turun bawah beli souvernir untuk kaum keluarga.

Walau mengah ku gagahkan jua untuk tersenyum

Aunty Jepun yang minat sangat kat Ammar sebab 'Kawaii '

Osaka castle. 

Atas tower Osaka castle. Berjaya naik sampai tingkat 7.wiii
Seronott!

Berhenti amek nafas jap.


Shinsaibashi & Dotonbori

Famous shopping area dekat Osaka. Kalau datang sini tak sah kalau tak bergambar depan billboard besar sorang atlet lumba lari atau di panggil Glico man. Kira icon la dekat Osaka ni. 

Kitorang kena menapak lebih kurang 1 km untuk sampai ke sini. Learn from mistakes pagi tadi, kali ni kitorang bawak stroller Ammar. Dengan ini tiada lagi muscle tumbuh di lengan kami. Hehe.

Tempat ni memang superb crowded. Kat shinsaibashi ada macam-macam jenis kedai selling from expensive branded clothes to cheap small souvenir. Kitorang Cuma shopping baju tshirt Osaka se-family. Sehelai dalam 1900 yen. Fridge magnet kat sini pulak dalam 500-600 yen. Quite expensive la tapi memang susah nak jumpa kedai yang jual barang local untuk buat souvenir. 

Restaurant pun memang sangat banyak kat sini & crowded dengan manusia. Perut memang sangat lapar tapi since tak tahu status halal dia so kami tak berani nak masuk. Even Mcdonald pun penuh dengan orang. * Nangis lagii*

Disebabkan terlalu penat, kitorang tak sempat nak singgah Dotonbori sebab terlalu ramai orang bersesak-sesak & Ammar dah meragam sebab nak tido. Huhu.

Sebelah malam, kitorang di bawa ke local restaurant untuk dinner. Finally, tempat merehatkan kaki dan memenuhkan perut!

Add caption

Muka tak puas hati kaki sakit kena berjalan jauh

Belakang billboard glico man. Muka bajet honeymoon
Selesai...

Anak Masuk Darjah 1