Assalamualaikum,
Mula-mula as a mom, aku ingatkan breastfeeding tu senang.Just sua je breast ke mulut baby dan baby terus hisap. As simple as that.Tapi rupa-rupanyaa..ayoo..!!! susah jugak yee.. It can be a tough skill to master for some moms like me.
Actually, selepas je aku melahirkan Ammar, nurse teros je ambik Ammar hantar ke nursery & suruh aku berehat. Yela kan, lepas beberapa kali push, memang sangat2 meletihkan. So, time tu aku tak fikir apa sangat pasal nurse nak ambik Ammar. Maybe procedure dia ke apa kan. So, malam tu aku memang rehat kaw2 la apa lagi.
Tapi time aku berehat tu, mestilah baby kena menyusukan? So, macam biasa nurse akan bagi susu formula dulu kat baby pakai botol susu. The next morning, baru nurse serah baby kat aku dah dia suruh aku breastfeedkan baby.
Ok. Time tu memang mencabar. Seriously. Mulut Ammar halus mulus kocik sangat. Bila try nak breastfeed, dia tak dapat nak latch dengan betul. Lagi pulak dengan flat nipple, sua-sua pun dia tak boleh. Nipple tenggelam. Ok nak nangis time tu! Breast pulak sakit. Nasib baik Ammar tak melalak ke, kalau tak lagi kelam-kabut dibuatnya.
Balik dari hospital cepat-cepat aku suruh hubby pegi carik breastpump. So Ammar kenalah minum susu pakai botol. Laju je dia hisap. Maybe puting botol tu panjang & senang nak latch.
Sampai sekarang pun aku try jugak berusaha nak breastfeedkan Ammar. Still fail. Dia dah terbiasa dengan puting plastik mungkin. Tenyeh breast kat mulut dia pun dia buat muka geli. Haih.
So, aku kenalah terima hakikat yang aku tak boleh breastfeeding kan Ammar. Rasa down jugak mula-mula. Macam tak cukup sifat jadi ibu. Siapa yang taknak baby dia dapat exclusive breastfeed dari ibu dia kan? But it's okay. Chill la kan. Kalau ada rezeki mungkin next baby pandai BF pulak kan? InsyaAllah. :))
No comments:
Post a Comment