Assalamualaikum,
Ohoi ohoi semua..!
So, just nak cerita our first family holiday. Last weekend
punya cerita lah ni.. tak kira la basi ke tak basi bukan nasi pun… eheheh..
Anyway, En. Suami ada
meeting kat Ipoh hari Jumaat lepas. Memandangkan last week tu merupakan hari
last aku bercuti panjang & untuk
mententeramkan hati aku yang gundah gulana sebab next following week tu aku dah
start bekerja, so, En. Suami plan untuk ajak kami sekali ke Ipoh & lepas tu
kita naik Cameron highland. Yehuuu..!!
Before planning nak naik Cameron tu, kami dah shopping
siap-siap dah baju sweater Ammar. Al-maklumlah, first time nak bawak baby
keluar, excited terlebih sikit! So, plan dia, we went to Ipoh on Friday, stay
kat rumah cousin’s Husband dalam 2-3 jam sambil tunggu En. Suami habes meeting,
then off to Cameron.
Day 1
Day 1
Kami bergerak ke Cameron pun time tu dah malam. Nasib baik
la Ammar tido je sepanjang perjalanan tu. Hotel pun tak carik lagi. Memang main
aci redah je ni. Sebab ikut our prediction, orang tak ramai nak naik Cameron time-time
cenggini.
Sampai kat atas je terus carik pasar malam dekat Brincang, sebab
perut dah menari-nari mintak di isi. Memandangkan cuaca time tu agak sejuk,
sejuk gile kott lebih kurang 12 degree celcius. Aku pulak bajet kental kulit biawak tak
bawak sweater dengan stoking pun, so duduk la diam-diam dalam kereta dengan
Ammar, Dah tu En. Suami pegilah meredah sorang-sorang kat pasar tu. Hasil nafsu
kat pasar tadi, En. Suami beli 3 bungkus kueh tiaw goreng, 2
bungkus nasi lemak, 2 bungkus cendawan goreng, 2 ketul chicken wing dengan
strawberry cicah coklat 1 bungkus. Mentekedarah betul laki aku ni. Dia bajet
Ammar boleh tolong habeskan agaknya! huhu...
Lepas tu, next motif nak pegi carik hotel or resort
murah-murah. Kitorang tak book awal-awal pun sebab bajet mesti banyak lagi bilik available sebab bukan weekend or cuti perayaan. Lagipun nak stay 1 malam je. Cousin En. Suami recommend Natasya
Resort dekat Brincang sebab harga murah dan dekat dengan pasar malam.
Tak
susah kot nak cari Natasya resort ni. Resort ni dalam kawasan hotel Equatorial
je sebab half owned by Equatorial Hotel. Natasya resort ni adalah apartment 1
bilik. Untuk price pulak pun agak affordable la jugak. Kalau weekdays 1 malam Cuma
RM170 je. Kalau weekend pulak dalam RM190. Lepas check-in, kami di bawa ke
apartment oleh staff Natasya, parking pulak free je letak kat depan apartment.
Time ni dah pukul 10pm. Cuaca siyesly sejuk! First masuk je dalam apartment tu, mak datuk sejuk gaban dia punya lantai! Siap jinjit-jinjit lagi dukung Ammar bawak masuk bilik terus lompat atas katil. Rasa macam pelik jugak bilik ni takde selipar. Selalunya kan kalau kita stay hotel dia mesti ada sediakan selipar sebab En. Suami suka kebas selipar hotel bawak balik rumah lepas balik outstation. Time tu dah rasa menyesal pulak tak bawak stoking. Adeh...
Bilik resort ni. Not bad la jugak |
Abaikan saya yang suka tido ni |
Dalam bilik cuma disediakan 2 pasang towel jek. Aku pun tercari-cari jugaklah ada tak towel kecik ke tapi takde pulak. Nevermind. Lagipun stay sehari je kot. hehe...
Bahagian ruang tamu |
Kat ruang tamu ada sofa bed, meja bulat, TV pun ada. Tapi tak sempat nak snap semua sebab malas. banyak snap pic si Ammar je.bwahahah... Ruang tamu agak bersih dan luas. Not bad la kan. Lepas tu aku ngan En. Suami keluar ke balkoni konon-konon nak menghirup udara segar gitu. Keluar je balkoni, lantai dia triple sejuk dari lantai kat dalam bilik. oomagahh! Tak tahan kot. Lepas tu main hembus-hembus nafas nampak asap keluar dari mulut bajet dekat oversea.
Ruang dapur kecik |
Kat dalam apartment ni jugak ada dapur kecik lengkap dengan fridge, water heater dengan oven. Senanglah nak buat susu Ammar nanti.
Toilet ada dua ok.. so tak payah nak berebut kalau nak terberak! |
Ada jugak aku baca review dari satu blog ni kata toilet dia kotor. Tapi apartment yang aku dapat ni Alhamdulillah bersih. Cuma dia takde extra towel kecik. Yela, satu lap badan satu lap kepala. Nak lap benda lain pun boleh. Maybe dia tak bagi extra sebab takut customer kebas kot. Hehehe.. cuak le tu.. Lagi satu sabun pun dia takde yang letak dalam botol tu. So tak boleh nak kebas bawak balik simpan jadi survenior. duhh...
Lepas tido kan Ammar kitorang pun duduk depan tv makan makanan yang En. Suami borong kat pasar tadi then tidoq.
Day 2
Awal-awal pagi lagi Ammar dah kejutkan kitorang meragam tiba-tiba. Mungkin kesejukan. Lepas susukan Ammar & tidokan dia kejap, kitorang pun bersiap-siap untuk check-out & keluar berjalan-jalan. Agak tak seronok pulak sebab takde iron nak gosok tudung. Nak call housekeeping pun telefon tak disediakan pulak tu. Nasib la tudung malam tadi ok lagi dan agak matching la dengan baju yang aku nak pakai hari ni. So belasah jela. Lepas check-out semua, kitorang pun bergegas meninggalkan Natasya Resort untuk ke destinasi seterusnya pulak**wahh ayat kau**
Before check-out, snap pic dulu |
Abaikan topi Ammar senget benget tu |
Hnnsh..hnsshh.. kembang kembang hidung tolak stroller naik bukit |
''Mana pulak Ibu nak bawak Ammar ni ye?" |
Lepas habes memborong, singgah pulak cactus point. Motif?? Saje jalan-jalan ambil gambar..haha.. beli pun tak..
Main cak-cak dengan Ammar... Ammar boo layan pulak |
hmm.. yang mana satu nak beli ek? |
Next pit stop, kitorang singgah ladang teh. Hah. yang ni pun aku berangan jugak nak ambil gambar dekat dengan ladang teh tu. Tu pun En. Suami tak kasi jugak sebab nak turun bawah tu agak jauh jugaklah. lagi-lagi nak angkut si Ammar tu. Last-last, dapat minum air teh je sambil tengok pemandangan ladang teh yang menghijau dari jauh. **hmmpphh**
Ammar dah besar sikit kita datang sini lagi ok *sobsob* |
Peaceee... |
En. Suami ku... |
Ammar menikmati pemandangan.. di dalam mimpi.... |
Muka pasrah tak dapat turun ladang... :( |
Seronoknya dapat holiday dengan family. Ammar pulak tak banyak meragam. Sepanjang perjalanan tu dia banyak tido je. Good boy! Lain kali kita plan holiday tempat lain pulak ye...
Wassalam.