Thursday, August 13, 2015

Romantic Husband

Assalamualaikum,

Aku selalu membayangkan nanti kalau aku nak cari husband, aku nak cari yang romantik. Tiap-tiap pagi before pergi kerja, husband akan kiss pipi aku dan cakap"I love you". Sampai je opis tetiba ternampak ada sekuntum bunga ros merah atas  meja,, awww sweett, Tengah hari nak pergi lunch dengan kawan-kawan opis tetiba husband call cakap "I miss you honey.." Malam-malam masuk bilik nak tidur ada kelopak bunga ros bertaburan atas katil siap ada haruman lilin aromaterapi perasa strawberry atas meja. Kat bucu katil ada ternampak pulak kotak hadiah kecil bereben merah. Husband pelan-pelan pimpin tangan, duduk atas katil dan serahkan kotak hadiah tadi kat aku. "Bukalah" dengar tak dengar je suara lembut suami. Smooth & silky. Buka je penutup hadiah tu tuptup waahh.. gelang emas bertatahkan batu permata! isteri menjerit kegembiraan lalu memeluk suami dengan erat. Setelah itu................

okay, hentikan imaginasi.

My husband is not a romantic type of person. Ini jujur.

Nak ucap "I love you ", jarang dengar. Nak rasa suami peluk-peluk romantik, nanti dia buat lebih dari tu sampai rasa macam nak cekik je dia. Dia suka buli aku. Sedih. 

Tapiii, aku rasa suami aku romantik, in different kind of ways. Tak seperti yang aku imagine kan. But more to action. Macam kat bawah ni:

  • Aku jenis malas nak singgah petrol pump untuk isi minyak. Pagi-pagi kalau aku nak pergi kerja, secara automatic aku perasan minyak aku full tank! 
  • Touch & Go pun aku jarang-jarang nak isi sebab malas nak pergi topup. Last balance dalam touch & go ade RM5. Pergi kerja lalu tol balance ada RM45!! Magic apekah ini??
  • Kalau cerita pasal future, husband aku selalunya akan mention aku akan jadi surirumah tangga, nak ajar anak pandai in math & music
  • Suami biasanya cepat-cepat mintak maaf kalau dia ada buat salah.
  • Pagi-pagi kalau nak bersiap-siap pergi kerja & hantar anak ke rumah mak, husband automatic akan siapkan anak sekali macam tukar baju & lampin
  • Kalau aku tengah masak, dia selalu offer nak tolong. Tapi selalunya aku tak bagi sebab dia buat kerja bersepah!
  • Suami suka ajak aku teman dia tengok TV. Even cerita tu aku tak minat macam cerita perang ke,  history channel ke, tapi kalau suami yang ajak tengok, secara automatik aku akan suka cerita tu.
  • Kalau singgah mana-mana dia takkan lupa nak belikan aku choc moist (fav. Kot!)
  • Kalau keluar outing, husband suka rangkul bahu aku macam yang selalu dia buat kat kawan dia. Gengster gitu.
  • Yang ni dari dulu start berkenalan sampai sekarang, whenever he saw me not in mood (biasalah, pompuan, mood swing… )he always text me/ask me “R U ok?”

See? suami aku romantik orangnya kaww.

Looking at the bright side, romantik ni bukan semata-mata dari ucapan atau kata-kata sayang dari suami kepada isteri. Sayang ini bukan setakat kata ‘I love u sayang.. my busyuk. my Manja..’ Ada suami yang tak pandai nak tunjukkan rasa sayang dia tu dengan kata-kata tapi dengan perbuatan. Kadang-kadang dengan perbuatan yang kecil tu sebenarnya besar ertinya bagi suami kepada isteri. 

Suami pun ada kelemahan dia. kita hidup kena saling melengkapi. Kalau suami tak pandai buat sesuatu perkara tu, mungkin dia pandai buat sesuatu yang lain. Macam kita jugak. So, don’t put a grudge towards your husband. Respect your partner. Respect each other.

So tak payah la nak bersedih sangat kalau tak dapat suami yang romantik. Sama-sama menerima kekurangan diri masing-masing. Baru bahagia hidup. When your partner let you down, you have many other ways to find pleasure & joy in themselves. 

;)




P/s- I love my husband ketat-ketat! 







Anak Masuk Darjah 1