Wednesday, September 30, 2015

OSAKA TRIP – DAY 3 (OSAKA)

Assalamualaikum!

Sudah masuk hari ke 3 kat Osaka. Alhamdulillah, udara kat sini sangat menyegarkan. Hirup udara pagi dengan sepuas-puasnya sebab nanti dah balik Malaysia kena hadap jerebu pulak. Hmm..

Orait. So aktiviti hari ini memerlukan anda fit sepenuhnya. When I said ‘fit’, I really mean it. 

Osaka castle (81% best vote)

Sampai kat tempat ni, turun je dari bas, decide taknak bawak stroller Ammar sebab tourist guide kata kat sini ramai sangat pengunjung yang datang. Nanti berhimpit-himpit leceh. Tapi tourist guide tu tak bagitahu pulak yang all the way nak naik Osaka castle ni kena berjalan lebih kurang 2km melalui Osaka castle park untuk sampai ke sana. Biru otak aku. Jauh nok! ?*Nangis hingus tergantung*

So, husband dan aku pun bergilir-gilir dokong Ammar pakai sling carrier. Nak-nak pulak Ammar jenis tak suka duduk dalam carrier tu. Jangan terperanjatlah bila balik Malaysia nanti masing-masing dah ada muscle kat lengan. Sado gitu.

Sampai je kat Osaka castle, Building dia memang superb cantik. Tapi untuk naik ke atas, either panjat tangga sampai tingkat 7 atau kena tunggu 30 min untuk naik lift disebabkan pengunjung yang ramai. Since kitorang pun dah termengah-mengah angkut ‘tong gas’ berjalan kat park tadi, kitorang pun decide untuk tunggu lift jela. Janji sampai atas. Hehe. 

Masa tunggu turn naik lift tu, adalah jugak beberapa orang pengunjung Jepun ni tegur-tegur Ammar. “Kawaii.. Kawaii” dorang sebut siap cubit-cubit pipi Ammar. Tak tahu pulak aku Ammar ni ada peminat dari Jepun. 

Sampai turn kitorang naik lift, awek attendan lift tu brief la kat kitorang yang lift ni sampai tingkat 5 je. Lagi 2 tingkat kena panjat tangga. Basah jugaklah ketiak kitorang nak sampai kat atas tu. Sampai kat atas tower, dapatlah tengok view taman yang menghijau sambil merasa deruan angin yang macam ribut. Kucar-kacir tudung aku. Tak lama pun duduk atas tu, 20 min lepas tu kitorang turun bawah beli souvernir untuk kaum keluarga.

Walau mengah ku gagahkan jua untuk tersenyum

Aunty Jepun yang minat sangat kat Ammar sebab 'Kawaii '

Osaka castle. 

Atas tower Osaka castle. Berjaya naik sampai tingkat 7.wiii
Seronott!

Berhenti amek nafas jap.


Shinsaibashi & Dotonbori

Famous shopping area dekat Osaka. Kalau datang sini tak sah kalau tak bergambar depan billboard besar sorang atlet lumba lari atau di panggil Glico man. Kira icon la dekat Osaka ni. 

Kitorang kena menapak lebih kurang 1 km untuk sampai ke sini. Learn from mistakes pagi tadi, kali ni kitorang bawak stroller Ammar. Dengan ini tiada lagi muscle tumbuh di lengan kami. Hehe.

Tempat ni memang superb crowded. Kat shinsaibashi ada macam-macam jenis kedai selling from expensive branded clothes to cheap small souvenir. Kitorang Cuma shopping baju tshirt Osaka se-family. Sehelai dalam 1900 yen. Fridge magnet kat sini pulak dalam 500-600 yen. Quite expensive la tapi memang susah nak jumpa kedai yang jual barang local untuk buat souvenir. 

Restaurant pun memang sangat banyak kat sini & crowded dengan manusia. Perut memang sangat lapar tapi since tak tahu status halal dia so kami tak berani nak masuk. Even Mcdonald pun penuh dengan orang. * Nangis lagii*

Disebabkan terlalu penat, kitorang tak sempat nak singgah Dotonbori sebab terlalu ramai orang bersesak-sesak & Ammar dah meragam sebab nak tido. Huhu.

Sebelah malam, kitorang di bawa ke local restaurant untuk dinner. Finally, tempat merehatkan kaki dan memenuhkan perut!

Add caption

Muka tak puas hati kaki sakit kena berjalan jauh

Belakang billboard glico man. Muka bajet honeymoon
Selesai...

OSAKA TRIP-DAY 2 (KOBE)

Assalamualaikum, 

So, next day trip kali ni, kami dibawa berjalan-jalan ke Bandar Kobe. Antara tempat-tempat yang dilawati: 

Sake Breweries factory (78% vote best) 

Actually Bandar Kobe ni merupakan Bandar top bagi pembuatan sake atau arak. So kat sini kami just dapat information macam mane arak di buat pada zaman dulu di Jepun. Actually tak berapa penting pun untuk kami. That’s why takde gambar. Ahaks! 

Earthquake Museum (77% vote best) 

Kalau nak tahu, pada tahun 1995, Kobe dilanda gempa bumi yang dasyat menyebabkan lebih 5000 kematian & kemusnahan yang teruk sekali. Oleh sebab itu, muzium ni dibuka sebagai memperingati peristiwa yang tragis ni. Building dia nice la penuh dengan dinding kaca. 

Earthquake Museum
Kobe Harborland (76% vote best) 

Akhirnya tempat shopping yaayy! Tapi datang sini bukan untuk ber shopping tapi untuk lunch. Duuhh! So far, tempat lunch aku boleh makan. Buffet style. Tak ingat nama kedai. As usual. Haha! Masa yang diperuntukkan pun tak banyak kat sini so kitorang pun makan laju-laju dengan harapan ada time nak cuci-cuci mata kat sekitar kawasan ni. 

Lepas habis makan, tawaf seround dua, ternampak kedai Turki Cappadocia. Kat depan kedai tu ada jual aiskrim Turki. Pak Arab jual aiskrim tu tengah asyik buat trick dekat 2 orang awek Jepun ni. Terkekek-kekek dorang gelak. So husband aku pun taknak kalah nak jugak beli aiskrim Turki tu. Aku dah standby kamera kot-kot trick yang pak Arab ni nak buat lagi marvellous ke kan. Aleh-aleh pak Arab tu just pass je aiskrim tu gaya nak jatuh sebelum husband aku sambut aiskrim tu. Aku tahan gelak je. Ahaha. 

Kat belakang tu Kobe tower
Kedai Turki Cappadocia

Menunggu Pak Arab menguli aiskrim dengan penuh sabar

Sanda Premium Outlet 

Lebih kurang macam JPO. Tapi lebih besar. Kali ni baru shopping dengan bersungguh-sungguh. Yang paling teruk shopping of course la husband aku. Kalah orang perempuan shopping tau. Tapi hadiah isteri tak pernah dilupakan. Thanks hubs for the present!xoxo


Sanda Premium Outlet
Muka happy wife lepas habis shopping, muka tak puas hati husband poket kering lepas shopping. lalala~
Husband sudah kembali ceria!

-----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, sepanjang trip hari ni Ammar behave gila! Ibu impress dengan kebehave-an Ammar hari ni. Cuma yang leceh nak tukar pampers Ammar. Jenuh la jugak aku nak tukar lampin Ammar sorang-sorang dalam toilet since Ammar jenis tak reti duduk diam kalau tukar lampin. Letih jugaklah bersilat dengan dia dalam toilet tu. 

Disebabkan the whole day activity sangat pack, make sure korang bawak pampers yang secukupnya sepanjang hari tu. Mesti korang taknak ‘bebird’ baby korang lebam sebab terlalu lama pakai pampers basah kan? Aku pernah je pergi berjalan tapi terlupa bawak extra pampers Ammar dan end up pampers yang dia pakai penuh gila sampaikan seluar Ammar basah lencun dengan pee dia. Nasib baik bawak extra seluar. Mengelabah sangat. 

Macam mak aku dia jenis particular gila. Everything kena standby. Kalau nak bawak baby keluar berjalan, make sure bawak extra pampers, seluar and baju lebih, in case baju baby basah or kotor, bawak kain napkin senang nak lap-lap hingus ke or segala kekotoran, bawak sock & selimut, susu jangan lupa bawak lebih. Pengsan la kalau baby merengek nak susu tapi susu dah habis. 

So, aku pun dah terikut-ikut perangai mak aku. Beg baby tu selagi tak kembung selagi tu lah aku tak keruan. Tak pasal husband aku merungut sebab kena galas beg berat. Hehe. Tapi kalau ada barang tertinggal kan dah leceh. Tak sampai 2 jam berjalan dah kena balik sebab baby meragam. Sangat no no. 

Since baby dah boleh makan, food baby pun kena standby. Malam semalam prepare bubur untuk Ammar, dengan segala barang-barang letrik yang aku bawak dari rumah, excited nak masak bubur. Aleh-aleh bubur tak menjadi! Ralat jugak time tu. Nasib baik bawak instant food. Kalau tak mau aku suruh mak aku courier bubur nasi dari rumah. Huhu. 

Selain tu, aku pun ada bawak biskut baby dan pisang. Since Ammar takde gigi lagi, so aku lenyek sikit pisang tu bubuh dalam food feeder. Excited dia makan. 

Actually, banyak lagi tempat menarik kat Kobe ni. Tapi since kitorang tak cukup masa & tourist guide kena handle ahli group yang ramai, memang payah. Macam pengembala lembu dengan lembu-lembunya. hehe. So, Boleh google dan survey kat internet jelah k!

Ok done untuk hari ini. =) 

Thursday, September 24, 2015

OSAKA TRIP-DAY 1 (KYOTO)

Assalamualaikum,

Ohaiyo-gozaimaisu!

Balik dari Jepun teros boleh cakap Jepun gitu. Bajet kawaii sangat kan? Bwaahahawaw

Trip kali ni agak menarik sebab disponsor oleh company aku. Dengan kata lain, company trip lerr. Since aku angkut sekali husband dan anak aku, so I guess, we can call it as family vacay jugaklah kan? Bweeheheew..

So, pergi holiday jauh-jauh ni, siap bawak baby lagi was our first experience & first time Ammar naik flight. Two weeks before trip lagi aku dah study barang-barang yang perlu di bawa sepanjang trip 5 hari kat Osaka especially untuk Ammar. Disebabkan itu kami bawak 1 huge & 1 medium luggage bag, dan 2 beg galas. Obviously banyak gile barang aku bawak! Haha! Mostly semua barang Ammar. Since Ammar boleh makan bubur nasi je( instant baby food die tak suka sangat), so what actually inside 1 huge luggage bag were slow cooker, blender kecik, beras, kentang, carrot (for 5 days)ubat-ubatan (in case Ammar demam),pampers, baju Ammar ( I guess macam 1 almari aku bawak), susu & for back up bawak sekali nestum (in case bubur nasi tak menjadi). Dan 1 medium luggage bag pulak untuk pakaian kami berdua. Itu pun aku rasa macam tak cukup lagi barang Ammar. haha! 

Kitorang naik AirAsia dan flight kitorang pukul 1 pagi which aku rasa macam okay la kan sebab time waktu tidur Ammar. Kitorang sampai ke KLIA2 pukul 10.00pm dan all the way dari rumah ke KLIA2 tu kitorang main-main dengan Ammar sampai dia rasa penat dengan harapan bila dia rasa penat nanti dia akan tido dalam flight. Hopefully la kan..hehe..

Sampai KLIA2 lepas check-in luggage semua settled, aku, husband, Ammar dan beberapa kawan aku pun carik port lepak sat sebelum check-in. Time ni Ammar dah start tenyeh-tenyeh matanya which mean die dah ngantuk. Ok plan menjadi. Yay!

Dalam pukul 1130pm kitorang pun check-in. Dahlah dari tempat check-in nak ke gate tu punye lah jauh gilaa! Nasib baik ada tren kecik (aku pun tak tau apa nama dia) bawak kitorang dari tempat check-in ke lift (dalam 300m). Lepas tu kena menapak lagi ke gate. Mak aihh jauh bhaiii..! 

Time check imigresen, aku cuak jugak takot tak lepas since dalam beg galas ada air untuk susu Ammar (AirAsia Cuma limit liquid below 100ml). Sebab aku malas nak carik air nanti, aku bubuh je siap-siap semua air sejuk dan air panas dalam beg, in case tak lepas imigresen nanti aku curah la air tu depan-depan pegawai imigresen tu nanti. Drama plak kan! Haha. Nasib la lepas semua. Thanks abang-abang imigresen. Stroller pulak boleh bawak sampai gate. Tak payah check-in. Nanti lipat elok-elok dan letak depan pintu masuk plane, lepas tu attentance plane tu akan settle kan dari sana. So don't worry la.

I was a bit nervous during plane take-off since it’s our first experience bawak Ammar kan, aku just standby toy Ammar in case dia cranky dalam plane nanti, puting wajib ada, kalau tertinggal mau nya aku mintak pilot patah balik..huhu.. and Alhamdulillah, sepanjang perjalanan from KLIA2 to Kansai Airport which took us about 6 hours, Ammar tidur sangat lena sekali! Ada la sekali dua dia terjaga sebab dengar baby lain menangis, tapi lepas tu dia tidur balik. Pheww!

Before take-off dah tido budak kecik ni
Alhamdulillah, landed safely at Kansai Airport

We landed safely at Kansai airport around 8am. Waktu kat sini satu jam awal dari Malaysia. Cuaca pun lebih kurang sama je. Tak panas tak sejuk. Suam-suam je. Boleh? Huhu. 

Kemudian, kami tunggu bas untuk bawak kami ke destinasi pertama kami iaitu Kyoto. To keep it short, kami visit ke beberapa temple seperti Kiyomizu temple dan Fushimi Inari Shrine. Snap beberapa keping gambar sebagai kenangan lepas tu kami lunch kat local restoran. Aku pun tak berapa ingat apa nama restoran tu (obviously tak reti Bahasa Jepun), dan food dia aku Cuma makan tempura je. ** nanges kelaparan** I’m not a Japanese food lover. Apetah lagi nak tengok drama Jepun. Memang taklaa. 

Lunch kat local restoran. Food die cam comel je kan? hehe
Menu lunch pada hari ni. Sedapnyaaa (orang Jepun cakap) Itadakimasu!
Kiyomizu temple. Tempat yang cantik

Lepas abes lunch, kami di bawa ke Kyoto station untuk experience bullet train. Kitorang singgah satu stesen je. So tak berapa nak rasa sangat kelajuan train tu. Kalau naik KTM dari Shah alam ke Batu tiga pun kau boleh terlelap tapi naik bullet train ni berdezzup je dah sampai kat next station.

Di Kyoto Station untuk experience bullet train

Last destination, dinner kat local restaurant lagi. Kali ni aku makan nasi sahaja. Nasi kosong ye. Tu je yang aku boleh hadam setakat hari ni. Dalam kepala dah terbayang-bayang megi yang aku pack dalam luggage malam semalam. Lapar okaayy.. **nangis lagi**

Lepas habes dinner barulah kitorang check-in hotel. Perghh, punyalah letih tak hingat! Kira berdenyut-denyut jugaklah kaki aku berjalan-jalan hari ni. Perut aku pun kira berdenyut sekali. Baru first day kot. Huhu. Ada 4 hari lagi nak abeskan trip.pheww

Yang best kat hotel ada disediakan baby crib. Maybe sape yang bawak baby ikot trip ni, company dah booked siap-siap benda alah ni. Yang penting, Ammar tak nak tido dalam tu. Nak mengempeng celah ketiak mak ayah dia. mengengada sungguh.

Budak kecik dah fresh lepas mandi


Ok done for trip day-1.

Monday, September 21, 2015

Outstation hubby-cranky baby post

Assalamualaikum,

Susah jugak rasanya jadi isteri kepada seorang engineer ni ye. Lagi-lagi kalau dapat yang selalu outstation, kerja tak menentu, nak nak pulak outstation sampai seminggu, berbulan-bulan pun ada. Luckily husband aku tak outstation lama macam tu. Yang seminggu ni pun rasa macam bertahun tak jumpa, apetah lagi yang berbulan-bulan. Berjanggutlah aku tunggu. Terasa kurang kasih sayang pulak kan. yelah, weekend bersilat dengan anak kat rumah sorang-sorang, kemas rumah sorang-sorang, sidai baju sorang-sorang, lipat baju sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang, nak bersembang pun dapat sembang dengan si Ammar jelah yang cuma reti "babababaa daadadadada" tu pun still aku layankan jugak sebab nak hilangkan bosan.

Kadang-kadang aku rasa kesian pulak tengok husband aku yang kena ulang- alik ke sana ke sini, kerja bawah terik matahari, tak dapat nak spend masa dengan family, of course lah dia teramat rindukan Ammar, anak kesayangan dia. Hari-hari mintak send gambar atau video Ammar, kadang-kadang buat video call, tapi isteri dia tak rindu pulak. sentap!

Bervideo call dengan ayah
Since husband outstation, semua benda aku kena buat sendiri sorang-sorang. Kalau husband ada, time aku buat kerja rumah, husband yang temankan Ammar main. Ammar pun dah tak boleh main sorang-sorang kena ada orang teman, kalau dia tak nampak muka ayah atau ibu dia mulalah dia nangis. Nangis teruk pulak tu, Memang tak boleh tinggal langsung.  Sekarang memang dia manja yang amat. Aku tinggalkan kejap nak pergi letak cawan kat dapur pun boleh nangis macam kena pukul je. Padahal tak sampai 5 saat pun!


Bersungguh-sungguh dia nangis siap keluar hingus-hingus tu
Masa mula-mula Ammar buat-buat manja nak berkepit je tu, aku gelakkan je sebab aku rasa sweet gila budak kecik ni nangis siap snap pic dia nangis-nangis merangkak slow-slow kejar aku kat tepi pintu bilik sambil tunduk-tunduk nangis. Dah macam kena dera aku tengok. Memang seronok sangat sakat dia macam tu. Lepas dia dah ok sikit dah boleh gelak sikit, aku buat-buat tinggalkan dia pergi tempat lain, lepas tu start balik meraung.. haha! Last-last ibu yang tak sampai hati tengok dia menangis mintak kena dukung even rasa geram sangat nak cubit-cubit je. Attention seeker sangat!

Dulu boleh la macam tu, tapi sekarang kalau dia cranky je rasa stress pulak. Bukan sebab stress tengok dia merengek-rengek minta perhatian, tapi sebab rasa diri ni macam tak cukup bagus jadi ibu. Since husband pun takde nak tolong layan dia, dan everything kena buat sorang-sorang, memang sangat challenging. 

Time nak pergi kerja mesti jadi kelam kabut. Pagi-pagi bangun tidur kena bangun slow-slow, siap jinjit-jinjit pergi toilet taknak kasi dia terjaga, Once dia terjaga je, everything kena depan mata dia. Nak iron baju kena angkut dia pergi bilik iron, lepas tu nak pergi mandi pun tak boleh tutup pintu, tak pasal dapat tengok free show dalam bilik. Nasib baik penonton dia sorang je. Semua benda yang aku buat mesti kena ada dia. Tak boleh lepas sesaat pun. 

Pantang kalau tengok orang baring, mesti dia nak baring atas badan kita

Seriously memang penat. Jadi ibu ni memang challenging. Tapi fun punya challenging. Lepas ni memang tak payah la nak bazir duit pergi gym nak kurus or keep fit, dukung anak kehulu-kehilir pun dah cukup. Bajet macam tengah angkat dumbell. 

But actually it really worth it. Aku rasa macam makin rapat dengan Ammar. Bila dapat buatkan dia happy gelak terkekek-kekek buat aku rasa mcam I'm a great mother in the whole universe. Exaggerate kan. Sementara sempat manjakan dia ni, baik buat sekarang. Mana tahu ada rezeki Ammar nak dapat adik pulak. Dah jadi dua dumbell pulak, hehe.

Anak Masuk Darjah 1