Sunday, January 3, 2016

Zoo Melaka


Assalamualaikum,

Sejak ada Ammar ni rajin pulak kitorang melawat ke zoo. Mesti orang rasa pelik je kan hobi kitorang ni memang suka pergi zoo. Asal weekend je pergi zoo. Yelah, dulu masa kecik mana ada chance nak pergi zoo. Ha ni sekarang zoo tu dah macam kandang belakang rumah je. Anytime boleh pergi. Hehe

So kisah pembuka 2016 ni aku nak cerita pasal zoo Melaka. Nak cerita tahun lepas punya cerita. Macam jauh sangat je tahun lepas tu kan. hoh!

Masa cuti panjang krismas dan maulid nabi hari tu, actually kami plan untuk cuti-cuti Malaysia kat Melaka dari Khamis sampai Sabtu. Tapi disebabkan last minute aku ada photoshoot wedding kat Segamat, so terpaksa pendekkan cuti, khamis pergi zoo dan lepas tu balik Palong.

Supposed kitorang gerak hari khamis ke Melaka, tapi disebabkan hal yang aku cakap tadi, kitorang pun gerak rabu malam. Sebab kalau travel dari sini ke Melaka, nanti hari khamis kang tak cukup masa plak nak pergi zoo. So malam tu aku book hotel siap-siap kat booking.com. Masa tu unplanned kan so aku pun sesuka hati book hotel yang aku rasa murah dan available. Hehe.

Masa tu hallmark crown hotel tengah buat offer murah, RM150/night. Kalau tengok hotel-hotel lain semua mahal nak mampos. Cuti umum kan. Mesti ramai dah berebut-rebut book hotel awal-awal. So aku pun belasah jela book hotel tu, lagipun nak tido satu malam jek. 

Hari rabu lepas balik kerja terus kemas-kemas baju anak, husband dan baju sendiri laju-laju, macam puting beliung ko tau, zup zap zup zap done! Off to Melaka.yippi!

Sampai kat Melaka dalam pukul 11pm, baru perasan hotel yang aku book tu punyalah jauh dari zoo Melaka. Dekat dengan Mahkota Parade, lebih kurang 30km ke zoo. Sengal betul.mihmihmih. Nasib husband tak marah kan. Kata nak pusing-pusing Melaka. Malam tu dah cukup tawaf dah tu satu Melaka.heh

Anyway, kitorang terus check in hotel, beli food untuk makan malam then masuk bilik. Hotel tu agak sunyi dah creepy la. Bilik kitorang pulak dekat dengan bilik janitor yang tak bertutup. Open je.The first thing we saw once we entered the room was a dirty towel hanging at the window. Ewww!! Kotor tau! 

Lepas tu baru rasa macam menyesal pulak tak survey dulu tempat & rating yang bagus hotel kat Melaka ni. Main redah je. Bila usha balik review untuk hotel ni mostly ramai yang tak puas hati. Including me! Huhu.

Tak kesah la, lagi pun nak tido semalam je. Apadahal. Citt poodah….

The next day, bergerak awal ke zoo. Kalau lambat kang sure beratur panjang. Sampai je kat sana, Alhamdulillah, queue tak panjang dan dapat parking pun senang. Rezeki budak. hehe. lepas dapat parking terus berlari-lari anak pergi beli tiket. Tiket pun murah RM17 je. Berbaloi la kan dari harga super mahal kat zoo Negara. Fuuu..

Time tu ngam-ngam masuk zoo pukul 11.00am ada bird show. Memang intention nak bawak Ammar tengok burung sebab favourite dia. tengok burung mengepak-ngepak sayap pun dia dah rasa kelakar gila. 


Bird show ni on-time gilaa.. Dalam schedule pukul 11.00am start show dia, memang tepat pukul 11.00am show pun mula. Memang ini yang kita mahukan..muahaha

Welcome!
Selamat datang ke bird show..!

Kat sini tak amek banyak gambar pun. Kata nak tengok show, bukan nak amek gambar. hehe. Untuk bird show ni aku kasi 4 bintang out of 5. Excited doh tengok burung-burung ni buat aksi especially bila dia suruh burung kakak tua mengeja. Kira semua burung-burung kat sini dah well train. hermm, terpikir jugak tengok trainer-trainer ni semua tak bosan ke buat show ni banyak kali?hehe.lepas tu burung-burung tu semua dengar cakap. Mean dorang dah tahu tempat dorang masing-masing. Nice!



Baru half way budak kecik dah bosan.. hehe


Tengok lion pun macam tak happy. duhh

Muka paling excited dah tu.. hehe


Yang penting kitorang rasa macam fit gila la lepas habis pusing satu zoo. Tak aci la main naik trem kan. Tak thrill husband cakap. hehe. eleh.. tekan minyak kereta pun tak mampu. Lembik satu badan penat punya pasal. haha.

well, another great holiday!

Anak Masuk Darjah 1