Sunday, March 6, 2016

Family picnic at Gunung Ledang

Assalamualaikum,

Last year masa Ammar 4 bulan kami pernah bawak Ammar swimming kat Hippopo baby spa and turn out yang dia tak enjoy pon mandi dalam tab. maybe tak cukup extreme bagi dia mandi dalam pool kecik and then kena pakai neck float. Kita pun rasa rimas kan.

Since Ammar memang suka main air, waktu mandi adalah waktu favourite dia. Bila aku ajak mandi je cepat-cepat dia tarik baju dia suruh bukak lepas tu terus berlari pergi bilik air standby depan pintu sambil joget-joget. Comel kau nak.

Last week, kami balik kampong husband kat Segamat. Since takde aktiviti nak buat, husband tetiba bagi cadangan nak piknik kat Air terjun gunung Ledang. Since aku pun tak pernah pergi sana, aku pun on jela dengan idea husband aku yang pop up tetiba je tu kan.

Dari Segamat nak ke Tangkak ambil masa 1 jam je. So, kami pun taklah nak rushing sangat kan. Dalam pukul 3 pm baru kami gerak dari rumah mak mentua. Mak mentua dah standby kan sikit food untuk kami makan sampai kat sana nanti. Mana tau kan lepas bersungguh-sungguh mandi sungai nanti mesti perut lapar.

Sampai sana tepat jam 4 pm. Orang pun tak ramai. Tiket masuk RM2 per head tambah RM1 untuk parking. Baby tak kira. So kira murah la kan. Parking pun senang dapat dekat dengan kedai-kedai orang jual baju-baju, pelampung dan food. Sempat jugak beli seluar track bottom untuk mandi nanti sebab tak bawak extra seluar. Lagipun unplanned trip kan. Balik kampong pun bawak baju cuku-cukup pakai je.

Sampai port yang sesuai kami pun tebar tikar. Dah nampak muka excited Ammar bila dia nampak air. Tak berkelip mata dia tengok air sungai yang luas tu. Husband bawak Ammar turun masuk air dulu. Agak sejuk jugak air dia. Celup kaki slow-slow then baru satu badan. Ammar pun rileks je masuk dalam air. Macam dah biasa pulak. Dia punya seronok tu sampai bergelut-gelut dengan dia dalam air. Risau dia terlepas dari pelukan husband, sebab memang husband peluk dia kuat-kuat and Ammar pulak tak reti duduk diam. Teruja sangat jumpa air sungai gamaknya. Dia bajet dia reti swimming kot.

krik kanan krik.. krik kanan... kemain laju budak kecik jalan


Kawasan dia pun agak bersih. Setiap sudut ada disediakan tong sampah. So, kebersihan agak terjaga kat sini. Sampai kan ada sorang budak tu gigih berenang sebab nak kejar something dalam air. Aku pun usha la dalam air tu pebenda yang dia kejar beriya, kot-kot ikan gelama mak iloi-iloi ke, rupanya plastik jajan yang dia makan tu dia nak kutip balik. Nasib baik plastik tu berenang ke arah husband aku, so husband aku pun tolong kutipkan bagi kat budak tu balik. Bagus-bagus kecik-kecik dah diajar jaga kebersihan alam.

Aman damai je
sejuk tau air dia... brrrrr


Bergelut dengan budak kecik ni sebab excited sgt dia nak swimming


I’m glad we enjoyed our unplanned trip, tak kelam kabut dan tak rush. Selalunya aku yang paling kelam kabut prepare everything kalau plan nak pergi trip somewhere kan. Haha. This is the first time Ammar mandi sungai and first time aku sampai gunung ledang which aku rasa worth place for a family picnic. Maybe akan datang lagi ke sini kalau ada masa nanti. InsyaAllah.


ok.. tu je...



Anak Masuk Darjah 1