Friday, April 8, 2016

Jalan-jalan - Port Dickson

Assalamualaikum,

Last time dah pernah bawak Ammar mandi sungai. Kemain sukaa lagi budak kecik tu. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan air ni memang favourite dia la kan. Aku pulak tak berapa suka aktiviti air ni. Aku more tu adventure macam daki gunung ke, parasailing ke (ni tak pernah cuba), rock climbing ke, racing kereta ke, yang bab laju-laju ni aku suka. Aku ni kiranya tergolong dalam golongan reckless driver sebab aku drive kete macam naharom!kahkahkah. takla reckless sangat tapi aku suka drive laju-laju. Tak laju tak thrill la orang kata kan. Kalau aktiviti air ni aku Cuma suka snorkelling je sebab suka tengok ikan-ikan cantik-cantik bawah laut.

Ok. Last 2 weeks la kan, kitorang bawak Ammar pergi mandi kat pantai pulak. Since yang ni memang unplanned trip, kitorang main redah jela mana-mana pantai yang kitorang rasa nak pergi dan reachable taklah jauh-jauh sangat kan. Kami pergi Port Dickson je. Yang ni memang last minute decision nak mandi pantai. Sebab we thought yang husband nanti outstation untuk sebulan kan. So kita nak spend time sama-sama before husband pergi outstation. Ni kira kali pertama husband pergi outstation for the longest period. Tak pernah berpisah lama-lama. Sehari dua pun dah rindu. *ai naness*

So, actually kami start dari rumah in-law kat Segamat, lepas tu duduk sehari kat rumah mak husband then petang tu terus gerak for our road trip. Time dalam kereta la baru nak decide pergi pantai mana. Final decision, we choose PD.

Sampai kat PD, baru kami terhegeh-hengeh nak carik hotel since sampai sana pun dah malam around 9.00pm. Nasiblah book through online je senang. Macam-macam online booking boleh pakai macam booking.com, trivago, etc etc. Lastly kami pilih Grand Beach Hotel, since hotel tu ada private beach dan yang penting ada pool. Yang tu husband suka. Hehe.

Road trippin babehhh


Then after check-in, kami round-round PD jap carik apa yang patut and food untuk alas perut. Lepas tu kami singgah pantai sat tengok orang jamming sambil menikmati pemandangan malam tepi pantai. Ramaii sangat orang lepak-lepak tepi pantai ada tua, muda, budak kecik, kira happening la jugak malam tu. 

Kira ni first time la Ammar jumpa pasir pantai. Rupanya dia geli bila pijak pasir! Bila aku letak dia je dia duduk diam tak bergerak. Lepas tu bila aku dukung dia then acah-acah nak letak dia balik dia angkat kaki dia tinggi-tinggi. Haha! 

Pandang muka ayah dengan penuh harapan ayah dokong dia..


The next day, pukul 8am dah siap-siap nak turun breakfast. The food was quite good. Actually nak makan lama-lama tapi husband bagitahu masa tak cukup so dapat makan nasi lemak then roti je. Huhu

Isi perut kasi kenyang


Lepas makan kami terus ke pantai. Kali ni Ammar dah tak geli dengan pasir dah. Bukan main lagi dia berlari-lari, main pasir, lepas tu terjun pantai. Ammar ni memang budak berani sangat tak takut langsung dengan air. Aku pulak yang panic gila bila dia meluru laju masuk dalam air. Nasib baik la husband took a good care of him, memang agak struggle la sebab dia suka main kejar-kejar lepas tu terjun masuk air. Mana tak cuak beb.

Ammar was like "waaarrghh.. air lautttt...."

Nak bergambar pun payah.. tak sabar nak main

Main ball kat pantai


Tak lama lepas mandi pantai, kami sambung mandi kat dalam pool pulak. Lagi la Ammar bertambah seronok bila ada budak lain nak main dengan dia. berapa kali jugak air masuk dalam hidung dia sebab aktif sangat mandi dalam pool tak ingat dunia!

Dah happy semua mandi manda, pukul 11am kami pun check-out. Memang seronok sangat road trip kali ni. Even sekejap je holiday, tapi memang puas hati sangat sebab kami tak rush, senang nak carik hotel, so antara trip yang aku puas hati sangat.

Thanks to husband yang drive penat-penat just to make this trip happened!

Peacee dah.. jom balik!




No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1