Sunday, June 26, 2016

Salam Ramadhan


Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke-22. 

Aku rasa banyak perkara yang aku tak achieve dalam bulan ni. Terasa rugi yang teramat sebab selalu missed solat Terawih. Eventhough solat kat rumah je, tapi bila dah kat rumah mesti macam-macam benda nak buat including terpengaruh dengan rancangan TV. Haha. Spoil betul.

Memula la berangan nak sama-sama husband and wife pergi terawih kat masjid naik motor. Berangan lebih! Ammar nak campak mana kan. Dulu time berdua taknak pulak pergi. Dah bertiga lagilah kirim salam jawabnya. *sobsob*

Ustaz Ammar wanna-be


Tapi InsyaAllah, aku macam agak bersemangat sikit untuk 10 malam terakhir Ramadhan ni. Dek sebab nak mengejar malam Lailatul Qadar. Bukan calang-calang orang yang dapat merasai malam yang hebat ni. lagilah hamba Allah macam aku ni yang penuh dosa dan noda. Wuwuwu. Dalam hati ni kalau dapatlah jumpa dengan malam Lailatul Qadar, macam-macam aku nak mintak dari Allah, dengan harapan Allah kabulkan doa-doa aku. Kalau tak semua pun at least, perkara yang boleh tenangkan hati dan fikiran aku.

Itu pun sebab aku terbaca post seseorang pasal Lailatul Qadar. Dulu fikir malam Al-Qadar ni macam bila malam-malam kita Nampak pokok bersujud. Hah noob sangat sebab tak hayati betul-betul. 

Bila paham balik sebenarnya Al-Qadar ni ada pada diri sendiri. Antara kemuliaan di malam Lailatul Qadar:

*********************************************************************************

- Orang yang bertemu dengan malam Al-Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya diangkat oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah

- Jiwanya lebih tenang, akhlaknya lebih baik, ibadahnya bertambah lebat dan hebat

- Malam Al-Qadar ni malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak terkira banyaknya, meriah sampai terbit fajar

- Malaikat turun secara luar biasa banyaknya termasuklah yang paling tertinggi pangkatnya-malaikat Jibrail

- Salah satu urusannya ialah “ bertamu dalam hati”orang islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan, hati orang yang menjadi tempat persinggahan malaikat ni akan berubah

- Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut

- Hidup ni sebenarnya kita lalui antara 2 bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat

- Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati, justeru, hati ini adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas

- Siapa yang menang dialah yang menakhluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki “penakhluknya”

- Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

******************************************************************************

Allah. Indahnya perasaan tu. tak dapat dibayangkan. Boleh ke insan kerdil di mata Allah macam aku ni dapat merasainya?

Ya Allah, pertemukan aku dengan malam Lailatul Qadar. :(

No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1