Monday, April 10, 2017

Resipi Kuih Keria Gula Melaka-cara saya!

Assalamualaikum,

Tengah duduk-duduk petang ahad ni sambil melayan si kecil Ammar tetiba rasa macam nak makan kudap-kudapan. Dah tu baru lepas hujan lebat makin lapar pulak perut kan. Tetiba terfikir nak buat kudapan untuk suami dan anak.

Dalam kepala ni terfikir pulak kuih keria gula Melaka. Last time pernah beli kat kedai yang famous kat Melaka tu. Tak puas pulak makan sebab limit 10 ketul je. Dia punya gebu dan rasa manis-manis keledek tu rasa terkecur pulak air liur ni bila terbayang dalam kepala. Apa lagi aku terus sarung tudung pergi kedai runcit depan rumah kot-kot ada jual keledek kan dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk buat kuih keria.

So lepas settle beli barang google pulak cara-cara nak buat kuih keria gula Melaka ni. Bila baca resipi dia ya ampunn senang banget!. So yang ni kuih keria versi aku sendiri. Home made tau. Husband pun suka.

Bahan-bahan yang simple mimple:

- Ubi keledek

- Tepung gandum

- Gula

- Gula Melaka dihiris

Cara-cara:

Buang kulit ubi keledek kemudian dibasuh dan direbus. Takkan nak makan dengan kulit-kulit dia sekali ye dak. Lepas dalam 15 minit macam tu, keledek yang direbus pun dah empuk so boleh lah matikan api.

Lenyek-lenyekkan ubi keledek rebus tadi sampai lunyai. Aku lenyek pakai belakang cawan je. Ikut suka la nak pakai apa asalkan keledek tadi tu lenyek takde ketul-ketul. Kalau ada ketul-ketul tak sedap pulak nanti bila di goreng.



Kemudian, lepas ubi keledek dilenyek,campurkan pulak dalam 3 cawan tepung gandum. Sukatan dia tu aku ikut berapa banyak keledek ko rebus tadi. Agak-agak jela sampai kau boleh uli menjadi doh takde lekat-lekat kat tangan. 




Lepas tu, boleh la adun cantik-cantik macam kuih keria tu. Yang ni aku belasah jela ada yang besar ada yang kecik ada yang sedang. Sukahati mak jemah je.. hehe..

Settle dah adunan kuih keria, bolehla digoreng dalam kuali. Kalau nak lagi best goreng kaedah deep fry. Tapi kalau rasa nak jimat minyak sebab minyak masak kan dah naik harga, hang pandai-pandai la nak adjust minyak nak menggoreng tu. Ala tu pun kena bagitahu ke..huhu..

Kemain 'comey' lagi kuih keria aku buat. nampak sangat tangan tak bedung.. ;)



Siap dah menggoreng, Nampak cantik kuning-kuning garing tu kan, rasa geram je tengok dah telan 2-3 bijik masuk perut. Sape suruh sedap sangat. Eh.


Lepas dah siap goreng


Ok. Next process bahan menyira pulak.

Ambil kuali letak atas dapur lepas tu masukkan gula Melaka, gula putih dan air masak. Pandai-pandai la nak adjust macam mana ke tiga-tiga bahan tadi. Asalkan tak terlalu pekat.then, bukak api . api pun jangan kuat sangat takut hangus pulak.then kacau sampai larut.



Lepas gula dah larut boleh lah satukan kuih keria tadi dengan gula Melaka dalam kuali tu dan kacau sampai semua kuih keria tadi disaluti dengan gula Melaka tu. kang kalau tak sekata buruk pulak kan.. haa. Even nak masuk perut anak beranak je.. presentation tu penting. Hehe..



Lepas dah gaul sekata, baru tutup api. Settled! 

Boleh lah masuk dalam perut cepat-cepat. Makan tengah-tengah panas memang marvellous weh!





Monday, March 6, 2017

Petrosains, KLCC

Assalamualaikum,

Kali ni nak story pasal trip kami ke Petrosains. Cerita ni cerita masa raya Cina haritu. Kemain lama lagi kan baru nak post. Bhehe

Last year masa raya Cina kami balik kampong husband kat Kedah. Dia punya jem kalah jem time Hari Raya Eve. So tahun ni dah serik dah tamau 9 jam dalam kereta letih so this year just ronda-ronda KL kami plan ke KLCC.

On the way atas jalan memang superb clear jalan macam jalan tu kami yang punya muahaha.. sampai je KLCC perghh jemm kepala! Sesak sendat gila!

Jangan tertipu dengan suasana yang aman di KL..



Since macam dah tak boleh move on dengan kesesakan dalam KLCC tu dengan ramai ‘foreigner’ ber selfie, wefie dan melepak-lepak tepi-tepi tasik, kami pun lari ke Petrosains. Kononnya.

Tapi sama ja sesak dia. duhh~

Tu pun sebab nak layankan si kecil Ammar. Lagi pun dah lama tak datang sini. Husband lagi lah tak pernah sampai sini langsung.

Visiting hours and ticket entrance boleh tengok kat sini:


Visiting Hours

DaysHours
MondayCLOSED (except on Public Holidays and School Holidays)
Tuesday – Friday9:30am – 5:30pm (Last Admission: 4:00pm)
Saturday, Sunday & Public Holiday9:30am – 6:30pm (Last Admission: 5:00pm)


Price

Admission RatesWith MyKadNon-MyKad
Senior Citizen (61 years & above)RM 10.00RM 15.00
Adult (13 – 60 years)RM 20.00RM 30.00
Child (3 – 12 years)RM 8.00RM 18.00
Child (2 years & below)Free Admission



Memang teruja habis lah kami bila masuk je dalam petrosains tu. Mak ayah dah teruja apetah lagi si Ammar.


2 orang budak yang tak sabar
Budak kecil cuba menyelesaikan teka-tekii pitagoras






Yang ni dah masuk oil platform.. boleh bayang kan macam dalam cerita deepwater Horizon..














Total masa dihabiskan kat sini lebih kurang 1 jam 1/2. Memang enjoy habis! Tu pun skip banyak tempat sebab tak larat nak kejar si Ammar yang berlari ke sana. Tenaga budak kecik ni memang lain macam weh!

Ok done!


Monday, January 30, 2017

Don Hu Jurassic Park - Muar

Assalamualaikum,

My first post in 2017.

Bertambah lagi tahun bermakna bertambahlah lagi umur. Tapi orang kata age is just a number. Maturity has to do with experiences your gain along your way, not by how many birthday parties you have celebrated. 

3-series ok.. 3-series..

Okehh!

Last 2 weeks, aku balik kampong suami kat Segamat lepas tu plan untuk ke Don Hu Jurassic park kat Muar. Kawan yang recommend tempat ni. Since Ammar memang peminat tegar dinasour so kami pun bawak lah dia ke sana untuk melihat sendiri patung dinasour saiz ‘real’.

Budak kecik ni memang suka buat duckface
Berjalan kat bandar Muar, nampak orang tengah lukis mural kat dinding


Tapi sambil-sambil tu berjalan-jalan la kat area Muar ni. Dah sampai kat Muar ni tak sah la pulak kalau tak singgah makan Mee Bandung Muar yang famous amos tu. Ada satu kedai ni memang famous dengan mee bandung dia nama dia Warung sup kambing terletak di batu 3 parit bunga. 

Even though nama warung dia takde kena mengena dengan mee bandung, tapi mee bandung dia memang terbaik dari ladang. Try la memang sedap!

Full house.. even kami pun tunggu turn meja kosong..

Sambil menunggu makanan sampai..

Macam gini haa... terliuq baq hang!


Lepas perut kenyang buurrpp Alhamdulillah, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Don Hu Jurassic park. Kalau yang bukan orang Muar nak pergi sini, boleh cari landmark dia jambatan Sultan Ismail Muar. Lepas cross jambatan tu dah dekat dah dengan taman dinasour ni. haa. Kalau jenis yang takde sense of direction macam aku ni, korang waze jelah senang. Hehe..


Sampai je dah nampak dinasour kepala tinggi tu dari jauh terus macam “whoa…” macam real patung dia siap dengan Ammar terlopong tengok dinasour depan mata dia. 

Taman ni dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad saja dari pukul 8 pagi ke 8 malam dan kemasukan adalah free. Aha.. benda yang free ni memang semua orang suka termasuk kami ni.

Nampak tak punya tak sabar budak ni...

Masuk free... di ulang free...!


Sedikit info pasal taman ni. Actually asalnya taman ni adalah Nursery pokok semaian. Since owner dia memang minat gila dengan dinasour, dia sanggup tempah patung dinasour ni dari China dengan harga lebih 10k to 30k untuk seekor dinasour just untuk menghiasi kebun perusahaan dia dengan patung-patung ni. No wonder la kalau tengok kawasan dia memang ada banyak pokok-pokok hiasan disekeliling taman ni.

Boleh dikatakan ada lebih 12 ekor dinasour dipamerkan kat sini. Yang menariknya ‘haiwan’ kat sini boleh bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi. Macam kat zoo dinasour lah. Ammar memang teruja habis bila dapat jumpa haiwan favourite dia. mata tak berkedip-kedip.

Pandang muke teruja..
Muka happy je...








Selain tu kat sini pun ada jual surveniour untuk dibawa pulang macam patung dinasour, baju, beg dll. Aku pun sempatlah rempat 2 ekor dinasour untuk si Ammar bawak balik. Kalau 2 3 anak kau kopaklah jawabnya.







Settled trip ke taman dinasour. Pengunjung pun so far tak ramai lagi. Rata-rata parents yang datang semua yang ada anak minat dinasour. Siap ada budak yang terjerit-jerit happy tengok dinasour depan mata diorang. Such a nice visit. One of attraction kat Muar. Boleh datang lagi InsyaAllah.





Anak Masuk Darjah 1