Monday, January 30, 2017

Don Hu Jurassic Park - Muar

Assalamualaikum,

My first post in 2017.

Bertambah lagi tahun bermakna bertambahlah lagi umur. Tapi orang kata age is just a number. Maturity has to do with experiences your gain along your way, not by how many birthday parties you have celebrated. 

3-series ok.. 3-series..

Okehh!

Last 2 weeks, aku balik kampong suami kat Segamat lepas tu plan untuk ke Don Hu Jurassic park kat Muar. Kawan yang recommend tempat ni. Since Ammar memang peminat tegar dinasour so kami pun bawak lah dia ke sana untuk melihat sendiri patung dinasour saiz ‘real’.

Budak kecik ni memang suka buat duckface
Berjalan kat bandar Muar, nampak orang tengah lukis mural kat dinding


Tapi sambil-sambil tu berjalan-jalan la kat area Muar ni. Dah sampai kat Muar ni tak sah la pulak kalau tak singgah makan Mee Bandung Muar yang famous amos tu. Ada satu kedai ni memang famous dengan mee bandung dia nama dia Warung sup kambing terletak di batu 3 parit bunga. 

Even though nama warung dia takde kena mengena dengan mee bandung, tapi mee bandung dia memang terbaik dari ladang. Try la memang sedap!

Full house.. even kami pun tunggu turn meja kosong..

Sambil menunggu makanan sampai..

Macam gini haa... terliuq baq hang!


Lepas perut kenyang buurrpp Alhamdulillah, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Don Hu Jurassic park. Kalau yang bukan orang Muar nak pergi sini, boleh cari landmark dia jambatan Sultan Ismail Muar. Lepas cross jambatan tu dah dekat dah dengan taman dinasour ni. haa. Kalau jenis yang takde sense of direction macam aku ni, korang waze jelah senang. Hehe..


Sampai je dah nampak dinasour kepala tinggi tu dari jauh terus macam “whoa…” macam real patung dia siap dengan Ammar terlopong tengok dinasour depan mata dia. 

Taman ni dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad saja dari pukul 8 pagi ke 8 malam dan kemasukan adalah free. Aha.. benda yang free ni memang semua orang suka termasuk kami ni.

Nampak tak punya tak sabar budak ni...

Masuk free... di ulang free...!


Sedikit info pasal taman ni. Actually asalnya taman ni adalah Nursery pokok semaian. Since owner dia memang minat gila dengan dinasour, dia sanggup tempah patung dinasour ni dari China dengan harga lebih 10k to 30k untuk seekor dinasour just untuk menghiasi kebun perusahaan dia dengan patung-patung ni. No wonder la kalau tengok kawasan dia memang ada banyak pokok-pokok hiasan disekeliling taman ni.

Boleh dikatakan ada lebih 12 ekor dinasour dipamerkan kat sini. Yang menariknya ‘haiwan’ kat sini boleh bergerak-gerak dan mengeluarkan bunyi. Macam kat zoo dinasour lah. Ammar memang teruja habis bila dapat jumpa haiwan favourite dia. mata tak berkedip-kedip.

Pandang muke teruja..
Muka happy je...








Selain tu kat sini pun ada jual surveniour untuk dibawa pulang macam patung dinasour, baju, beg dll. Aku pun sempatlah rempat 2 ekor dinasour untuk si Ammar bawak balik. Kalau 2 3 anak kau kopaklah jawabnya.







Settled trip ke taman dinasour. Pengunjung pun so far tak ramai lagi. Rata-rata parents yang datang semua yang ada anak minat dinasour. Siap ada budak yang terjerit-jerit happy tengok dinasour depan mata diorang. Such a nice visit. One of attraction kat Muar. Boleh datang lagi InsyaAllah.





Anak Masuk Darjah 1