Bismillah,
Last time pernah promise kat diri sendiri nak post major
throwback activities/holiday yang tak sempat-sempat nak update kat sini but
anyway sekarang pun still tak sempat gak so lantak pi lah! Mana-mana rasa
sempat nak post kita post je..haha!
Lepas sebulan lebih tak jumpa husband yang outstation kat
Bintulu, so ibu dan anak-anak nak tuntut 3 weekend punya holiday kat ayah. So
kami plan short gataway ke Melaka je. Ke Melaka lah kita!
Macam biasa lah selalu kami ni suka last minute planning
untuk holiday. Malam Jumaat dah pack baju sesiap tapi tak book hotel lagi. Kami
just plan if jumpa hotel kita tidur lah
semalam kat Melaka tapi in case tak jumpa hotel since memang tengah musim cuti
panjang Deepavali takut hotel penuh so kita just balik hari jelah.
Pagi Sabtu kami pun bergerak ke Melaka. Sambil-sambil on the
way tu baru lah start men “trivago”. As expected memang hotel penuh. Janji
dengan anak macam-macam nak swimming lah, nak pegi zoo lah, bila survey hotel
mostly penuh masing-masing tepuk dahi.. haha!
So anyway, kita tukar plan sikit, sesampai je kat Melaka
first thing first kami ke The Shore shopping Gallery untuk ke The Shore
Oceanarium.
Day 1: The Shore
Oceanarium memang best!
Shopping complex ni tak besar sangat and tak busy sangat
which aku suka la sebab aku tak suka tempat yang crowded sangat. Car park pun
sikit je kat luar shopping complex ni so kena pandai-pandai cari.
Sebab aku tak pernah pergi yang Aquaria KLCC tu, so aku bagi
4/5 bintang untuk tempat ni. Activity memang fully utilised dan yang penting
Ammar memang seronok gila. Tempat ni actually terletak kat dalam shopping
complex The Shore kat tingkat 2. Harga tiket RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk
kanak-kanak. Kami ambil tiket combo yang sekali dengan spec 3D then dapat free
gift button badge. Lepas tu kami juga dapat kertas kuiz pasal hidupan laut kat
tempat ni then kalau jawab semua betul dapat free gift.
![]() |
Entry to The Shore Oceanarium.. Husband malu-malu bergambar |
Memula masuk je kami jumpa star fish dengan anak shark yang diletakkan dalam pool kecik. Ikan-ikan ni semua boleh pegang tapi Ammar punya penakut tu semua dia tak kasi kami pegang. Protective sangat. Then ada jumpa lagi ikan-ikan dalam aquarium which dia ada ruang macam mangkuk extended dari aquarium tu yang kita boleh masuk tangan dan pegang ikan-ikan tu. Menarik tapi geli nak pegang.Haha!
![]() |
Time ni kecoh si Ammar tak bagi ayah pegang shark.. nanti dia gigit katanya |
![]() |
Tengok Patrick Star |
![]() |
Sarah dengan selamba masukkan tangan dalam mangkuk tu.. aku pulak yang geli! |
Oh oh yang paling Ammar favourite ada satu area kat shark
quest tu dia letak shark cage, belakang dia ada screen so masa kita masuk cage
tu kat screen tu nanti dia show shark attack kita. Memang menjerit la budak tu
ketakutan sebab macam real. Haha
Next area yang best kat Ocean Life. Kat sini dia tayang cerita
3D pasal obstacle seekor baby turtle yang dia kena harungi start dari telur
sampai dah besar. Memang syok jugak sebab masa tengok cerita tu dia bagi effect
sekali macam kerusi bergetar masa baby turtle kena kejar dengan shark then ada
effect bubble then kena spray dengan air. Tapi spray nipis-nipis jela bukan
macam kena jirus air tu. lek lek je.. haha
Then lastly, ada area pool ditempatkan ikan-ikan yang kita
boleh bagi makan. Makanan ikan RM10 kena beli masa kat kaunter tiket tapi
husband tak nak beli. Ammar pulak merengek-rengek nak bagi fish makan then kami
terpaksa tipu sunat kata kat luar nanti kita beli food untuk fish then datang
balik. Memang lepas tu dia tuntut sampai balik hotel. Haha
![]() |
Muka penuh berharap dapat bagi fish makan |
![]() |
Gigih Sarah nak tengok ikan |
Kat penghujung aquaria ni macam biasa tempat favourite budak-budak
tapi paling tak disukai parents sebab takut kena paw mainan bukan-bukan. Iaitu kedai cenderahati. Tapi
husband cerdik sikit buat permainan sape sampai kat luar dulu dia menang so
berlari lah si Ammar laju-laju sebab tak nak kalah walaupun mata dia
melilau-lilau tengok keliling kedai.. phewww.. tips menjadi! Hehe
Misi mencari hotel: Seri Malaysia, Melaka
Lepas penat berpusing kat oceanarium tu, masa misi mencari
hotel pulak. Masa ni dah pukul 5pm bebudak memang dah melepet kepenatan. Badan
pun dah lekit-lekit pasal dok berkejar dengan si Ammar dalam oceanarium tadi.
Plannya nak cari hotel yang ada pool sebabnya dah janji dengan si Ammar nak
mandi pool. Of course la kalau dah janji tu memang si budak tu akan ingat
punya. So kita ni tak nak disappoint kan si anak gigih men”call” hotel-hotel
yang ada pool tu unfortunately mostly penuh.
Lastly jumpa jugak hotel budget yang murah siap sekali
breakfast dan pool pun ada. Alhamdulillah. Kami book hotel Seri Malaysia. Itu
pun rezeki sebab masa call nak book tu bilik tinggal 1 je then bilik dekat
hujung dunia. Jenuh jugak menapak nak ke bilik.
![]() |
Menunggu husband check-in |
Bilik so far not bad la aku bagi 3.5/5 bintang. Cadar ada sikit
kotor then TV tak banyak channel plus tak berapa nak elok. Masa kami sampai pun
takde tuala. Yang ok ada air panas untuk mandi. Tu je. haha!
Food hunting!
Mulanya plan nak makan dekat muara ikan bakar tapi sebab
hujan lebat gile, batalkan hasrat kena carik tempat yang dekat-dekat hotel je.
Try google carik tempat makan asam pedas yang sedap then google recommend Aida
Rich Café . Memang terliur la tengok kat gambar asam pedas tenggiri dia tu
meleleh air liuq. Masa sampai sana dalam 9pm, kami tengok ramai yang masih
menunggu food then ada jugak yang dah selesai makan. Belum sempat order food,
pelayan dia bagitau kami kedai dah tutup sebab bahan mentah nak masak dah
habis. Lorhh.. terliuq la nak makan asam pedas dia. Nasib baik tak pregnant
kalau tak meleleh gak air liuq anak aku lepas bersalin nanti.
So bergeraklah kami beramai-ramai ke kedai sebelah yang
masih buka dan boleh kata ramai jugak pengunjung. Chaq Corner. Dapatlah order
asam pedas tenggiri dia so taklah mengidam sangat. Chaq Corner ni famous dengan
char kuew tiaw dia so husband aku pun order tapi husband aku kata tak berapa
sedap pulak. Disebabkan hujan tak berenti dari tadi so lepas makan kami plan
terus balik ke hotel jela. Nak keluar berjalan pun takde mood sebab basah plus
kena muntah si Sarah. Huhu
Day 2: Taman Buaya
Next day (Sunday), masing-masing bersemangat bangun awal
pagi. Si Ammar of course la tuntut nak mandi pool. So, terus bersiap ala kadar
tak mandi then turun breakfast dulu lepas tu terus pegi swimming pool. Time ni
ramai budak-budak je yang mandi pool yang parents mostly duduk tepi je.
Lepas puas mandi pool, bergerak naik bilik hotel then
berkemas untuk ke next destination, Taman buaya.
Masa Ammar kecik dulu acara tahunan kami adalah ke zoo. Dah 2
kali masuk zoo Melaka dan sekali masuk zoo Negara. Tapi kali ni untuk Sarah
kami bawak ke Taman Buaya pulak. Masuk sini memang nampak buaya jela dok
bermalas-malasan tepi kolam dia. Ada banyak kolam ditempatkan beberapa jenis
buaya. Si Ammar enjoy la jugak tengok buaya tu yang dok perati je kita macam
nak telan. Hahah.. tapi Sarah tengok je.. takde perasaan…
Dalam pukul 11 am pulak ada performance ular dari
abang-abang ular. Abang-abang ular tu akan tunjukkan jenis-jenis ular yang berbisa,
tak berbisa tapi kalau gigit pun sakit, ular yang kerap jumpa suka masuk dalam
rumah, dan performance abang ular kiss ular tersebut. Quite enjoyed jugak sebab
banyak info yang abang ular tu bagitau contohnya penawar bisa ular, cara
merawat dan cara menghalau ular dll. Habis performance terus chow balik KL.
Alhamdulillah, even unplanned trip, tapi memang enjoyed
sesangat. Budak-budak pun happy dapat mandi pool, tengok haiwan, makan
sedap-sedap.
Next trip pulak ye!