Sunday, February 18, 2018

First post in 2018

Assalamualaikum,

Finally, aku biarkan blog aku bersawang sekali lagi.. *duhh*

Now dah almost 1 year tak ber update, since I-phone rosak sebab jatuh (baru 8 bulan pakai..*sobs*) lepas tu semua gambar-gambar dalam phone tu hilang…

……….

Gambar.. memory..almost 1 year… hilang macam tu aje…huks..

So now, dah malas nak beli phone mahal-mahal (since dulu lagi husband yang hadiahkan phone..hiks), beli yg murah, memory besar, every week buat back-up..


*Nyesal tak sudah punya pasal*


Banyak lagi nak update pasal life aku ni. Banyak dah ketinggalan. Gambar yang hilang dalam phone antaranya balik kampong mak kat Padang (for the first time), pergi holiday ke Langkawi dengan mak, adik-adik dan abang, dan macam-macam lagi aktiviti hujung minggu.

Since long-term memory aku ni memang dah tahap kritikal, so payah nak recall semua. Sebab tu wujudnya blog ni, tapi sebab kekangan masa, lama ditinggalkan bersawang.

Oh.. aku start busy dan tinggalkan kejap blog ni since kena tukar department. Dari logistics masuk ke parts. Lepas masuk parts kerja menimbun takde penyudah. Paling lewat balik pukul 9 pm sebab siapkan report. Nak nangis sebab life changes almost 360 degree.

Dulu kat department logistics, sharp balik 5.30pm. Bos pun galakkan balik awal plus bos hensem. Now, nak balik pukul 6 pm pun payah. Lagi-lagi dapat bos yang berkira dengan working hours. Masuk awal, balik lewat. Masuk lewat, lagilah kena balik lewat. haihh

Lagi… Oh nak cerita pasal my 2nd pregnancy pulak.

Alhamdulillah.. Yay! I’m pregnant! After 1 ½ tahun berusaha untuk second baby. For this time experience, memang berlainan sangat dengan first pregnancy. Kena buat story baru 1 bab nak cerita everything… muahaha..

So now aku close dengan 1 wallpaper yang cantik ni..



First update for 2018.

Oh new year resolution.. ada-ada.. memang lain dari yang sebelum ni.
Nanti cerita lagi.. J



Wassalam.

Anak Masuk Darjah 1