Bismilllah,
last week berkesempatan untuk bawak anak-anak untuk short vacay ke Cameron. Last time first vacay Ammar pun kat Cameron. Now trip kali ni untuk Sarah pulak. Plan asal this week balik kampung husband kat Bandar Bharu, otw tu singgah la naik Cameron.
Sebab short trip, 1 malam je so aku carik hotel yang mur mur area Brinchang. Last time duduk kat Natasya quite good sebab view kat beranda cantik tapi bilik air kotor sikit. Since aku lewat book hotel (sehari sebelum) so banyak hotel dah tak available. Lepas tu survey macam-macam hotel tengok review mostly certain hotel kotor la, haunted la last-last tak jadi book. haha. Sebab banyak sangat tengok review pelik-pelik so jumpa 1 apartment studio RM133/ malam yang mostly review ok-ok je. So ok lah kita go je. Actually plan nak carik bilik hotel je sebab nak tido semalam. Tapi sebab tak jumpa yang murah so dapat la apartment 1 bilik.
Malam khamis kami gerak. Alhamdulillah perjalanan ok, Sarah pun since dah masuk 5 bulan tak banyak meragam dah. So far so good. Ammar pulak as usual dalam kereta kalau tak tido dia buat concert dalam kereta.
Sampai Brinchang dalam 1.30 am kemain perut masing-masing kebuluq. Nasib baik jumpa 1 kedai mamak yang masih bukak tetengah pagi yang suhu lebih kurang 17 degree. Kita bajet kulit biawak tak bawak sweater bagai keluar kereta je menggeletar 1 badan. Sejuk!
![]() |
Ammar kesejukan |
Husband tapau 10 keping roti canai sekali untuk breakfast esok pagi tu lepas tu terus ke apartment tempat menginap. Kami menginap kat Play Residence dekat Golden Hill. Baru lagi tempat ni so bajet fikir mesti takde hantu.haha.
Lepas ambil kunci dengan tuan rumah, bawak barang-barang terus naik apartment dia kat tinggal 2. Apartment dia memang bersih. Mostly perabot dan hiasan dia beli dari ikea. Kemas je dia decorate rumah tu siap atas meja pun pinggan cawan sudu semua bersusun rapi.
Tapi bilik ada 1 je katil pun kecik. Boleh la tido 2 orang untuk aku dengan Sarah. Husband dengan Ammar pulak tido kat luar. Nasib baik ada 1 sofa yang boleh lipat tu kalau bukak jadi katil kecik. Ammar tido kat sana husband pulak malam tu dia kata tak dapat nak tido sebab nak siapkan keje ofis dia so aku dan anak-anak tido dulu.
![]() |
Semua kebuluq! |
![]() |
Masing-masing belum bangun |
![]() |
Happy kids lepas bangun pagi |
Next morning aku dan anak-anak dah bangun pagi-pagi eksaited nak berjalan. Husband still berkeruh since malam tadi maybe dia siapkan keje sampai lewat pagi and maybe sebab letih driving kot. Mana taknya nak naik ke cameron ni memang kena hati kental sikit sebab perjalanan nak naik atas tu memang jauh dan berliku. Kalau jenis tak tahan sure dah mabuk loya semua.
Lepas siapkan diri dan anak-anak, kejutkan suami untuk bersiap since suami pun bersiap dalam 5 minit (plus mandi). Dalam pukul 11.00 am dah check out.
First destination kami ke cactus point since dekat dengan tempat penginapan tapi tak beli apa pun just amek gambar je. hehe.
Next check point kami ke Ladang teh boh Sungai Palas. Orang kata tempat ni tempat wajib kalau datang Cameron.Tempat ni jauh tau amek masa 1 jam nak sampai plus jalan kecik dan berliku. so kalau nak pegi tu fikir la masak-masak sebelum decide nak naik. Lepas sampai ke kawasan parking kena carik parking spot tu pun kalau dapat sebab ramai gila umat manusia kat sini then lepas park kena berjalan kaki pulak untuk naik ke cafe atas bukit. Tapii.. kami tak naik pun cafe tu sebab jauh gila plus dengan bebudak lagi kan. I tak sanggup!huhu
Sepanjang jalan nak ke end point ladang teh boh ni semua dikelilingi dengan ladang teh. Memang superb view dia. Kalau berani boleh berhenti tepi jalan nak ambil gambar. Tapi jalan dia sempit sangat so kena pandai cari spot untuk park kereta so tak ganggu jalan orang lain.
![]() |
View ladang teh superb! |
![]() |
Ibu dan Sarah |
![]() |
Happy Sarah! |
![]() |
Ada style bila bergambar! |
![]() |
Abang style! |
Lepas ambil gambar puas-puas berlatar belakangkan ladang teh baru kami bergerak balik. On the way balik tu kami singgah pasar yang kat tepi-tepi jalan tu untuk beli makanan wajib dia strawberry. Then beli sikit sayur-sayur untuk di bawa pulang. Sayur dia memang fresh dan murah RM10 untuk 16 jenis sayur yang dah di pack siap-siap. So pilih je sayur yang berkenan. Memang murah sangat.
Lepas singgah beli sayur dah nak masuk tengahari perut pun dah start menyanyi-nyanyi, kami singgah makan kat Green View Garden yang dekat dengan Kilang Avant Chocolate. Tapi masa kami datang kilang ni tutup so tak dapat nak pergi. Just makan kat cafe dia je.
Masa kami sampai orang tak berapa ramai tapi cafe dia tak berapa nak bersih sangat. Food dia menarik jugak ada kek dengan ice cream macam-macam jenis. Tapi food dia agak sedap jugak. Kami order chicken chop dengan fish and chip plus air coklat. Then tetiba pulak Ammar request nak ice cream coklat so total spent makan kat situ je lebih kurang RM70+. Not bad.
![]() |
Our lunch! |
![]() |
Air coklat sedap! tapi tak ingat nama |
![]() |
Adek tengok food je tak sabar nak makan ea? |
Habis kenyang masing-masing kami terus bergerak balik ke kampung husband. So far perjalanan smooth even in between tu husband migrain sebab tak cukup tido.
Bila dah sampai kampung baru husband bukak cite yang masa kat apartment tu dia tak dapat nak tido sebab dia kena kacau! Dia kate benda tu main-main lampu dengan pinggan kat dapur. Sebab tu husband tido lewat malam tu. haha. Aku pulak sedap je berkeruh kat bilik sebab kepenatan. haha. Nasib la tak kena kacau, kalau tak mau aku yang lari dulu! :p