Friday, November 9, 2018

Trip to Melaka!


Bismillah,

Last time pernah promise kat diri sendiri nak post major throwback activities/holiday yang tak sempat-sempat nak update kat sini but anyway sekarang pun still tak sempat gak so lantak pi lah! Mana-mana rasa sempat nak post kita post je..haha!

Lepas sebulan lebih tak jumpa husband yang outstation kat Bintulu, so ibu dan anak-anak nak tuntut 3 weekend punya holiday kat ayah. So kami plan short gataway ke Melaka je. Ke Melaka lah kita!

Macam biasa lah selalu kami ni suka last minute planning untuk holiday. Malam Jumaat dah pack baju sesiap tapi tak book hotel lagi. Kami  just plan if jumpa hotel kita tidur lah semalam kat Melaka tapi in case tak jumpa hotel since memang tengah musim cuti panjang Deepavali takut hotel penuh so kita just balik hari jelah.

Pagi Sabtu kami pun bergerak ke Melaka. Sambil-sambil on the way tu baru lah start men “trivago”. As expected memang hotel penuh. Janji dengan anak macam-macam nak swimming lah, nak pegi zoo lah, bila survey hotel mostly penuh masing-masing tepuk dahi.. haha!

So anyway, kita tukar plan sikit, sesampai je kat Melaka first thing first kami ke The Shore shopping Gallery untuk ke The Shore Oceanarium.

Day 1: The Shore Oceanarium memang best!

Shopping complex ni tak besar sangat and tak busy sangat which aku suka la sebab aku tak suka tempat yang crowded sangat. Car park pun sikit je kat luar shopping complex ni so kena pandai-pandai cari.

Sebab aku tak pernah pergi yang Aquaria KLCC tu, so aku bagi 4/5 bintang untuk tempat ni. Activity memang fully utilised dan yang penting Ammar memang seronok gila. Tempat ni actually terletak kat dalam shopping complex The Shore kat tingkat 2. Harga tiket RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Kami ambil tiket combo yang sekali dengan spec 3D then dapat free gift button badge. Lepas tu kami juga dapat kertas kuiz pasal hidupan laut kat tempat ni then kalau jawab semua betul dapat free gift.

Entry to The Shore Oceanarium.. Husband malu-malu bergambar



Memula masuk je kami jumpa star fish dengan anak shark yang diletakkan dalam pool kecik. Ikan-ikan ni semua boleh pegang tapi Ammar punya penakut tu semua dia tak kasi kami pegang. Protective sangat. Then ada jumpa lagi ikan-ikan dalam aquarium which dia ada ruang macam mangkuk extended dari aquarium tu yang kita boleh masuk tangan dan pegang ikan-ikan tu. Menarik tapi geli nak pegang.Haha!


Time ni kecoh si Ammar tak bagi ayah pegang shark.. nanti dia gigit katanya

Tengok Patrick Star
Sarah dengan selamba masukkan tangan dalam mangkuk tu.. aku pulak yang geli!
Kat sini ada macam-macam section antaranya Freshwater Animals, River Terrapin, Seashells Museum, Shark Quest, Rainforest, Dangerous Marine Species, Ocean Life, Mangrove, Living Fossils, etc.










Oh oh yang paling Ammar favourite ada satu area kat shark quest tu dia letak shark cage, belakang dia ada screen so masa kita masuk cage tu kat screen tu nanti dia show shark attack kita. Memang menjerit la budak tu ketakutan sebab macam real. Haha




Next area yang best kat Ocean Life. Kat sini dia tayang cerita 3D pasal obstacle seekor baby turtle yang dia kena harungi start dari telur sampai dah besar. Memang syok jugak sebab masa tengok cerita tu dia bagi effect sekali macam kerusi bergetar masa baby turtle kena kejar dengan shark then ada effect bubble then kena spray dengan air. Tapi spray nipis-nipis jela bukan macam kena jirus air tu. lek lek je.. haha



Then lastly, ada area pool ditempatkan ikan-ikan yang kita boleh bagi makan. Makanan ikan RM10 kena beli masa kat kaunter tiket tapi husband tak nak beli. Ammar pulak merengek-rengek nak bagi fish makan then kami terpaksa tipu sunat kata kat luar nanti kita beli food untuk fish then datang balik. Memang lepas tu dia tuntut sampai balik hotel. Haha

Muka penuh berharap dapat bagi fish makan

Gigih Sarah nak tengok ikan

Kat penghujung aquaria ni macam biasa tempat favourite budak-budak tapi paling tak disukai parents sebab takut kena paw mainan bukan-bukan. Iaitu kedai cenderahati. Tapi husband cerdik sikit buat permainan sape sampai kat luar dulu dia menang so berlari lah si Ammar laju-laju sebab tak nak kalah walaupun mata dia melilau-lilau tengok keliling kedai.. phewww.. tips menjadi! Hehe

Misi mencari hotel: Seri Malaysia, Melaka

Lepas penat berpusing kat oceanarium tu, masa misi mencari hotel pulak. Masa ni dah pukul 5pm bebudak memang dah melepet kepenatan. Badan pun dah lekit-lekit pasal dok berkejar dengan si Ammar dalam oceanarium tadi. Plannya nak cari hotel yang ada pool sebabnya dah janji dengan si Ammar nak mandi pool. Of course la kalau dah janji tu memang si budak tu akan ingat punya. So kita ni tak nak disappoint kan si anak gigih men”call” hotel-hotel yang ada pool tu unfortunately mostly penuh.

Lastly jumpa jugak hotel budget yang murah siap sekali breakfast dan pool pun ada. Alhamdulillah. Kami book hotel Seri Malaysia. Itu pun rezeki sebab masa call nak book tu bilik tinggal 1 je then bilik dekat hujung dunia. Jenuh jugak menapak nak ke bilik.

Menunggu husband check-in


Bilik so far not bad la aku bagi 3.5/5 bintang. Cadar ada sikit kotor then TV tak banyak channel plus tak berapa nak elok. Masa kami sampai pun takde tuala. Yang ok ada air panas untuk mandi. Tu je. haha!

Food hunting!

Mulanya plan nak makan dekat muara ikan bakar tapi sebab hujan lebat gile, batalkan hasrat kena carik tempat yang dekat-dekat hotel je. Try google carik tempat makan asam pedas yang sedap then google recommend Aida Rich Café . Memang terliur la tengok kat gambar asam pedas tenggiri dia tu meleleh air liuq. Masa sampai sana dalam 9pm, kami tengok ramai yang masih menunggu food then ada jugak yang dah selesai makan. Belum sempat order food, pelayan dia bagitau kami kedai dah tutup sebab bahan mentah nak masak dah habis. Lorhh.. terliuq la nak makan asam pedas dia. Nasib baik tak pregnant kalau tak meleleh gak air liuq anak aku lepas bersalin nanti.

So bergeraklah kami beramai-ramai ke kedai sebelah yang masih buka dan boleh kata ramai jugak pengunjung. Chaq Corner. Dapatlah order asam pedas tenggiri dia so taklah mengidam sangat. Chaq Corner ni famous dengan char kuew tiaw dia so husband aku pun order tapi husband aku kata tak berapa sedap pulak. Disebabkan hujan tak berenti dari tadi so lepas makan kami plan terus balik ke hotel jela. Nak keluar berjalan pun takde mood sebab basah plus kena muntah si Sarah. Huhu

Day 2: Taman Buaya

Next day (Sunday), masing-masing bersemangat bangun awal pagi. Si Ammar of course la tuntut nak mandi pool. So, terus bersiap ala kadar tak mandi then turun breakfast dulu lepas tu terus pegi swimming pool. Time ni ramai budak-budak je yang mandi pool yang parents mostly duduk tepi je.
Lepas puas mandi pool, bergerak naik bilik hotel then berkemas untuk ke next destination, Taman buaya.

Masa Ammar kecik dulu acara tahunan kami adalah ke zoo. Dah 2 kali masuk zoo Melaka dan sekali masuk zoo Negara. Tapi kali ni untuk Sarah kami bawak ke Taman Buaya pulak. Masuk sini memang nampak buaya jela dok bermalas-malasan tepi kolam dia. Ada banyak kolam ditempatkan beberapa jenis buaya. Si Ammar enjoy la jugak tengok buaya tu yang dok perati je kita macam nak telan. Hahah.. tapi Sarah tengok je.. takde perasaan…






Dalam pukul 11 am pulak ada performance ular dari abang-abang ular. Abang-abang ular tu akan tunjukkan jenis-jenis ular yang berbisa, tak berbisa tapi kalau gigit pun sakit, ular yang kerap jumpa suka masuk dalam rumah, dan performance abang ular kiss ular tersebut. Quite enjoyed jugak sebab banyak info yang abang ular tu bagitau contohnya penawar bisa ular, cara merawat dan cara menghalau ular dll. Habis performance terus chow balik KL.

Alhamdulillah, even unplanned trip, tapi memang enjoyed sesangat. Budak-budak pun happy dapat mandi pool, tengok haiwan, makan sedap-sedap.

Next trip pulak ye!










Anak Masuk Darjah 1