Sunday, December 29, 2019

Trip to Korea – Day 3 (Last day)



DIY Kimchi Making Session

Awal pagi lagi kami dah dikejutkan dengan morning call from receptionist. Aktiviti pagi ni dimulakan dengan melawat kedai membuat kimchi then kami akan diajar untuk membuat kimchi sendiri.

Lepas siap buat kimchi, kami dibawa ke ground floor untuk ke 3D museum sambil merasa pakai Hanbok for one last time. Kalau tak nanti rindu.

After that, kami dibawa untuk shopping the famous cosmetics shopping mall yang memang besar gila dan harga pun quite affordable. Then settled shopping, kami lunch di K-turtle for seafood hotpot. 

Kimchi DYI oleh kakak cantik tapi serius garang

Masing-masing tunjuk skill menggentel kubis

Tadaa... hasil kimchi air tangan sendiri

Last pakai hanbok.. oh rindu la nanti.. :(

Tempat lunch

Depan kedai

Menu lunch

Masing-masing kebuluqq


Bukchon Hanok Village

Lepas perut kenyang makan, kami berjalan pulak ke Bukchon Hanok village. One of the attraction  places sebab ada banyak traditional Korean houses, which called hanok yang cantik-cantik dan unik. Macam yang kita tengok dalam movie Korea. Tapi kat sini kami tak boleh buat bising. Sebabnya kampong ni sebenarnya private housing area. Which mean orang luar tak boleh nak menyebuk masuk kawasan rumah orang lain untuk bergambar. Kalau kena kt rumah sendiri Nampak orang luar bersidai depan rumah mau kena halau ye dak?

Nak naik kampung ni steep gila jalan.. semputt

cantik kann.. yg tengah tu....

Dok tepi pulak sbb ramai lalu lalang

Pekena air krim sodap!


Shopping @ Insadong & Fireman Show

Tempat ni besaaar sangat dan banyaak sangat tempat makan best-best, galleries, teahouse, cafes, Toy museum, art gallery, gift shop yang menarik! Insadong ni is the famous traditional Korean street yang terletak kat Seoul. Memang seronok explore from one shop to another, from grouping to solo. Haha. Lastly sebab team yang lain lambat sangat, aku jalan sorang je.

Lepas habis penat pusing, kami dibawa pula untuk tengok teater Fireman. Teater ni memang paling aku suka masa sekolah dulu. Dulu masa sekolah aku join kelab teater tapinya tak selected untuk jadi pelakon tapi jadi leader untuk buat props. Haha!

Teater Fireman ni memang menarik dan kelakar habis! Lepas habis perform pelakon semua akan keluar stage untuk bergambar dengan penonton.

@Insadong.. mcm2 adaa...









Ready nak tengok teater

Start dah

Dah habis cepat2 pegi kat luar amek gambar

Muka macam patung gila pelakon korea ni kalau tgk dekat2

Banyak tangan2 artis korea kt depan pintu masuk teater


Dinner & shopping @ Myeongdong

Tempat dinner kami agak jauh sikit kena berjalan kaki. Sebab restoran ni special sikit iaitu restaurant orang Melayu Malaysia kita sendiri iaitu Kampungku. Memang seronok jugaklah bila dapat jumpa dengan orang Malaysia yang duduk kat Korea ni. Banyak betul benda disembangkan. Menurut cerita diorang, dulu memang ada beberapa kedai orang Malaysia kat Korea ni but they the only one survive.               Diorang kata sebab masakan orang Malaysia ni tak kena dengan tekak orang Korea. Ape ke rugi nye kan orang Korea ni tak suka masakan kita. Haiilaa…

Lepas siap dinner kami diberi free & easy time. Kami singgah ke underground shopping mall then borong beberapa stoking comel-comel untuk family. Lepas tu kami ke Myeongdong street. Kat sini memang best sangat tempat dia kalau nak shopping. Waktu malam memang peak sangat tapi tak terlalu sesak. Orang kata kat sini kena try street food dia sebab famous tapi aku tak berani sebab status halal dia tu. So telan air liur jelaa. Kali ni kami memang berjalan jauh sangat sampai sesat dibuatnya! Hahaha.. nasib baik gerak bertiga dengan 2 orang abang2 yang sudi meneman dari first day lagi.. hehe..

* Unfortunately, takde gambar kat Myeongdong sebab aku banyak amek video je.

Dinneerrr

Menu ni. biasa je


Banyak tul patung-patung animasi kt sekitar sini


So end of Korean Trip. I had so much fun and so blessed at the same time. Definitely kalau ada rezeki nak bawak family pulak holiday ke sini. Alhamdulillah for the opportunity & experience.



Friday, November 15, 2019

Trip to Korea – Day 2

Day 2 - 28/06/2019 (Friday)

Selepas letih berjalan seharian semalam, sempat lagi bukak laptop siapkan kerja-kerja kat opis sampai tak sedar terlelap sendiri kepenatan. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi laptop masih ditangan. So tired! Bangun solat Subuh dulu before sambung sikit lagi buat report. Kat sini Subuh awal pagi pukul 2. Pukul 5 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi kat Malaysia. Tapi sebab harini aktiviti start pukul 8.30 pagi so sambung balik tido dulu!

Gangchon Rail Park

Aktiviti hari ke -2 ni agak excited sikit so bangun pun dengan penuh berkobar. Kami dijemput oleh bas pukul 9 pagi untuk ke Gangchon Rail Park.  Rail park ni kena datang awal pagi before pukul 10 sebabnya tempat ni antara main attraction untuk tourist. Mana taknya kat sini kita akan experience untuk menikmati pemandangan kampong di Korea dengan menaiki rail bike. Memang menarik!

Kami bernasib baik sebabnya masa sampai memang orang tak ramai lagi. So kami sempat naik the first rail bike. Rail bike ni ada 2 jenis yang untuk 2-seater dan 4-seater. Sebab kami datang in group, so aku naik with another 3 dealers lelaki gagah perkasa so aku tak payah kayuh.haha!

Main gate!

Time ni panas lit lit takleh bukak mata!

Standby ..

Our ticket
Ready nak kayuh dah!

Perjalanan untuk ke first pit stop akan amek masa lebih kurang 40 minit. So selama 40 minit tu kena kayuh sambil enjoy the beautiful scenery. Favourite part masa mengayuh ni kita akan lalu 4 themes tunnel. First tunnel ialah bubble tunnel, 2nd disco tunnel dengan lampu-lampu mengerlip, 3rd love tunnel dan last sekali VR tunnel. Yang bestnya aku takyah gigih sangat mengayuh sebab kaki tak sampai..haha. so just enjoy amek photos sambil layan angin bajet-bajet cerita Korea.

Yeahhh.. jom start kayuh!

With abang-abang sado..

Pura-pura letih mengayuh

Dalam tunnel

Sampai je kat first pit stop ni, boleh la rehat-rehat kan kaki sikit yang tak berapa lenguh ni (tangan jela lenguh amek gambar sambil layan angin). Kat sini boleh beli air or food untuk hilangkan haus anak tekak. Lepas tu ada kaunter untuk claim gambar masa kita sibuk mengayuh tu. Yang kelakarnya masing-masing tak perasan kamera tu kat mana. Gambar pun tak ready muka blur! Tapi kami beli jugaklah simpan buat kenangan.

View gunung belakang.. superb!

Ada air terjun

Cantik!

Selfie jela!

Our team!


Lepas lebih kurang 15 minit rest, kami dijemput pulak oleh ‘Romantic train’ untuk ke final destination iaitu old Gangchon Station. Sambil naik train sambil layan view gunung-ganang dan Bukhangang river.

Yeah.. train dah sampai!

masing-masing berebut nak duduk kat gerabak xde bumbung

seronot!
Bersama abang sado


So end of Rail bike adventure!

Lunch Dakgalbi

Lepas letih mengayuh (obviously bukan aku) perut memang dah lapar gila dan kami dibawa ke Gapyeong-eup untuk lunch. Menu lunch kami ialah the famous dakgalbi (spicy stir-fried chicken). Aku boleh katakan menu kali ni memang the best dan paling sedap! Kalau kat Malaysia ni macam nasi goreng ayam tapi dakgalbi ni memang sedap gila! cara masak dia, campurkan semua bahan-bahan nasi, sayur kubis, ayam dipotong kecik, sliced rice cake dan yang paling utama sambal Korea. Lepas masukkan semua bahan dalam hotplate then kacau-kacau sampai sebati lepas tu makan panas-panas. Sebab kami ni tekak orang Malaysia kami bubuh banyak jugak sambal dalam tu. Rasa dia memang superb! Kalau korang pegi Korea tak rasa dakgalbi ni memang rugi beb!

Ya ampun.. teringat-ingat kesedapan dia

Yeahh.. team makan!

Woppss.. kabur... jom makan!


Nami Island

Ahaa.. destinasi yang ditunggu-tunggu oleh semua orang adalah untuk ke Nami Island iaitu pulau Winter Sonata! Memang excited masing-masing nak pegi. It tooks about 2 hours untuk sampai sini dari Seoul. Pulau ni jarak dia tak sampai 5 minit pun naik ferry. tourist guide kami kata pulau ni asalnya private island then dihias dengan deco-deco landscape yang menarik as attraction. Untuk pusing 1 pulau ni pun just amek masa 15 minit walk je so tak besar.

Jom naik feri!
Sempat kan bergambar lagi.. hahaha


Welcome to Nami guyss!


Masa kami sampai pun memang ramai sangat orang. Tempat wajib bergambar haruskan kat statue winter sonata tu. Dapatlah merasa pegang statue dengan basikal yang digunakan pelakon winter sonata tu. Dah boleh tick dalam bucket list.

Kecik je pulau ni..

Tempat favourite wajib posing












Orang muslim yang datang sini pun takyah risau pasal solat sebab kat sini ada tempatkan bilik solat yang sangat selesa. Masa solat tu memang jumpa ramai orang Malaysia yang peramah.

Lepas penat berjalan pusing-pusing pulau Nami, kami pun pulang ke darat and time for dinner. Lokasi dinner kami ni pulak memang jauh yakmatt letih kaki tak habis lagi kena berjalan jauh lagi haduii.. Menu dinner kami ialah Ginseng Chicken Soup. MasyaAllah.. sedap gila!

My Ginseng soup.. so refreshing


Malam pulak free and easy so kami decide nak cuci mata and survey harga barang kat Namdaemun market iaitu just 5mins walk from our hotel. Kat sini memang macam-macam ada dan consider cheaper compare to tempat lain. Tapi tourist guide kami tak recommend beli souvenir kat sini sebabnya mostly made in china. Kami sampai pun dalam pukul 8pm dorang dah start tutup kedai. So just dapat survey few things and went back to our room for rest.









End of Day 2.




Anak Masuk Darjah 1