Thursday, February 7, 2019

Throwback: Karnival Upin & Ipin 2017

Bismillah,


Kali ni nak throwback some of the most fruitful activities in year 2017 iaitu Karnival Upin & Ipin.

Masa ni Ammar baru nak masuk umur 3 tahun dan sememangnya upin ipin ni antara favourite kartun anak aku. Episod yang paling dia favourite of course la yang ada ultraman ribut. Disebabkan Ammar ni memang big fans of ultraman, so kami decide untuk hadiahkan 3rd year birthday gift dia untuk berjumpa face-to-face dengan ultraman ribut. Memang kemain happy lah dia bila kami dah promise macam tu kan.

Karnival Upin & Ipin ni bermula 24-26 November iaitu week after birthday si Ammar dan dibuat di Maeps Serdang. Kami gerak pagi dalam pukul 9 pagi sebab tak nak missed setiap activities yang dijalankan kat sana.

Sampai je kat sana Alhamdulillah, parking senang , even jauh sikit, then untuk pergi ke carnival tu kami kena naik tram beramai-ramai.  Sampai je carnival, masyaAllah punya ramai orang beratur untuk dapatkan tiket. Masa ni memang tak terpikir pun nak beli tiket awal eventhough before event lagi dah boleh beli siap-siap kalau taknak beratur panjang. Tapi kami ni memang suka nak memeriahkan dan meramaikan jemaah queue tu just for the ticket. Lol!

Jauh lagi nak sampai depan tuu oi..husband sampai takleh buka mata sebab panas angat

Ammar nak posing gaya ultraman tapi despair sebab kena beratur pjg beli tiket


Anyway, tetiber aku macam ada good idea kan. Disebabkan masa tu aku tengah pregnantkan si Sarah 6 bulan, so aku fikir mesti ada quick access untuk pregnant mom macam aku ni untuk dapatkan tiket senang. So sambil husband queue ditengah panas rasa macam takde penghujung tu, aku try meredah dan menyelit untuk ke kat kaunter tiket yang paling depan, dengan berbekalkan perut yang tak berapa nak memboyot tu aku try luck dengan bertanya kat akak kaunter tu kot-kot boleh dapatkan tiket. Dengan tak disangkakan I was on the right place!

“ oo ha kak.. akak pregnant ni.. meh boleh beli ticket kat sini..”

Masa tu rasa macam I am the happiest person on earth! Daripada beratur berjam-jam dengan cuaca panas litlit tu, finally kami dapatkan tiket dengan tak sampai 30 minit. Tak sempat bermandi peluh pun. Hehe. Lepas dapat tiket terus call husband suruh datang depan kaunter.

Kami decide untuk ambil tiket VIP berharga RM100/head sebabnya dapat full access untuk meet & greet dengan ultraman ribut, then dapat special seat masa upin ipin buat performance. Tak payah berhimpit dengan orang ramai. Selain tu dapat cenderahati iaitu set tabung upin & ipin, kipas dan note book. Kami juga diberi jadual carnival serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari berturut ni.

Ni ha tag VIP kami...
Lepas habis beli tiket, first kami masuk ke dewan A. Kat dewan ni ada macam-macam  aktiviti yang best-best dekat setiap set dalam cerita upin & ipin tu contohnya alam dino, dapat masuk rumah opah upin & ipin, tadika mesra dan replica ultraman ribut. Selain tu ada jugak set robotic dan drawing macam mana animasi upin & ipin dibuat.

** Sorry for the blur photos.. samaada camera problem or dewan tu memang gelap..haih

kat alam dino


Depan rumah opah



TV yang opah suka tengok


Ultraman ribut

Ada mural besar untuk budak mewarna
Tadika mesra
Main dengan kawan-kawan
Kat area puteri apetah nama dia

Lepas tawaf satu dewan, terus nampak ultraman ribut tengah berarak untuk sesi meet & greet dengan peminat cilik with segerombolan fans mengikut belakang dia.Yang dapat bergambar dengan ultraman ribut cuma yang ada tiket VIP je. Yang paling best ultraman ribut tu dengan PA (kot..) dia menuju ke tempat kami berdiri. Memang bernasib baik sungguh kami kali ni sebab dapat terus jumpa ultraman ribut tanpa queue panjang lagi.  Tapi disebabkan ada sorang parents ni dia tak sabar agaknya, dia potong queue then duduk depan kami. So kami jadi tempat ke-2. Takpelah asalkan tak beratur lama sangat. Finally Ammar dapat bersalam dan bergambar dengan ultraman ribut. Dah boleh cross dalam buku wishlist kami dan Ammar. haha



Yay .. ultraman ribut datang!!

Time ni budak bersesak-sesak nak amek gambar. Mujur ada tiket VIP

Bergambar 1 family pulak.. tapi gambar blur.. haih

Yay.. berjaya amek gambar berdua dengan ultraman kesayangan

Lepas dah puas amek gambar. Mata tak lepas pandang ultraman ribut dia
Lepas sesi meet & greet tu, kami pun bergerak pula ke dewan C. Dewan C ada banyak booth jualan & makanan, selain aktiviti –aktiviti yang lain. Kat dewan C ni juga ada performance dari upin & ipin. Since kami ada access VIP, so kami dapat tempat duduk paling dekat dengan stage. Depan stage tu dia letak bean bag untuk parents yang ada tiket VIP ni untuk lepak-lepak, chillin’ dengan anak-anak (lolss..), tak perlu bersesak nak tengok performance. Then lepas tengok few performance dari upin & ipin kami pun bergerak keluar dewan untuk carik food pulak sebab memasing dah kelaparan. Just beli food dekat foodtruck kat luar je.


Dapat seat VIP depan stage

bean bag untuk parents lepak-lepak

Dapat jumpa upin ipin dari dekat


Lepak tunggu performance


Makan kat luar dewann.. ada banyak food truck

Lepas habis isi perut, masa tu dah dekat pukul 5, masa ni fikir dah takde activity dah nak buat ingatkan nak teros balik je. Masa otw nak balik tu, kebetulan terdengar  announcement yang katanya ada special performance dari ultraman ribut kat dewan C. kami dengan sepantas kilat berlari balik masuk ke dewan C sebab taknak missed tengok performance tu.

Nasib kami bertambah baik lagi, masa masuk dewan C memang orang dah bersesak-sesak nak tengok performance. Kami pulak terus berlari ke depan stage then just tunjuk lengan VIP kami, zupp teros dapat duduk paling depan stage. Betapa seronoknya kami masa tu sebab sempat masuk dewan ngam-ngam performance start then lagi seronok sebab dapat duduk paling depan dewan.

Yang paling mengharukan bila kami tak expect langsung yang that performance going to be the best moment for us for this year. Aku boleh bagi 10/10 stars  bila tengok performance bukan je dari ultraman ribut, tapi semua jenis ultraman yang Ammar minat semua ada sekali. Kalau nak list kan memang aku tak kenal la sekor-sekor ultraman tu tapi kalau cerita kat Ammar semua jenis dia kenal. Aku rasa rupa ultraman tu macam sama je semuanya. Entah macam mana si Ammar boleh hafal semua jenis. Obviously yang paling excited dapat tengok ultraman mestilah ayah dan Ammar. Ibu pun dah macam terjebak sekali seronok bila tengok diorang berlakon memang all out gila

Yang tak menahan nya lepas ultraman menang lawan raksasa tu, ada lagu ultraman ribut, semua budak termasuk mak ayah diorang ikut nyanyi sekali then kami semua bagi tepukan gemuruh lepas habis performance tu. Ingatkan kami je yang terhibur dengan performance tu, rupanya semua pun terhibur.

Dapat tengok ultraman live wehh! mana tak excited!

Difahamkan ultraman victory tengah fight dengan raksasa baltan.. ke ultraman orb aku pun tak ingat...

ultraman  tengah bersedih.. dia pun sedih sama

Banyak ultraman dengan raksaksa






Lepas habis tengok ultraman, kami pun pulang dengan senang hati. One of the best moment yang akan kami kenang sampai bila-bila.  


Alhamdulillah

Anak Masuk Darjah 1