Monday, August 26, 2019

Trip to Korea - Day 1


Bismillah,

Being a fans of Running Man & Taeyang, aku tak pernah imagine akan diberikan peluang untuk ke Korea, hence the traveling might cost you lots and lots of money (nahh.. I love spending rather than saving for travelling.. hewhew). Dulu nak kata K-pop, taklah K-pop sangat tapi sebab pengaruh dari adik-adik last-last tersuka tanpa sengaja. huu

Tahun ni diberi peluang untuk pijak ke bumi Korea for ‘work’ trip. Aku diberi tugas untuk bawak dealer pegi bercuti. Haa..best tak kerja aku? Best kan. So here’s my journey.

Day 1 (26-27 Jun 2019 – Wed-Thurs)

Flight pukul 11pm naik Korean Air. So aku kena ada kat airport pukul 8.30pm sebabnya nanti kena brief dulu dengan tour agent selain handover gift dll. Duration dari KL-Incheon amek masa 6 jam 30 min. Berkematu punggungs. Pastu pulak flight malam, sejenis yang tak boleh tido dalam flight sebab risau. Haha

Sampai Incheon airport dalam 8 pagi. After collect baggage, kami ada masa 10minit je nak cuci muka untuk ke first destination.


Boleh layan movie

Dengan dealer yang join this trip

Boleh check duration untuk ke destinasi

haaaa.  sukanya awann..

Roti tu sedap!
Sampai dah Incheon Airport! Tapi hujan.. sejuk!

Dia jeling je kita

Our Korean tourist guide.. Mr. James


Seoul (Namsan) Tower

Our first visit iaitu ke Seoul Tower or Namsan Tower.

Bila dah sampai ke tower ni, bas cuma akan park kat area parking bawah tower. Then nak naik Seoul Tour ni kena panjat bukit sikit lah. Bukit dia pun boleh tahan steep jugak kalau yang tak fit tu memang boleh tergolek ke bawah. (bawah la takkan ke atas lak an). Aku pun jenis tak fit memang kembang kempis hidung nak sampai atas.

Lepas sampai kat lobby dia, kena naik lift untuk sampai ke top tower dia. Lift ni amek masa 30 saat je nak sampai kat puncak tower. Kat puncak tower ni ada observation deck boleh lah tengok view of Seoul City. Kat tower ni ada restaurant, gift shop etc etc.

Bila dah sampai tower ni jangan lupa singgah ke toilet dia even masa tu kau tak rasa nak membuang pun sebabnya toilet dia  boleh nampak view luar (sky restroom). So sambil membuang sambil layan view.

Lepas habis pusing tower, kami turun ke plaza tingkat 2 untuk ke love padlocks area. Kat sini kalau korang nak tinggalkan love notes kat family or kekasih hati ke boleh lah beli lock dia harga dalam range 9,500 won ke 15,000 won dan lock kat sini untuk kenangan.

Lepas habis pusing tower, kami ke next destination untuk lunch pulak. Kami lunch kat Chosun Choga Restaurant untuk makan Hanjeongsik. Hanjeongsik ni adalah full-course meal with side dishes. Aku ni bukan peminat makanan korea so aku rasa tak berapa nak lalu makan. huhu

Tudia Seoul Tower.. here i come bebeh!


Jenuh nak panjat bukit.. pancit!

View of Seoul City

Candy shop

View dari toilet...

Love lock wall

Beli lah jugak satu.. 9,500 won

Kenangan di bumi Seoul

View dari Plaza

Chosun Soga restaurant

View dalam kedai

Itakadiamasu!

Our group trip!


Shopping at EHWA WOMEN University & ladies street

Kalau korang plan untuk cari pakaian yang trendy & cosmetics yang murah, this is the best place eva!

Tempat ni antara tempat famous & popular untuk shopping dikalangan orang Korea. Personally aku memang suka tempat ni. Kalau ada masa lebih, korang boleh berjalan every corner around the street untuk singgah ke butik-butik pakaian or kedai-kedai accessories yang lain. Kalau bernasib baik korang boleh jumpa kedai handicraft yang menarik. Orang Korea ni memang kreatif! Selain pakaian, korang boleh jugak shopping beg atau kasut yang cantik-cantik dengan harga yang murah.

Stokin comel-comel

Kedai artis K-pop

Kedai handicraft



Seronok aih shopping. :)




Gyeongbokgung Palace

Palace ni antara the grandest palace among 5 palaces yang ada kat sini. Tapi before ke sini, kami kena sewa hanbok iaitu pakaian tradisi orang Korea sambil berjalan-jalan kat area palace ni. Orang kata rugi pulak kalau tak experience pakai Hanbok sambil tour area Palace. The dress pulak memang cantik-cantik susah nak pilih. Finally, aku pilih kaler purple je sebab nak matching kan dengan kaler tudung. Memang cantik rasa nak simpan satu bawak balik rumah!

Dari kedai sewa hanbok ke palace

Ni la dia Gyeongbokgung Hall-the main throne hall

Handok-pakaian traditional Korea. Kalau tak pakai memang rugi


 

Yang ni nama dia Gyotaejeon - tempat residing the queen









Seoul Central Mosque at Itaewon

Lepas puas berjalan dari pagi, Korean tourist guide kami bawa kami yang muslim untuk bersolat kat Masjid Seoul. Orang kata Seoul Central Mosque satu-satunya masjid  dan yang tertua kat Seoul. Kat area Iteawon ni pulak ada macam-macam restoran halal yang kebanyakannya dimonipoli oleh orang Arab antaranya kebab, pizza, kedai roti & kek dll. Kami dinner kat restoran Muree halal food. Menu dinner kami ialah Bulgogi beef and also ada side dishes yang lain especially kimchi. So far rasa dia boleh tahan & sedap jugak!


Seoul Central Mosque
Muree Restoran.. Tempat dinner kami

The menu
Antara kedai-kedai makan yang ada kat sini





The Splaisir hotel – Check in

Dah habis pusing kota Seoul baru kami dibawa ke hotel untuk check-in. Letih wei berjalan & schedule for first day memang pack gila! Dalam bas masa transit pun siap tertido lagi kepenatan. Hotel kami ni kat Myeong-dong. Dekat sangat dengan tempat nak shopping nanti lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Dah habis penat berjalan teros baring dan mimpi ke bulan!


1 queen bed just for me! 





End of day-1 of trip!








No comments:

Post a Comment

Anak Masuk Darjah 1