Sunday, December 29, 2019

Trip to Korea – Day 3 (Last day)



DIY Kimchi Making Session

Awal pagi lagi kami dah dikejutkan dengan morning call from receptionist. Aktiviti pagi ni dimulakan dengan melawat kedai membuat kimchi then kami akan diajar untuk membuat kimchi sendiri.

Lepas siap buat kimchi, kami dibawa ke ground floor untuk ke 3D museum sambil merasa pakai Hanbok for one last time. Kalau tak nanti rindu.

After that, kami dibawa untuk shopping the famous cosmetics shopping mall yang memang besar gila dan harga pun quite affordable. Then settled shopping, kami lunch di K-turtle for seafood hotpot. 

Kimchi DYI oleh kakak cantik tapi serius garang

Masing-masing tunjuk skill menggentel kubis

Tadaa... hasil kimchi air tangan sendiri

Last pakai hanbok.. oh rindu la nanti.. :(

Tempat lunch

Depan kedai

Menu lunch

Masing-masing kebuluqq


Bukchon Hanok Village

Lepas perut kenyang makan, kami berjalan pulak ke Bukchon Hanok village. One of the attraction  places sebab ada banyak traditional Korean houses, which called hanok yang cantik-cantik dan unik. Macam yang kita tengok dalam movie Korea. Tapi kat sini kami tak boleh buat bising. Sebabnya kampong ni sebenarnya private housing area. Which mean orang luar tak boleh nak menyebuk masuk kawasan rumah orang lain untuk bergambar. Kalau kena kt rumah sendiri Nampak orang luar bersidai depan rumah mau kena halau ye dak?

Nak naik kampung ni steep gila jalan.. semputt

cantik kann.. yg tengah tu....

Dok tepi pulak sbb ramai lalu lalang

Pekena air krim sodap!


Shopping @ Insadong & Fireman Show

Tempat ni besaaar sangat dan banyaak sangat tempat makan best-best, galleries, teahouse, cafes, Toy museum, art gallery, gift shop yang menarik! Insadong ni is the famous traditional Korean street yang terletak kat Seoul. Memang seronok explore from one shop to another, from grouping to solo. Haha. Lastly sebab team yang lain lambat sangat, aku jalan sorang je.

Lepas habis penat pusing, kami dibawa pula untuk tengok teater Fireman. Teater ni memang paling aku suka masa sekolah dulu. Dulu masa sekolah aku join kelab teater tapinya tak selected untuk jadi pelakon tapi jadi leader untuk buat props. Haha!

Teater Fireman ni memang menarik dan kelakar habis! Lepas habis perform pelakon semua akan keluar stage untuk bergambar dengan penonton.

@Insadong.. mcm2 adaa...









Ready nak tengok teater

Start dah

Dah habis cepat2 pegi kat luar amek gambar

Muka macam patung gila pelakon korea ni kalau tgk dekat2

Banyak tangan2 artis korea kt depan pintu masuk teater


Dinner & shopping @ Myeongdong

Tempat dinner kami agak jauh sikit kena berjalan kaki. Sebab restoran ni special sikit iaitu restaurant orang Melayu Malaysia kita sendiri iaitu Kampungku. Memang seronok jugaklah bila dapat jumpa dengan orang Malaysia yang duduk kat Korea ni. Banyak betul benda disembangkan. Menurut cerita diorang, dulu memang ada beberapa kedai orang Malaysia kat Korea ni but they the only one survive.               Diorang kata sebab masakan orang Malaysia ni tak kena dengan tekak orang Korea. Ape ke rugi nye kan orang Korea ni tak suka masakan kita. Haiilaa…

Lepas siap dinner kami diberi free & easy time. Kami singgah ke underground shopping mall then borong beberapa stoking comel-comel untuk family. Lepas tu kami ke Myeongdong street. Kat sini memang best sangat tempat dia kalau nak shopping. Waktu malam memang peak sangat tapi tak terlalu sesak. Orang kata kat sini kena try street food dia sebab famous tapi aku tak berani sebab status halal dia tu. So telan air liur jelaa. Kali ni kami memang berjalan jauh sangat sampai sesat dibuatnya! Hahaha.. nasib baik gerak bertiga dengan 2 orang abang2 yang sudi meneman dari first day lagi.. hehe..

* Unfortunately, takde gambar kat Myeongdong sebab aku banyak amek video je.

Dinneerrr

Menu ni. biasa je


Banyak tul patung-patung animasi kt sekitar sini


So end of Korean Trip. I had so much fun and so blessed at the same time. Definitely kalau ada rezeki nak bawak family pulak holiday ke sini. Alhamdulillah for the opportunity & experience.



Anak Masuk Darjah 1