Covid-19 has yet to be ended, and we have no
clue when it will be ended.
Now Malaysia dah further extend MCO to phase 4
setakat hari aku menulis ni. Dari 18th March hingga 9th
June. After that, belum tahu lagi.
Semua orang pun tak tahu exactly bila pandemic
ni akan berakhir. Eventhough kes positif kat Malaysia getting better day
by day, tapi dalam masa yang sama kita
kena terima hakikat yang keadaan sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Bak kata
PM kita ‘New Normal’.
Kita dah tak digalakkan shake hand, tak boleh
greet dengan laga pipi macam kebiasaan muslimah buat, tak boleh peluk, and
everything kena social distancing.
Dulu masa MCO phase 2 kita still lagi buat
biasa, keluar tak pakai mask, still berkumpul ramai-ramai. Now bila dah masuk
phase 3 & 4, aku dah boleh nampak orang dah start aware dengan keperluan social
distancing. Masa queue nak masuk mall, orang dah tahu nak jaga jarak, even bagi
laluan kalau someone yang mendekat. Rasa lega bila nampak orang dah start lebih
berhati-hati dengan keadaaan sekeliling. Ni yang dikatakan new normal.
Now masuk phase 4 business dah boleh operate
tapi khusus untuk essential services untuk pulihkan balik ekonomi Negara yang
agak terjejas teruk. Bertambah teruk lagi dengan penurunan harga tong minyak
dunia dengan mendadak. Buat pertama kali rasa tak best isi minyak harga murah. Coz
It’s actually effects economies worldwide.
![]() |
Masa PM announce MCO phase 3 |
![]() |
World result masa phase 3 |
![]() |
World result setakat minggu ni |
![]() |
Malaysia setakat minggu ni |
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ramadhan
kali ni jauh berbeza dengan yang lepas. Takde bazar ramadhan, orang still boleh
berniaga tapi tak semeriah dulu. Aku dulu tiap kali balik keje je mesti singgah
bazar beli kuih nak iftar. Kuih tepung pelita confirm wajib ada atas meja.Tapi ada
kebaikan dia jugak takde bazar ramadhan ni. Selain jimat duit, now aku buat je
sendiri lauk untuk buka puasa. Kira dah macam expert time kat dapur. Dah try
macam-macam resipi, dari ke mee kari, ke mee kungfu, desert pun boleh tahan
buat sendiri. Dengan bubur jagungnya, sagu gula melakanya, bila buat sendiri ni
kepuasan dia lain macam. Even tak sesedap macam beli kat bazar tu, tapi suami
dan anak-anak dapat merasa air tangan kita sendiri. Rasa marveless sangat. Pahala
pun berganda. Hehe
Ramadhan tahun ni jugak terawih dah tak boleh
buat kat masjid. Masjid dilarang bukak. Tak boleh buat social gathering. Dulu ada
jugak merasa terawih kat masjid kat taman rumah aku ni. Gilir-gilir dengan husband
sebab sorang kena jaga anak. Bila dapat terawih berjemaah ni rasa lain macam
seronok dia. Meriah dia. Now terawih sorang-sorang, kadang berjemaah dengan
suami. Berdua. Ada jugak kebaikan dia.
![]() |
Menu wajib sebulan sekali |
![]() |
Menu simple iftar |
Persiapan raya? Adalah sikit. Ada plan jugaklah
nak beli baju raya sekadar untuk kepuasan diri. PM pun kata raya hanya boleh
menziarah keluarga yang terdekat je pada raya pertama then limit to 20 orang
dalam satu masa. Alhamdulillah mak adik beradik semua duduk dekat-dekat je
dalam radius 10km. semua boleh ziarah.
The best part is bila duduk kat rumah, bonding
between me and husband bertambah kuat. Kitorang banyak spend masa bersama. Kadang
boleh Nampak effort husband tolong aku either jaga anak or kemas rumah yang
sebelum ni jarang-jarang berlaku. Haha. Now kerap bersembang gelak-gelak,
bergurau senda. Tak macam dulu. Balik keje je me with my own space. Tak boleh
kacau. Bercakap pun jarang. Sebab aku dulu bila balik keje, rasa exhausted sangat.
So bila sampai rumah rasa tak nak diganggu, taknak bercakap sebab letih banyak
bercakap waktu siang. Try to distance myself with husband sebabnya husband
jenis banyak cakap, suka bertanya yang
kadang rasa annoying. Haha. Eventhough kat rumah kena work from home lagi rasa
stress lain macam sebab rasa tak productive langsung. Dok kena kacau dengan
kids, kids selalu bising, lagi-lagi si Ammar 24 jam mulut potpet banyak Tanya. Lagi
melayan si clingy Sarah. But it feels kind of worth it boleh Nampak diorang
main depan mata, tengok peel masing-masing. Letih melayan sorang-sorang.
Next best part is boleh makeover rumah. Dari
bilik ke bilik slow-slow makeover. Dulu bilik dah macam bilik store penuh
barang sana sini, now dah kemas sikit. Alih perabot sana sini nak bagi rasa
kelainan sikit. Now rajin masuk group home deco. Berangan tak sudah. haha
![]() |
pertama kali dapat puasa penuh sehari. yang lain half day |
![]() |
Bila PM announce PKP bersyarat.. pertama kali keluar pintu pagar |
![]() |
Mom and adik-adik buka di rumah |
So this year will be history. Ingat sampai anak
cucu. Tahun 2020 tahun tiada kemeriahan ramadhan dan syawal seperti kebiasaan
nya. mungkin Allah nak pesan or nak ingatkan kita sometimes benda yang
kebiasaan kita buat Allah akan tarik sikit nikmat keseronokan tu untuk sedarkan
kita yang selalu lalai kepada-Nya.
We must get through this tough time together. Bak
kata Ejen Ali ‘Kita jaga kita’. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Jangan lalai
dan leka atas dunia yang sementara ni. Peringatan untuk aku jugak.
Setakat ni untuk harini.