Thursday, September 4, 2014

Throwback #2: Being a Wedding photographer

Being a wedding photographer is tough mann... **pheww**

Indeed!

Aku baru je start untuk berjinak-jinak dalam dunia wedding photography since end of last year sebabnya aku suka sangat tengok orang kahwin! I love the wedding dresses, the make-up, the wedding decorations, the happy faces of family members, dengan suasana kelam-kabut kenduri-kendara, kemeriahan tetamu-tetamu yang hadir, dan sebagai seorang photographer, kita mesti tak nak ter-miss to capture any great moment yang datang cuma sekali seumur hidup ni! Kau nak client kau mengamuk tengok gambar kau ambil buruk takde seni..?? No way man! You get only 1 chance to capture those moment such as time tengah akad nikah, time sarung cincin, time bersanding atas pelamin, time makan etc. and you need to be technically skilled enough to be sure yang shoot kau ambil tu bermakna dan penuh seni. You know what I mean??? In time of pressure, dengan ramai sedara-mara berebut nak ambil gambar, tetamu-tetamu yang bersesak-sesak nak tengok pengantin berarak, you should be able to handle that kind of pressure and at the same time you still need to think creatively!

Being a wedding a photographer need a lots of hard work and preparation. Newbies macam aku ni kena study banyak perkara sebab aku bukanlah pro macam orang lain. Aku just buat sebab minat yang mendalam dalam dunia photography but still banyak perkara lagi aku kena belajar untuk jadi a good photographer. Tapi ada jugak kawan-kawan aku kata aku kreatif. Kreatif ke??**kembangkembang**. Tapii… pujian sekeping tu bukanlah platform untuk aku bangga diri tapi pujian tu cuma meletakkan aku dalam situasi yang sangat berat! It’s a lot of responsibility because you need to understand and remember that you’re shooting a once-in-a-lifetime event!

Ok.. Enough said.

Alhamdulillah aku telah diberi peluang oleh kawan karib aku untuk jadi her wedding photographer. Since aku baru je berjinak-jinak dengan dunia photography ni, so aku just letakkan harga yang superb murah dan berpatutan dengan harga seorang newbies **Winkwink** Apa-apa pun skill dan bakat terpendam aku ni masih perlu diasah dan diperbaiki lagi. InsyaAllah.

So, kat sini aku just nak share hasil karya aku ***ecehcehh** untuk my good friend Eja & Ariff. I know there’s a lot lot more to improve but yeah I did it and I’m very proud of myself for the hard work & ribuan terima kasih diucapkan kepada Eja kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk menjadi orang yang paling penting dalam perkahwinan korang. ^^, 


Custom album




Me-- last year.. time kurus..*theehe*



Friday, August 29, 2014

Throwback #1:Budget untuk adopt kitten

YES!!

Saya sayang kucing… kucing sayanng saya….hoh.!

Memang takde langsung dalam future plan aku untuk adopt sekor kucing parsi. Out of sudden, aku teringin gile nak adopt sekor and luckily dapat jumpa someone yang jual kucing parsi yang harganya sangat berbaloi-baloi.**speechless**

Alhamdulillah, even ada sedikit masalah here and there sepanjang misi nak cari kucing parsi, macam ada satu perasaan yang sangat kuat untuk aku teruskan jugak misi aku yang sangat ntahpape ni, dan En. Hubby langsung tak pernah nak halang niat suci murni aku nak adopt kucing parsi. Dengan berbekalkan muka innocent comel dengan ayat-ayat manis aku berjaya meyakinkan En. Hubby untuk menyumbangkan dana untuk membeli sekor. Alhamdulillah En. Hubby approved! Thanks a million B… **sobsobsob** Tapi… dana tersebut disertakan dengan syarat iaitu En. Hubby hanya menyumbang untuk harga seekor kucing dan aku pulak perlu membeli sendiri all the equipment needed, termasuk cat carrier, cat litter box, food, barang mainan dia, syampoo, sikat etc. No problemo En. Hubby.  Asalkan En. Hubby sudi untuk menyumbangkan dana that more than enough. Lagipun kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad dan orang tua-tua kata pulak boleh murah rezeki. Ye tak?

Pheww.. so my first bajet nak beli cat carrier. So google punye google dapatlah jumpa kedai online jual pet carrier dengan harga berbaloi-baloi hendaknya. For those yang interested nak cari pet carrier murah bolehlah singgah website dia kat sini http://www.dkashcattery.com/ dan facebook page dia kat sini https://ms-my.facebook.com/dkash.cattery dan boleh la contact Mr. Hisham untuk process jual beli. Service yang dihidangkan antaranya service boarding, jual beli variation breed of cats siap boleh nego price, petshop product dengan harga berpatutan (ex: cat litter, cages, cat food, barang2 keperluan kucing yang lain). Nak lagi best dan senang untuk pilih-pilih barang boleh la singgah terus ke kedai beliau di Semenyih. Dkash jugak menyediakan service penghantaran dan kos penghantaran pun agak berpatutan. **sukasukasuka**

Mari-mari singgah... ^^,

Memandangkan aku pun takde masa untuk pergi kedai beliau di Semenyih yang super jauh dari rumah aku, so aku just mintak pet carrier aku tu dihantar terus ke office tempat aku bekerja. Aku purchase hari ni dan the next day En, Hisham dah hantar ke office aku. Cepat dan mudah kan? Thee hehe.. So ini dia... untuk bakal baby baru ku.. **tomeyyy** ^^,

Pink youu... i looiikee...^^, RM70 ++ include kos penghantaran. Murah?


Oklah, takde masa nak tulis panjang-panjang lagi jom la aku introduce my baby boo…hehe.. tadaa…. 

The first day dapat si kenit ni... aku dah melting dengan kecomelan beliau...
Cakk... Nor Hachiko Bt. Khairul Ridzuan.. name IC youu....ahaks..!!
On the way balik beraya ke Perlis... My baby kena Jet Lag..

My baby Chiko with her mommy...kohkoh..
So.. that's all for now. 

Penat dah nak mengarang.... T.T

Sunday, August 17, 2014

Yes..I'm writing again!

Bismillah..
Wow.. it’s been awhile since lepas kahwin tak pernah post anything kat dalam blog ni. Teringat-ingat zaman muda-mudi dulu (macam tua sangat la kann), time study dulu memang rajin gile la update blog sampaikan nak pegi toilet pon kena tulis kat blog.. macam harem..

Ok now dah dewasa (bwahahah dewasa kau…), maksudnya aku dah masok new chapter of life. Life after married then tetibe aku rasa macam banyak pulak story-story nak cerita (even aku tau aku takde followers whatsoever..bwuhuhu…) tak sedih pun sebab buat blog pon untuk bacaan sendiri je..hahahahahah.. (gelak macam nak cover malu kat situ).

Hah. Ok la dari banyak merapu.. lepas ni aku akan start berblog balik. Memang banyaakk sangat cerita story-mory nak share kat sini daripada biarkan blog aku ni bersawang, baik teruskan je.. =)
Ok dah .. story seterusnya akan dipost kemudian…


^Peace!^


Tuesday, December 4, 2012

Semoga diberi kekuatan

Bismillah,
Kadang-kadang bila kita rasa kita ni dah cukup kuat untuk terima semua benda tapi dalam hati kecil kita menyatakan yang sebaliknya. Hati kecil ni seringkali memberontak dan cuba untuk menafikan semua perkara. Walaupun sekuat mana kita cuba untuk mempositifkan diri, pasti hati kecil kita akan cuba membolak-balikkan keadaan. Apa yang selalu aku  buat, aku akan terus beristighfar dan tidak terlalu memikirkan perkara tersebut dengan terlalu lama. Jika dibiarkan hati kecil akan menang kerana membiarkan diri kita diselubungi dengan perasaan yang bercampur-baur dan kurang senang.

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami,dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"



Petua Hati Tenang:
Sentiasa bersangka baik
Jangan meneka-neka apa yang kita tidak tahu
Jangan terlalu bimbangkan perkara yang belum berlaku. Buat saja persediaannya.
Jangan terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan atau orang yang pernah ada pengalaman.
Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama Allah. Paling kurang dengar ayat Al-Quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masok ke dalam hati manusia yang tidak tenang.
Sentiasa ingat Allah.

Wednesday, November 21, 2012

Lagu Kedamaian meredakan hati

Bismillah,
Dalam mase sebulan ni macam-macam dugaan yang aku kena lalui. Pahit memang pahit. Sukar rasanya nak telan semua perkara. Tapi benda dah berlaku. Tak boleh nak patah balik. Kalau disimpan makin sakit pulak hati ni. Since that day, aku banyak termenung. Mungkin ada hikmah dengan apa yang dah berlaku. Aku cuba nak stay positive semampu yang boleh. Even hati ni kata cukuplah dengan ape yang dah jadi. Dah tak sanggup lagi nak terima kejutan demi kejutan lagi. In Syaa Allah, harap semua nya baik-baik saja.

**************************************************************************
Aku suka dengar  lagu ni sebab lirik dia ada kena-mengena dengan ape yang berlaku kat aku sekarang. kalau dengar mesti hati rasa sebak jek. Enjoy the lirics.

Lagu Kedamaian-Brothers
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembali


Ooo tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Tuesday, October 30, 2012

Ada hikmah disebalik musibah

Assalamualaikum,
Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna. Tiada satu pun kesempurnaan dalam diri manusia selain dari-Nya. Aku mengaku aku mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan.. Aku insan yang memerlukan teman dikala kesunyian, yang menangis bila ditimpa ujian yang akan marah jika dikasari. Tapi aku tau dalam hati seorang wanita ada satu kekuatan yang tidak ada dari insan yang lain. Dan aku juga begitu. Aku berharap.
"Janganlah Kamu Bersikap Lemah, dan Janganlah (Pula) Kamu Bersedih Hati, Padahal Kamulah Orang-Orang Yang Paling Tinggi (Derajatnya), Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman." (QS Ali Imraan : 139)
Aku cuba untuk bertahan selama mana hatiku dapat menerima kenyataan. Aku cuba memujuk rajuk hatiku ini usah biarkan perkara ini berlarutan. Aku tahu disebalik kelemahan terbit rasa kekuatan yang tiada bandingan. Di mana rasa kekuatan itu timbul jika kita berserah kepada Allah. Ya aku kuat! Kata hatiku. Tidak mahu hati terus-menerus berasa keluh kesah di atas dugaan yang menimpa. Lalu hati terus dipujuk dengan sentiasa bersangka baik dan merendah diri. Ya bukan aku sahaja yang diuji. Dan ujian yang datang kepadaku tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan insan-insan yang lain.
Aku cuba untuk bangkit dan untuk kuat menerima apa yang berlaku. Setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi.
"Allah Tidak Membebani Seseorang Melainkan Sesuai engan Kesanggupannya." (QS Al-Baqarah : 286)
Walaupun sukar dan hebat dugaan yang datang, aku sering panjatkan doa supaya Allah sentiasa memupuk kesabaran dalam hatiku dan Allah tunjukkan jalan
Al-Quran Menjawab : "Hai Orang-Orang Yang Beriman, Bersabarlah Kamu dan Kuatkanlah Kesabaranmu dan Tetaplah Bersiap Siaga (Di Perbatasan Negerimu) dan Bertakwalah Kepada Allah, Supaya Kamu Beruntung." (QS Ali Imraan : 200)



Nota kaki: Ya Allah berilah aku kekuatan

Thursday, August 16, 2012

Jodoh itu....

Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah."





"Andai sudah jodoh, pasti akan diijabkabulkan satu hari nanti insyaAllah. Bersabarlah dan jangan mendekatinya. Andai tiada jodoh, macam mana pernah rapat pun dua insan itu, mereka tidak dapat disatukan. Percayalah pada 51 : 49. Allah cipta setiap makhluknya berpasangan. Berserah dan usahlah membabitkan diri kita dalam sebarang hubungan yang tidak halal sebab dikhuatiri kita jauh dari Allah nanti. Jika hal itu terjadi, mustahil kita dapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. (:"

*honeypokapoka*



Anak Masuk Darjah 1