Tuesday, November 24, 2015

Ammar Zafran turn 1

How time flies. Rasa macam baru je semalam beranakkan si Ammar ni. Tau-tau je dah bujang budak kecik ni. Bujang ke? Hehe.

Alhamdulillah, Ammar dah masuk setahun dah 22hb nov hari tu. Sekarang makin lincah budak kecik tu semenjak dapat kaki ni. Jenuh la mak ayah nak mengejar budak sorang ni. 

Dalam masa setahun ni, Ammar dah 2 kali warded sebab demam panas and pneumonia. Masa umur 3 bulan dan 6 bulan. Aku rasa maybe sebab dia kurang breastfeed kot. Aku pernah cerita pasal aku tak boleh breastfeed kat sini. sedih auu..

Kalau nak tahu tempoh masa menjaga Ammar kat dalam wad masa dia sakit dulu memang sedih la. Paling sedih sebab aku rasa aku mak yang terok sekali sebab tak pandai jaga anak. Macam the whole world pointing at me, blaming me for what happened to him. Lepas tu pulak takde siapa nak pujuk aku, tenangkan aku. Hanya mak aku. Husband outstation. Rasa tekanan tu macam boleh explode at any time je. Sedih woo tengok anak kita terbatuk-batuk, hingus meleleh tak henti, dada berombak, nafas laju, badan panas, kahak banyak, kena tengok nurse sembur hidung, sedut kahak pakai tube, tiap 4 jam pakai nebulizer, semua tu aku rasa bersalah sangat kat Ammar. Rasa nak tepuk-tepuk je dahi nurse sebab paksa Ammar buat macam-macam. Geram tau geram.

Alhamdulillah, semakin Ammar membesar ni, semakin kurang Ammar sakit. Makin lama makin cerdik. Macam-macam benda dia nak buat. 

Antara milestone Ammar yang boleh aku recall:

0-2 month: Suka tidur dan kuat meneran. Orang dulu-dulu cakap baby meneran sebab nak besar. Unik kan?

2-3 month : Dah pandai kena agah dan suka ajak bersembang. Seronok time ni sebab Bahasa baby sangat comel! “wa..waarkk..nyayaaa.. “

4 month : Dah boleh meniarap

6 month: Start makan bubur instant nestum tu. Tak berani bagi bubur nasi lagi. Lama-lama sikit baru bagi makan bubur nasi campur carrot, kentang, kurma dll. Bubur blender sebab takde gigi lagi!

7 month: Pandai tepuk amai-amai. Boleh berdiri

11 month: Dah pandai berjalan! Tapi gigi sebatang je..hewhew..

12 month: Berlari ok!

Ammar day 1

Ammar 12 month


Ok done. Happy birthday to my little one Ammar Zafran. we love you to the moon and back!





Sunday, October 25, 2015

My mother – my superhero

Aku susah kalau bercerita pasal mak depan kawan-kawan. Sebut perkataan ‘mak’ pun aku dah sebak. Kalau teruskan bercerita lagi for sure akan sebaldi air mata aku mengalir laju. Bercerita tentang wanita hebat di mata aku ni memang sangat sensitive buat aku.

Lagi-lagi lepas abah meninggal tahun 2002. Maklah yang bersusah payah, bertungkus lumus bekerja untuk menyara kami 6 beradik. Even sekarang kitorang dah besar panjang dan masing-masing dah ada keluarga sendiri, mak aku tak pernah sekali pun terlupa untuk tanya kabar berita dari anak-anak dia dan cucu-cucu dia.

Pernah sekali tu aku singgah rumah mak lepas balik kerja. Minggu tu cuaca agak tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Abang sulung aku satu family demam, kakak aku pun dan anak dia sorang demam & selsema, masa tu mak aku pun demam selsema jugak. Ditambah pulak dengan sakit lutut dia. Tapi mak aku ni tak peduli pun tentang sakit dia. Dia lagi risau pasal anak-anak dia. Apa mak aku buat, dia call abang aku dan kakak aku sorang-sorang, tanya macam mana keadaan? dah pergi jumpa doctor ke? dah makan ubat ke? Bila aku tanya mak aku, mak ok tak ni? Mak cepat-cepat cakap dia ok padahal aku tengok raut muka dia tu dah tak larat dah sambil kesat-kesat hingus. 

Just imagine la kan mak korang lebih utama kan kesihatan anak-anak dia dari diri sendiri. Even dorang dah besar panjang kot, boleh jaga diri sendiri. Kadang-kadang kita sendiri pun lupa nak tanya kabar mak kita.Mak aku ni pun pelik gak, suruh orang makan ubat, tapi ubat sendiri pun tak nak makan. 

Bab makan pun mak aku tak pernah nak berkira. Walau kat rumah mak Cuma duduk 3 orang je, mak dengan adik-adik., mak aku mesti akan masak lebih. Mak kata mana lah tau nanti abang-abang & kakak datang nak makan ke. Mak kata mak akan terasa hati kalau anak-anak datang rumah bukak tudung saji tapi lauk takde. Part tu mak aku sedih sangat. Sebab tu mak aku tak kesah kalau masak banyak. Nak-nak pulak kitorang pun duduk tak jauh dari rumah mak. Mak akan pastikan makan minum kitorang terjaga. Even kitorang dah ada family sendiri. Kalau anak-anak dia tak datang rumah, mak akan call tanya masak tak kat rumah? Mak ada lauk lebih ni..” Tulah, kasih seorang mak takde bandingnya.

Mak aku orangnya dulu sangat garang dan tegas. Aku beruntung sangat dapat mak macam ni sebabnya kami dididik dengan baik. Hasilnya tengoklah, anak-anak mak semua berjaya. Tak kira dari segi pelajaran ataupun kehidupan. Takde yang jadi liar, drug addict ke, kaki pukul ke, kaki judi ke, kaki pompuan ke, hisap gam ke. Tak senang tau nak jaga 6 orang anak seorang diri dengan kehidupan yang serba kekurangan. Aku salute mak aku.

Bukan setakat anak-anak mak je, menantu-menantu mak pun mak ambil berat. Mak akan tanya kesihatan masing-masing. Kalau salah sorang sakit ke, mak aku lah yang paling kelam-kabut sekali nak tau perkembangan dorang. Kadang-kadang menantu-menantu pun jarang tanya pasal kesihatan mak kan.

Apetah lagi cucu-cucu mak, kalau sorang masuk wad, mak aku akan offer diri untuk jaga kat sana. Mak akulah orang yang paling tak keruan sekali kalau tahu cucu-cucu dia sakit. 

Mak aku ni sebenarnya suka membebel. Kadang-kadang kami 6 beradik pun tak tahan nak dengar. Tapi dalam bebelan dia tu ada banyak nasihat. Aku suka dengar nasihat mak aku. Pernah dulu masa aku mula-mula masuk sekolah berasrama penuh masa form 4, aku rasa aku terpinggir sangat sebab student baru kan. Aku susah sikit nak adapt dengan tempat baru. Hari kedua kat sana, aku dah start nangis-nangis nak balik. Homesick. Lepas tu mak aku bagi nasihat kat aku. " Takpe nak. Biar orang lain buat hal dorang. Diorang nak kawan ke, tak kawan ke terserah kat dorang. Yanti pulak buat hal yanti sendiri. Yanti belajar rajin-rajin. Asalkan yanti tak kacau dorang. Orang pun tak kacau yanti" Sampai sekarang aku ingat lagi nasihat ni dan aku pakai sampai sekarang.

Masa aku menulis ni aku dah rasa sebak sangat. Tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu, takde satu hari pun aku lupa jasa mak kat kitorang. Tiap-tiap hari aku kan fikir cara nak happy kan mak, nak buat mak senang, nak balas balik jasa mak yang takde penghujungnya tu. Nak kata aku anak yang baik, tak jugak. Tapi dalam kehidupan aku ni, aku just nak buat mak happy. Tu dah cukup buat aku bahagia.

3 benda yang selalu aku mintak kat Allah dalam doa tiap kali lepas solat:

- Letakkan arwah ayah aku dikalangan orang-orang beriman

- Panjangkan umur mak, diberikan kesihatan yang berpanjangan, limpahkan rezeki untuk mak

- Jadi isteri yang taat & solehah

Kalau nak bercerita pasal mak confirm satu page pun tak cukup. Tapi cukuplah setakat ni aku cerita pasal mak. Kalau panjang kang takde orang baca. Hehe.

Aku bercerita ni sebab aku pun dah jadi mak. Jadi mak ni bukan senang. Dan aku pun dah alami sendiri. Aku harap aku dapat jadi macam mak aku. Kuat & sabar. My mom my idol.

Me & adik-adik with mom

Sweet tak mak aku? Layankan aje kitorang berselfie hehe


Wassalam.



Tuesday, October 20, 2015

Zoo Negara


Sejak balik dari Osaka last month, rasa rindu pulak nak tengok awan yang membiru kat langit Osaka. Cantik. Bersih. Compared to kat Malaysia sekarang, makin lama makin teruk pulak jerebu dia disebabkan kebakaran hutan kat Indonesia. Cuba bayangkan, disebabkan kelalaian & kecuaian orang lain, kita dapat tempiasnya. Sangat tak seronok tau.

Ok. Bukan nak cerita pasal jerebu. Tapi nak cerita pasal last weekend punya aktiviti. Last month kat Osaka, kitorang ada bawak Ammar pergi mengenal hidupan laut kat Kaiyukan Aquarium. Lepas balik dari sana, rasa teruja nak bawak Ammar mengenal haiwan even dia tak reti apekebenda tah haiwan-haiwan ni kan. Kira macam sesi suai kenal la ni. so kali ni kitorang nak bawak Ammar mengenal haiwan darat pulak. Haiwan darat pun bolehh. 

All the way nak ke sana, Ammar boleh pulak nyenyak tido dalam kereta. Tak excited langsung la Ammar ni. Adeh! Kitorang pun confuse siapa yang paling excited nak pergi zoo ni? Ammar ke or parents Ammar? hehe

Sampai kat Zoo Negara lebih kurang pukul 11am. Kira good timing la nak tengok aktiviti-aktiviti haiwan yang ada kat sini. Ammar pun dah bangun tido. Terpisat-pisat muka dia ntah ke mana mak ayah dia nak bawak dia pergi kali ni. Bukan dia kisah pun kan!haha. 

Lepas dapat parking, terus kitorang bergerak ke tempat membeli tiket masuk. Harga untuk dewasa rate biasa adalah RM32 seorang. Mak datuk mahal okay! Kalau nak tengok giant panda untuk dewasa je dah RM54. Mak aih, setakat nak tengok haiwan gemok berbulu, mata berlingkar hitam, baik save the money kita tengok dalam TV jela nakk. Tapi for those yang ada kad AEON member boleh lah dapat 10% diskaun dari harga asal. So, since aku ada kad tu, dapatlah harga murah sikit. Kiranya berguna jugaklah aku apply kad untuk jadi member AEON yang tiap kali husband aku bising sebab aku suka paksa dia teman aku pergi JUSCO kalau ada AEON member day. Hehe.
Sila prepare duit secukupnya ya.
Muka toye tak dapat dibendung

Masuk je dalam zoo, haiwan pertama yang kitorang jumpa ialah zirafah. So, bermulalah sesi pembelajaran Ammar mengenal haiwan.

Ibu “ Ammar, tengok tuu, zirafahh…wooo..”

Ayah,”eee.. zirafah laa.. tengok tu.. ape tuuu… “ muncung-muncung mulut husband.

Ibu,”ee.. tiger laa.. tiger tengah tidoo…uuuu.. “

Ayah,” Ammar tengok tu, kerbauu laa.. panjangnya tanduk dia… uuuu..”

Ammar, “…….”

Nampak tak kegigihan kitorang nak ajar anak mengenal haiwan. Even dia takde response, at least dia boleh ingat kesungguhan ibu ayah dia dengan bermacam-macam gaya dan ekspresi muka just nak tengok dia senyum. Senyum sikit pun takpe laa.

Ok Ammar senyum sikit.

Kat dalam ni, kitorang prefer untuk berjalan kaki dari naik tram yang disediakan. Sebabnya kalau nak naik tram ni pun kena add-on RM 5 untuk bawak kitorang ronda-ronda kawasan zoo tanpa rasa letih. Jadinya kitorang decide untuk berjalan kaki je instead of riding the tram. 

Tapi penat dia, masyaAllah…. Tambah-tambah lagi kena dokong Ammar kan. takkan nak duduk dalam stroller je. Baru dia feel sikit tengok haiwan dari dekat. Kononnya lah kan.

Lepas singgah ke satu—satu kandang, kitorang takdelah singgah semua, mana yang larat je. Berpeluh der. Nak pulak kitorang terlupa ambil map zoo kat entrance tadi. So, banyak haiwan yang kitorang missed. 

Last sekali kitorang sampai kat kawasan children’s world. Kat dalam ni ada anak kuda, arnab, anak rusa lepas tu ada monyet. Tengah-tengah tengok monyet tu bergayut around cage dia tu, amazingly Ammar ketawa beriya-iya tengok monyet tu bergayut-gayut ke sana ke mari. Kitorang pun macam ter ‘amaze’ kejap dengan tingkah laku Ammar time tu. Kiranya sepanjang dari entrance sampai dah nak last check point ni dia takde sebarang response, now baru Nampak muka excited dia bila nampak monyet. See? Maybe dia rasa boring kot tengok kerbau, zirafah, gajah, rusa, harimau semuanya tido je takde ape yang menarik. Last-last monyet jugak yang buat Ammar happy. Haha.

Ammar tunjuk je tapi tak response. Muka husband jelas terpancar keboringan Ammar

Time ni la dia gelak sakan tengok monyet bergayut.
Ok la bu, dah letih la jom balik!

Another great weekend for us. :)





Sunday, October 11, 2015

OSAKA DAY 4- Kaiyukan Aquarium

Assalamualaikum,

Last day kat Osaka. Hari ni hari free & easy which mean kitorang tak terikat lagi dengan activity yang company dah arrange untuk kami. Tiket flight pukul 12 malam so the whole day tu memang takde sebarang activity. So, aku dan beberapa kawan pun decide untuk explore tempat-tempat yang best kat area Osaka ni. Sebelum tu, kitorang study dulu kat internet untuk cari tempat yang best dan senang nak pergi. Kalau main aci redah je tak seronok pulak sebab takde hala tuju kan. Then, terbaca pasal Kaiyukan Aquarium which antara main attraction & largest aquarium kat dunia. Kira sessi suai kenal Ammar dengan ikan la ni.

Hotel tempat kami duduk ni, Hyatt regency, dekat dengan train station. Kena berjalan dalam 500m dari hotel untuk ke station ni. Kalau nak tahu, orang-orang Jepun ni sangatlah friendly & helpful. Masa tengah blur-blur nak beli tiket, datang sorang uncle staff train kat sini tegur kitorang sebab Nampak kitorang ni macam lost. 

“Moshi-moshi… anda semua hendak ke mana?” Versi Bahasa Jepun.

“We all nak pergi tengok fish, you know fish?” slang English kemelayuan sikit.

Uncle tu pun blur. Garu kepala sambil angguk-angguk “hait-hait” Bajet paham tapi tak sebenarnya.

Dengan itu kami pun sama-sama garu kepala yang tak gatal*hewhew*

Mostly orang Jepun ni tak reti nak speaking. So, kitorang pun pakai la Bahasa Urdu. Tau ke? Haha.

Nasib la awal-awal lagi kitorang dah ambil map yang disediakan kat depan kaunter hotel kami tadi. So, kitorang just tunjuk je mana nak pergi lepas tu staff train tu pun terangguk-angguk paham even sepatah haram pun kitorang tak keluarkan suara.

Uncle tadi lead kitorang dari start kitorang bayar tiket sampai la ke platform kitorang nak naik train. Uncle tu sangat friendly bersembang tapi mostly dia cakap Bahasa Jepun. Uncle tu ingat kitorang reti Bahasa Jepun kot sebab kitorang asyik sengih lepas tu terangguk-angguk. Macam dah terbiasa je dengan budaya orang Jepun yang terangguk-angguk ni.

Sampai je train, kitorang sempat snap sekeping dua pic dengan uncle tadi disebabkan kemurahan hati beliau menemani kami tunggu train. Lepas say goodbye, kitorang pun bergerak ke destinasi kami. Tak jauh pun. Dua stesen je dari sini.

Sampai je kat stesen yang dituju, terus ternampak sign boarn “Kaiyukan Aquarium”, so, sangatlah senangnya kalau berjalan-jalan kat Osaka ni. Kami pun tak rush sangat sebab rasa masa still panjang lagi. Jauh jugak nak menapak sampai ke Aquarium ni. Sambil berjalan tu sambil kitorang menikmati pemandangan kat sekitar kawasan. 

Berjalan lah lagi
Aquarium ni terletak kat Tempozan Harbor Village. Selain Aquarium ni, antara main attraction kat sini adalah Tempozan ferris Wheel. Kita bolehlah menikmati pemandangan sekitar Osaka dalam lebih kurang 20 minit menaiki ferris Wheel. Sangat syok tapi husband aku dia seorang yang gayat. So, tempat ni adalah dalam senarai black list dia. Kat sebelah dia pulak ada Tempozan marketplace. Kalau nak shopping beli-beli barang boleh singgah sini jugak.

Belakang ferris Wheel Tempozan with friends

Sampai je kat Aquarium, kitorang ambil pakej masuk Aquarium dan ride to USJ naik bot. Seorang dalam 2500 + yen kalau tak silap. Yang paling excited nak masuk of course la mak ayah Ammar. Ammar buat derk je.

Depan Kaiyukan aquarium

Tour kat Aquarium ni bermula dari tingkat 8 sampai la ke bawah. Kat tengah-tengah building dia ada tank besar which terdapat macam-macam hidupan laut termasuk jerung & whale. Kat belah-belah keliling building plak ada anjing laut, penguin, pelbagai jenis ikan dari yang kecil sampai ke besar. Kitorang macam over-excited sangat tengok ikan-ikan tu tapi Ammar macam tengok-tengok kejap lepas tu dia pandang tempat lain. Bila duduk kan dia dekat dengan tank dia takot-takot nak pegang dinding lepas tu cepat-cepat pelok aku. Maybe dia pelik sangat tengok ikan-ikan besar kat dalam balang kaca besar tu. Haha.

Ammar teruja tengok ikan, lepas tu menyorok belakang badan sebab takot
Tengokk tu dolphinn laa... " Not interested la bu.."
Ammar tengok tuu.. anjing lauuttt ..Ammar lagi interested tgk ayah dia..pfftth
Nama ikan ni sunfish.. ikan pelik pernah aku tengok

Eh.. mane ikan pari ni tadi ade kat tepi ni.. Ikan pari "huwarrgghh.."
Hei shark.. ingat kita takot ke meh la sini kalau berani
Hi awak.. jom la main kat luar ni

All in all, we had a good time here at Kaiyukan Aquarium. Senang sangat nak move around pakai stroller sebab tempat dia takde tangga. Eventhough bawak stroller pun mostly aku yang dokong Ammar sebab nak kasi dia tengok ikan dari dekat. Baru thrill kan. So settled sudah sessi perkenalan Ammar dengan hidupan laut. Lepas ni kite pergi zoo pulak ye Ammar?

Lepas habis tour kat Kaiyukan, kitorang pergi naik bot ke USJ. USJ bukan kat Selangor tu. Tapi Universal Studio Japan. Masa tunggu bot sampai tu, kitorang terperasan pulak staff-staff pengendali bot ni semua perempuan. Comel-comel pulak tu. So kat sini dah prove bukan lelaki je boleh buat kerja-kerja kasar/berat macam ni. Macam cool kan?

Since tiket pun mahal dalam RM200 so kitorang buat gaya tak mampu-muka berharap-kecewa-tak-dapat-masuk-USJ, kitorang just berjalan-jalan kat kawasan luar USJ lepas tu masuk hard rock cafe. Disebabkan terlalu kecewa, aku just dapat post gambar je. Malas nak review. heh.

eh bang.. perot abang dah hilang. Magic!
Eleh.. bangga la tu dapat pegi hard rock cafe...


Pheww. Settled post pasal Osaka. Berhari-hari nak siapkan post sebab takde masa nak hadap blog 24hours. Lepas ni boleh lah tambah lagi list travel kami around the world. Hehe. InsyaAllah.

Lepas ni rindulah nak datang sini lagi. Yang paling aku rindu of course la yang satu tu.. hehe

Haii toilet.. rindulah nanti kat awak! hehe

Wednesday, September 30, 2015

OSAKA TRIP – DAY 3 (OSAKA)

Assalamualaikum!

Sudah masuk hari ke 3 kat Osaka. Alhamdulillah, udara kat sini sangat menyegarkan. Hirup udara pagi dengan sepuas-puasnya sebab nanti dah balik Malaysia kena hadap jerebu pulak. Hmm..

Orait. So aktiviti hari ini memerlukan anda fit sepenuhnya. When I said ‘fit’, I really mean it. 

Osaka castle (81% best vote)

Sampai kat tempat ni, turun je dari bas, decide taknak bawak stroller Ammar sebab tourist guide kata kat sini ramai sangat pengunjung yang datang. Nanti berhimpit-himpit leceh. Tapi tourist guide tu tak bagitahu pulak yang all the way nak naik Osaka castle ni kena berjalan lebih kurang 2km melalui Osaka castle park untuk sampai ke sana. Biru otak aku. Jauh nok! ?*Nangis hingus tergantung*

So, husband dan aku pun bergilir-gilir dokong Ammar pakai sling carrier. Nak-nak pulak Ammar jenis tak suka duduk dalam carrier tu. Jangan terperanjatlah bila balik Malaysia nanti masing-masing dah ada muscle kat lengan. Sado gitu.

Sampai je kat Osaka castle, Building dia memang superb cantik. Tapi untuk naik ke atas, either panjat tangga sampai tingkat 7 atau kena tunggu 30 min untuk naik lift disebabkan pengunjung yang ramai. Since kitorang pun dah termengah-mengah angkut ‘tong gas’ berjalan kat park tadi, kitorang pun decide untuk tunggu lift jela. Janji sampai atas. Hehe. 

Masa tunggu turn naik lift tu, adalah jugak beberapa orang pengunjung Jepun ni tegur-tegur Ammar. “Kawaii.. Kawaii” dorang sebut siap cubit-cubit pipi Ammar. Tak tahu pulak aku Ammar ni ada peminat dari Jepun. 

Sampai turn kitorang naik lift, awek attendan lift tu brief la kat kitorang yang lift ni sampai tingkat 5 je. Lagi 2 tingkat kena panjat tangga. Basah jugaklah ketiak kitorang nak sampai kat atas tu. Sampai kat atas tower, dapatlah tengok view taman yang menghijau sambil merasa deruan angin yang macam ribut. Kucar-kacir tudung aku. Tak lama pun duduk atas tu, 20 min lepas tu kitorang turun bawah beli souvernir untuk kaum keluarga.

Walau mengah ku gagahkan jua untuk tersenyum

Aunty Jepun yang minat sangat kat Ammar sebab 'Kawaii '

Osaka castle. 

Atas tower Osaka castle. Berjaya naik sampai tingkat 7.wiii
Seronott!

Berhenti amek nafas jap.


Shinsaibashi & Dotonbori

Famous shopping area dekat Osaka. Kalau datang sini tak sah kalau tak bergambar depan billboard besar sorang atlet lumba lari atau di panggil Glico man. Kira icon la dekat Osaka ni. 

Kitorang kena menapak lebih kurang 1 km untuk sampai ke sini. Learn from mistakes pagi tadi, kali ni kitorang bawak stroller Ammar. Dengan ini tiada lagi muscle tumbuh di lengan kami. Hehe.

Tempat ni memang superb crowded. Kat shinsaibashi ada macam-macam jenis kedai selling from expensive branded clothes to cheap small souvenir. Kitorang Cuma shopping baju tshirt Osaka se-family. Sehelai dalam 1900 yen. Fridge magnet kat sini pulak dalam 500-600 yen. Quite expensive la tapi memang susah nak jumpa kedai yang jual barang local untuk buat souvenir. 

Restaurant pun memang sangat banyak kat sini & crowded dengan manusia. Perut memang sangat lapar tapi since tak tahu status halal dia so kami tak berani nak masuk. Even Mcdonald pun penuh dengan orang. * Nangis lagii*

Disebabkan terlalu penat, kitorang tak sempat nak singgah Dotonbori sebab terlalu ramai orang bersesak-sesak & Ammar dah meragam sebab nak tido. Huhu.

Sebelah malam, kitorang di bawa ke local restaurant untuk dinner. Finally, tempat merehatkan kaki dan memenuhkan perut!

Add caption

Muka tak puas hati kaki sakit kena berjalan jauh

Belakang billboard glico man. Muka bajet honeymoon
Selesai...

OSAKA TRIP-DAY 2 (KOBE)

Assalamualaikum, 

So, next day trip kali ni, kami dibawa berjalan-jalan ke Bandar Kobe. Antara tempat-tempat yang dilawati: 

Sake Breweries factory (78% vote best) 

Actually Bandar Kobe ni merupakan Bandar top bagi pembuatan sake atau arak. So kat sini kami just dapat information macam mane arak di buat pada zaman dulu di Jepun. Actually tak berapa penting pun untuk kami. That’s why takde gambar. Ahaks! 

Earthquake Museum (77% vote best) 

Kalau nak tahu, pada tahun 1995, Kobe dilanda gempa bumi yang dasyat menyebabkan lebih 5000 kematian & kemusnahan yang teruk sekali. Oleh sebab itu, muzium ni dibuka sebagai memperingati peristiwa yang tragis ni. Building dia nice la penuh dengan dinding kaca. 

Earthquake Museum
Kobe Harborland (76% vote best) 

Akhirnya tempat shopping yaayy! Tapi datang sini bukan untuk ber shopping tapi untuk lunch. Duuhh! So far, tempat lunch aku boleh makan. Buffet style. Tak ingat nama kedai. As usual. Haha! Masa yang diperuntukkan pun tak banyak kat sini so kitorang pun makan laju-laju dengan harapan ada time nak cuci-cuci mata kat sekitar kawasan ni. 

Lepas habis makan, tawaf seround dua, ternampak kedai Turki Cappadocia. Kat depan kedai tu ada jual aiskrim Turki. Pak Arab jual aiskrim tu tengah asyik buat trick dekat 2 orang awek Jepun ni. Terkekek-kekek dorang gelak. So husband aku pun taknak kalah nak jugak beli aiskrim Turki tu. Aku dah standby kamera kot-kot trick yang pak Arab ni nak buat lagi marvellous ke kan. Aleh-aleh pak Arab tu just pass je aiskrim tu gaya nak jatuh sebelum husband aku sambut aiskrim tu. Aku tahan gelak je. Ahaha. 

Kat belakang tu Kobe tower
Kedai Turki Cappadocia

Menunggu Pak Arab menguli aiskrim dengan penuh sabar

Sanda Premium Outlet 

Lebih kurang macam JPO. Tapi lebih besar. Kali ni baru shopping dengan bersungguh-sungguh. Yang paling teruk shopping of course la husband aku. Kalah orang perempuan shopping tau. Tapi hadiah isteri tak pernah dilupakan. Thanks hubs for the present!xoxo


Sanda Premium Outlet
Muka happy wife lepas habis shopping, muka tak puas hati husband poket kering lepas shopping. lalala~
Husband sudah kembali ceria!

-----------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, sepanjang trip hari ni Ammar behave gila! Ibu impress dengan kebehave-an Ammar hari ni. Cuma yang leceh nak tukar pampers Ammar. Jenuh la jugak aku nak tukar lampin Ammar sorang-sorang dalam toilet since Ammar jenis tak reti duduk diam kalau tukar lampin. Letih jugaklah bersilat dengan dia dalam toilet tu. 

Disebabkan the whole day activity sangat pack, make sure korang bawak pampers yang secukupnya sepanjang hari tu. Mesti korang taknak ‘bebird’ baby korang lebam sebab terlalu lama pakai pampers basah kan? Aku pernah je pergi berjalan tapi terlupa bawak extra pampers Ammar dan end up pampers yang dia pakai penuh gila sampaikan seluar Ammar basah lencun dengan pee dia. Nasib baik bawak extra seluar. Mengelabah sangat. 

Macam mak aku dia jenis particular gila. Everything kena standby. Kalau nak bawak baby keluar berjalan, make sure bawak extra pampers, seluar and baju lebih, in case baju baby basah or kotor, bawak kain napkin senang nak lap-lap hingus ke or segala kekotoran, bawak sock & selimut, susu jangan lupa bawak lebih. Pengsan la kalau baby merengek nak susu tapi susu dah habis. 

So, aku pun dah terikut-ikut perangai mak aku. Beg baby tu selagi tak kembung selagi tu lah aku tak keruan. Tak pasal husband aku merungut sebab kena galas beg berat. Hehe. Tapi kalau ada barang tertinggal kan dah leceh. Tak sampai 2 jam berjalan dah kena balik sebab baby meragam. Sangat no no. 

Since baby dah boleh makan, food baby pun kena standby. Malam semalam prepare bubur untuk Ammar, dengan segala barang-barang letrik yang aku bawak dari rumah, excited nak masak bubur. Aleh-aleh bubur tak menjadi! Ralat jugak time tu. Nasib baik bawak instant food. Kalau tak mau aku suruh mak aku courier bubur nasi dari rumah. Huhu. 

Selain tu, aku pun ada bawak biskut baby dan pisang. Since Ammar takde gigi lagi, so aku lenyek sikit pisang tu bubuh dalam food feeder. Excited dia makan. 

Actually, banyak lagi tempat menarik kat Kobe ni. Tapi since kitorang tak cukup masa & tourist guide kena handle ahli group yang ramai, memang payah. Macam pengembala lembu dengan lembu-lembunya. hehe. So, Boleh google dan survey kat internet jelah k!

Ok done untuk hari ini. =) 

Thursday, September 24, 2015

OSAKA TRIP-DAY 1 (KYOTO)

Assalamualaikum,

Ohaiyo-gozaimaisu!

Balik dari Jepun teros boleh cakap Jepun gitu. Bajet kawaii sangat kan? Bwaahahawaw

Trip kali ni agak menarik sebab disponsor oleh company aku. Dengan kata lain, company trip lerr. Since aku angkut sekali husband dan anak aku, so I guess, we can call it as family vacay jugaklah kan? Bweeheheew..

So, pergi holiday jauh-jauh ni, siap bawak baby lagi was our first experience & first time Ammar naik flight. Two weeks before trip lagi aku dah study barang-barang yang perlu di bawa sepanjang trip 5 hari kat Osaka especially untuk Ammar. Disebabkan itu kami bawak 1 huge & 1 medium luggage bag, dan 2 beg galas. Obviously banyak gile barang aku bawak! Haha! Mostly semua barang Ammar. Since Ammar boleh makan bubur nasi je( instant baby food die tak suka sangat), so what actually inside 1 huge luggage bag were slow cooker, blender kecik, beras, kentang, carrot (for 5 days)ubat-ubatan (in case Ammar demam),pampers, baju Ammar ( I guess macam 1 almari aku bawak), susu & for back up bawak sekali nestum (in case bubur nasi tak menjadi). Dan 1 medium luggage bag pulak untuk pakaian kami berdua. Itu pun aku rasa macam tak cukup lagi barang Ammar. haha! 

Kitorang naik AirAsia dan flight kitorang pukul 1 pagi which aku rasa macam okay la kan sebab time waktu tidur Ammar. Kitorang sampai ke KLIA2 pukul 10.00pm dan all the way dari rumah ke KLIA2 tu kitorang main-main dengan Ammar sampai dia rasa penat dengan harapan bila dia rasa penat nanti dia akan tido dalam flight. Hopefully la kan..hehe..

Sampai KLIA2 lepas check-in luggage semua settled, aku, husband, Ammar dan beberapa kawan aku pun carik port lepak sat sebelum check-in. Time ni Ammar dah start tenyeh-tenyeh matanya which mean die dah ngantuk. Ok plan menjadi. Yay!

Dalam pukul 1130pm kitorang pun check-in. Dahlah dari tempat check-in nak ke gate tu punye lah jauh gilaa! Nasib baik ada tren kecik (aku pun tak tau apa nama dia) bawak kitorang dari tempat check-in ke lift (dalam 300m). Lepas tu kena menapak lagi ke gate. Mak aihh jauh bhaiii..! 

Time check imigresen, aku cuak jugak takot tak lepas since dalam beg galas ada air untuk susu Ammar (AirAsia Cuma limit liquid below 100ml). Sebab aku malas nak carik air nanti, aku bubuh je siap-siap semua air sejuk dan air panas dalam beg, in case tak lepas imigresen nanti aku curah la air tu depan-depan pegawai imigresen tu nanti. Drama plak kan! Haha. Nasib la lepas semua. Thanks abang-abang imigresen. Stroller pulak boleh bawak sampai gate. Tak payah check-in. Nanti lipat elok-elok dan letak depan pintu masuk plane, lepas tu attentance plane tu akan settle kan dari sana. So don't worry la.

I was a bit nervous during plane take-off since it’s our first experience bawak Ammar kan, aku just standby toy Ammar in case dia cranky dalam plane nanti, puting wajib ada, kalau tertinggal mau nya aku mintak pilot patah balik..huhu.. and Alhamdulillah, sepanjang perjalanan from KLIA2 to Kansai Airport which took us about 6 hours, Ammar tidur sangat lena sekali! Ada la sekali dua dia terjaga sebab dengar baby lain menangis, tapi lepas tu dia tidur balik. Pheww!

Before take-off dah tido budak kecik ni
Alhamdulillah, landed safely at Kansai Airport

We landed safely at Kansai airport around 8am. Waktu kat sini satu jam awal dari Malaysia. Cuaca pun lebih kurang sama je. Tak panas tak sejuk. Suam-suam je. Boleh? Huhu. 

Kemudian, kami tunggu bas untuk bawak kami ke destinasi pertama kami iaitu Kyoto. To keep it short, kami visit ke beberapa temple seperti Kiyomizu temple dan Fushimi Inari Shrine. Snap beberapa keping gambar sebagai kenangan lepas tu kami lunch kat local restoran. Aku pun tak berapa ingat apa nama restoran tu (obviously tak reti Bahasa Jepun), dan food dia aku Cuma makan tempura je. ** nanges kelaparan** I’m not a Japanese food lover. Apetah lagi nak tengok drama Jepun. Memang taklaa. 

Lunch kat local restoran. Food die cam comel je kan? hehe
Menu lunch pada hari ni. Sedapnyaaa (orang Jepun cakap) Itadakimasu!
Kiyomizu temple. Tempat yang cantik

Lepas abes lunch, kami di bawa ke Kyoto station untuk experience bullet train. Kitorang singgah satu stesen je. So tak berapa nak rasa sangat kelajuan train tu. Kalau naik KTM dari Shah alam ke Batu tiga pun kau boleh terlelap tapi naik bullet train ni berdezzup je dah sampai kat next station.

Di Kyoto Station untuk experience bullet train

Last destination, dinner kat local restaurant lagi. Kali ni aku makan nasi sahaja. Nasi kosong ye. Tu je yang aku boleh hadam setakat hari ni. Dalam kepala dah terbayang-bayang megi yang aku pack dalam luggage malam semalam. Lapar okaayy.. **nangis lagi**

Lepas habes dinner barulah kitorang check-in hotel. Perghh, punyalah letih tak hingat! Kira berdenyut-denyut jugaklah kaki aku berjalan-jalan hari ni. Perut aku pun kira berdenyut sekali. Baru first day kot. Huhu. Ada 4 hari lagi nak abeskan trip.pheww

Yang best kat hotel ada disediakan baby crib. Maybe sape yang bawak baby ikot trip ni, company dah booked siap-siap benda alah ni. Yang penting, Ammar tak nak tido dalam tu. Nak mengempeng celah ketiak mak ayah dia. mengengada sungguh.

Budak kecik dah fresh lepas mandi


Ok done for trip day-1.

Anak Masuk Darjah 1