Thursday, February 18, 2021

Anak Masuk Darjah 1

 Bismillah,


Selalunya kalau plan nak menulis dia tak kan jadi karangan tu. Tapi kalau ad-hoc terus tulis, menderu je idea nak mengarangnya.

*************************************************************************

Ok. kali ni nak cerita pasal anak pertama dah masuk darjah satu. Dulu pikir, macam mana lah rupanya anak aku masuk sekolah nanti, nak kena bangun pagi-pagi, pakai baju sekolah, beratur kat perhimpunan, masuk kelas, beli food kat kantin, kelas dari pagi sampai ke petang. Lepas sekolah agama sesi pagi, pegi sekolah kebangsaan pulak belah petang. Lepastu nak berkawan lagi. Terpikir macam manalah si Ammar ni nak adapt dengan situasi yang baru bagi dia. Ammar is quite friendly  kid. Dia most of the time akan excited terlebih dulu. Berangan terlebih-lebih. Tapi lepas dah merasa, dan situasi tu tak macam yang dia expect, dia akan sedih or cepat rasa boring. Anak aku memang hati tisu.

Tapi… looking at current situation now, aku dah boleh simpan angan-angan aku tu kejap, sebabnya zaman dah berubah. Kita tak expect pun covid ni akan berlarutan. Dah tentunya kita hanya merancang. Allah is the greatest planner.

Ok. untuk persiapan sekolah, sebulan before start sekolah, kami dah beli baju sekolah siap-siap. Just in case kan. Even PKP bersambung-sambung, kita just prepare jelah awal to avoid last minute. Yang penting barang semua dah ready awal. Size baju Ammar pulak memang susah nak cari. Kena pakai size besar sikit. Al maklumlah anak semua ikut baka ayah dia, bambam (ibu taknak mengaku double chin jugak*hik*). Part cari size baju melayu untuk sekolah agama paling mencabar sebabnya kena beli baju & seluar asing-asing. Merata gak carik dari ke Banting, supermarket MU, sampai ke Jalan Tar mencari, aleh-aleh jumpa dekat Kedai Pakaian Hari-Hari je. Hahah.

Cari baju sekolah budak bambam!

Potong rambut! dari ala-ala korea ke abam sado!


Soo, sekolah kali ni memang lain. Pihak sekolah hanya boleh laksanakan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) a.k.a ibu ayah jadi cikgu. Selagi kes-kes covid belum menurun, selagi tu ibu akan menyinga je kat rumah. hahaha

PdPR sesungguhnya sangat mencabar bagi aku. Al maklumlah, kesabaran senipis kulit bawang. Haha. Kelas si Ammar ni nasib baiklah takde virtual class. Cikgu just bagi daily tugasan dan anak murid hantar tugasan harian kepada cikgu kelas masing-masing. Ok. part mengajar semua ayah serah kat ibu. Sebab kalau ikutkan kesabaran between both of us, I am the winner. Haha

First day of PdPR. Tunggu cikgu bagi tugasan by whatsapp

Siap tugasan, amek gambar, hantar ke cikgu.

Paling mencabar, ajar bahasa jawi


Tapi sebab kat rumah aku banyak situasi kena handle, working mom merangkap housewife merangkap cikgu, so aku cuba tak jadi singa bila time mengajar. Aku akan follow the flow. Kalau Ammar lambat tangkap, aku akan cool down dulu, then terus bagi jawapan yang dia tak tahu. Kita ni kalau paksa-paksa anak jawab sambil marah-marah pun tak lekat dalam kepala dia. Mostly aku akan ulang-ulang sampai dia dapat tangkap. Kadang time tengah mandi aku akan soal balik tugasan dia or sama-sama hafal pelajaran yang di ajar pada hari tu. Ataupun masa tengah main, atau tengah makan pun aku dok ulang balik sampai dia ingat. So bila kita buat macam tu anak pun cepat tangkap dan hati kita pun akan jadi lapang.  InsyaAllah.




Belajar Iqra'. Alhamdulillah. lancar



Hah. Sambung cerita sikit lagi. Vaksinasi untuk darjah 1. Aku yang bawak Ammar pegi Klinik Kesihatan untuk imunisasi. Memula dok cerita kat Ammar, cucuk tak sakit. Macam rasa kena gigit semut. As usual, Ammar mesti excited je. Time queue, memang dia tengok kawan-kawan dia yang lain kena cucuk. Ada yang cool je , ada yang nangis takmau kena cucuk. Bila turn dia sampai, dah menggelabah, Nurse suruh baca doa, terus Ammar tadah tangan baca Alfatihah sungguh-sungguh! Aku dok gelak dah kat tepi. Time cucuk dos pertama, tangan kanan, nangis sakit! Lepas tu dos kedua, tangan kiri, dia main elak-elak pulak! Suppp.. lepas. Alhamdulillah. Nangis dah… dapat pulak ibu yang memang tak suka jarum or kena cucuk ni, pulak tu kena cucuk 2 kali, kanan & kiri, maunya ibu pun teriak sekali.. hahaha.



Kesiannyaa.. :p


Habis cucuk, masuk kereta, pujuk-pujuk si Ammar. Ammar kata macam kena pisau, kena durian! Ibu tipu! Hahahaha… adoi la anak.. kelakar tengok, sedih pun ada. Nasib laa bukan ibu yang kena!
 
 

Tuesday, February 9, 2021

3rd Pregnancy Journey

Bismillah.

Lama sangat dah peram cerita sampai dah naik basi dah. Now we move on to 2021.

Aikk.. rasa macam baru lagi masuk 2020. Ya Allah.. makin singkatnya masa!

Fast forward, I’m officially would like to announce that I am pregnant! Untuk 3rd baby.


Tula, PKP lama sangat taktau nak buat apa, jadilah tambah lagi sorang. Lepas PKPP, PKP balik, PKPP, lepas tu sambung PKP balik. Ntah bila nak sudahnya.

Memula takdela planning nak anak ke-3 ni. Dia macam kalau sangkut, Alhamdulillah. Kalau takde pun sokaay.. sebab Sarah pun baru 2 tahun 10 bulan lagi, plus Sarah belum pandai cakap sepatah pun instead of “mommy… daddy..” tu pun sebab terpengaruh kartun dalam youtube.

But slowly Sarah makin improve. Even tak banyak. Most of the time Sarah just  tunjuk je kalau dia nak sesuatu. Kalau lapar, dia usap-usap perut dia kata “hungry”, nak susu just sebut “syusyu”, kalau berak sebut “yakyak”.

Ok, back to my third pregnancy, actually dah nak masuk 6 bulan dah. Experience dia, Ya ampunn.. kali ni memang  tak keruan. The first trimester mabuk sepanjang hari, badan lemah je. Nasib baik work from home lagi. Buat keje sambil baring je. Ya Allah tak laratnya Allah je tahu. Even WFH pun, keje berganda, working mom plus housewife. Husband jenis tak keruan kalau rumah bersepah. Budak-budak all the time buat sepah, bising, nak senang bagi phone sorang satu senyap la diorang. Tapi.. tu yang sedihnya. Anak tak dapat attention langsung. Malam pulak, kita nak rehat je. Memang kesian kat anak-anak.

Kali ni checkup dekat Klinik Kesihatan je. Dekat. 1 km je dari rumah. Tapi bertabahlah kena tunggu at least 2 jam. Letih memang letih, tapi save cost. Plan still nak bersalin kat Hospital Razif. Dah bukak buku sesiap kat sana. Kat KK masa 12 weeks dah kena buat buku merah. Then the journey begin, ulang alik KK every 2 weeks, sebab problem mabuk teruk tu. Check urine, ada kotor. Doctor suspect high BP pulak. So kena keep on test urine every 2 weeks. Jenuh! Doctor dah bising sebab tak minum air banyak, if still urine test tak cantik, doc paksa naik ambulan masuk air dalam badan pakai drip. Aduiii.. memang details gila la KK ni. The last urine test, malam tu memang kaw-kaw minum air, tiap minit nak ke toilet. Lepas tu baru result okay. Alhamdulillah.

The 3rd pregnancy, sama macam masa preggy Sarah. Emosi ya rabbi. Sikit-sikit sentap, sikit-sikit sedih, sikit-sikit nangis. Tapi memang pendam jela sensorang. Sebabnya husband jenis rimas tengok orang mengada-ngada. Haha. Hormon kelaut sungguh. Plus badan letih hari-hari. Keje from 8.30am -5.30pm. Most of the time masak, lunch & dinner, Kalau tak sempat order grab je or beli kat kedai. Kena kemas rumah, jaga anak-anak, malam pulak jadi cikgu ajar Ammar. Lagi lah emosi dia.

Macam ni lah keadaan nya sampai PKP habis nanti. Bila? Tu tak pasti. Yang pasti kes dari mula-mula kes dah tinggal 1 angka, now dah jadi 4 angka! Sebab kes mengundi dekat Sabah. Dasarrr!

Tu jela kot pembuka 2021. Jangan lah letak azam macam-macam. Bukan jadi pun. Haha!

Harap covid ni cepat habis. Aku nak keluar jalan-jalan la oi!

 

Sunday, May 17, 2020

Covid-19: Bila akan berakhir?


Covid-19 has yet to be ended, and we have no clue when it will be ended.

Now Malaysia dah further extend MCO to phase 4 setakat hari aku menulis ni. Dari 18th March hingga 9th June. After that, belum tahu lagi.

Semua orang pun tak tahu exactly bila pandemic ni akan berakhir. Eventhough kes positif kat Malaysia getting better day by  day, tapi dalam masa yang sama kita kena terima hakikat yang keadaan sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Bak kata PM kita ‘New Normal’.

Kita dah tak digalakkan shake hand, tak boleh greet dengan laga pipi macam kebiasaan muslimah buat, tak boleh peluk, and everything kena social distancing.

Dulu masa MCO phase 2 kita still lagi buat biasa, keluar tak pakai mask, still berkumpul ramai-ramai. Now bila dah masuk phase 3 & 4, aku dah boleh nampak orang dah start aware dengan keperluan social distancing. Masa queue nak masuk mall, orang dah tahu nak jaga jarak, even bagi laluan kalau someone yang mendekat. Rasa lega bila nampak orang dah start lebih berhati-hati dengan keadaaan sekeliling. Ni yang dikatakan new normal.

Now masuk phase 4 business dah boleh operate tapi khusus untuk essential services untuk pulihkan balik ekonomi Negara yang agak terjejas teruk. Bertambah teruk lagi dengan penurunan harga tong minyak dunia dengan mendadak. Buat pertama kali rasa tak best isi minyak harga murah. Coz It’s actually effects economies worldwide.


Masa PM announce MCO phase 3


World result masa phase 3


World result setakat minggu ni

Malaysia setakat minggu ni


Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ramadhan kali ni jauh berbeza dengan yang lepas. Takde bazar ramadhan, orang still boleh berniaga tapi tak semeriah dulu. Aku dulu tiap kali balik keje je mesti singgah bazar beli kuih nak iftar. Kuih tepung pelita confirm wajib ada atas meja.Tapi ada kebaikan dia jugak takde bazar ramadhan ni. Selain jimat duit, now aku buat je sendiri lauk untuk buka puasa. Kira dah macam expert time kat dapur. Dah try macam-macam resipi, dari ke mee kari, ke mee kungfu, desert pun boleh tahan buat sendiri. Dengan bubur jagungnya, sagu gula melakanya, bila buat sendiri ni kepuasan dia lain macam. Even tak sesedap macam beli kat bazar tu, tapi suami dan anak-anak dapat merasa air tangan kita sendiri. Rasa marveless sangat. Pahala pun berganda. Hehe

Ramadhan tahun ni jugak terawih dah tak boleh buat kat masjid. Masjid dilarang bukak. Tak boleh buat social gathering. Dulu ada jugak merasa terawih kat masjid kat taman rumah aku ni. Gilir-gilir dengan husband sebab sorang kena jaga anak. Bila dapat terawih berjemaah ni rasa lain macam seronok dia. Meriah dia. Now terawih sorang-sorang, kadang berjemaah dengan suami. Berdua. Ada jugak kebaikan dia.

Menu wajib sebulan sekali

Menu simple iftar


Persiapan raya? Adalah sikit. Ada plan jugaklah nak beli baju raya sekadar untuk kepuasan diri. PM pun kata raya hanya boleh menziarah keluarga yang terdekat je pada raya pertama then limit to 20 orang dalam satu masa. Alhamdulillah mak adik beradik semua duduk dekat-dekat je dalam radius 10km. semua boleh ziarah.

The best part is bila duduk kat rumah, bonding between me and husband bertambah kuat. Kitorang banyak spend masa bersama. Kadang boleh Nampak effort husband tolong aku either jaga anak or kemas rumah yang sebelum ni jarang-jarang berlaku. Haha. Now kerap bersembang gelak-gelak, bergurau senda. Tak macam dulu. Balik keje je me with my own space. Tak boleh kacau. Bercakap pun jarang. Sebab aku dulu bila balik keje, rasa exhausted sangat. So bila sampai rumah rasa tak nak diganggu, taknak bercakap sebab letih banyak bercakap waktu siang. Try to distance myself with husband sebabnya husband jenis  banyak cakap, suka bertanya yang kadang rasa annoying. Haha. Eventhough kat rumah kena work from home lagi rasa stress lain macam sebab rasa tak productive langsung. Dok kena kacau dengan kids, kids selalu bising, lagi-lagi si Ammar 24 jam mulut potpet banyak Tanya. Lagi melayan si clingy Sarah. But it feels kind of worth it boleh Nampak diorang main depan mata, tengok peel masing-masing. Letih melayan sorang-sorang.

Next best part is boleh makeover rumah. Dari bilik ke bilik slow-slow makeover. Dulu bilik dah macam bilik store penuh barang sana sini, now dah kemas sikit. Alih perabot sana sini nak bagi rasa kelainan sikit. Now rajin masuk group home deco. Berangan tak sudah. haha

pertama kali dapat puasa penuh sehari. yang lain half day

Bila PM announce PKP bersyarat.. pertama kali keluar pintu pagar

Mom and adik-adik buka di rumah


So this year will be history. Ingat sampai anak cucu. Tahun 2020 tahun tiada kemeriahan ramadhan dan syawal seperti kebiasaan nya. mungkin Allah nak pesan or nak ingatkan kita sometimes benda yang kebiasaan kita buat Allah akan tarik sikit nikmat keseronokan tu untuk sedarkan kita yang selalu lalai kepada-Nya.

We must get through this tough time together. Bak kata Ejen Ali ‘Kita jaga kita’. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Jangan lalai dan leka atas dunia yang sementara ni. Peringatan untuk aku jugak.

Setakat ni untuk harini.

Tuesday, March 31, 2020

Covid-19: A reminder from Allah


Bismillah,

Terjemahannya: Aisyah bertanya Rasulullah saw mengenai taun, lalu dikhabarkan kepadanya oleh Baginda SAW: “Bahawa ia adalah suatu azab yang diutuskan Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lalu dijadikannya oleh Allah sebagai rahmat untuk orang Mukminin. Maka tidaklah seorang hamba itu ditimpa taun lalu dia duduk menetap di negerinya dengan sabar, dan dia tahu bahawa tidak akan ada yang menimpanya kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepadanya, melainkan baginya seumpama pahala mati syahid.”


*********************************************************************************

Sekarang dah hari ke-14 selepas PM announce on Movement Control Order (MCO) due to the Covid-19 outbreak on 17/3/2020. Baru tadi PM announce untuk extend lagi another 2 weeks (sampai 14/4)  MCO sebab nak mengekang wabak yang melanda satu dunia sekarang. Ya SATU  DUNIA. Satu dunia terkesan dengan wabak Covid-19 ni. Aku rasa dah macam dalam movie zombie pulak. Tak pernah terpikir umat manusia satu dunia ni terpaksa dikuarantinkan  disebabkan oleh virus that had caused ratusan even ribuan rakyat di setiap Negara mati disebabkan oleh wabak ni.

It is not a joke man!

Setiap hari kes yang positif kat Malaysia still maintain dalam range 100-200. Kes kematian pun dah semakin banyak. Macam takde tanda-tanda nak berkurang pun.

Meh aku cerita asal usul virus ni. Virus ni asalnya dari Wuhan China. Satu tempat di mana terdapat pasar yang jual makanan eksotik macam kelawar, ular berbisa, haiwan-haiwan liar dan macam-macam lagi. Ada yang kata virus ni asalnya dari kelawar. When someone infected, virus ni akan serang paru-paru and caused respiratory illness macam pneumonia with symptom such as cough, fever and in most severe cases difficulty in breathing.  First dia infected sorang then the next day bertambah jadi 5 orang.  Now virus ni dah spread almost 600,000 orang kat 203 negara lain seluruh dunia and unfortunately Malaysia di tempat ke 22.

Report as of 19 March 2020

Report as of 28 March 2020. Tengoklah betapa cepatnya virus tu merebak ;(

Doctor pertama dari China yang kesan virus ni since Dec lagi dah warning awal-awal pasal wabak ni dulu tapi orang tak nak dengar and later mati disebabkan virus ni. Wabak ni start menyerang China from January and kat Malaysia baru start in March.

Dr. Zhang Jixian orang pertama discover pasal virus corona virus

Virus ni bukan airborne. Covid-19 hanya boleh infect orang lain melalui air liur orang yang infected dengan virus ni dalam jarak 1meter sama ada dia batuk, sneeze or even bercakap. A person can also be infected by this virus dengan hanya menyentuh permukaan yang dah infected dengan  virus ni kemudian orang tersebut sentuh bahagian muka sama ada mata, hidung or mulut.

Virus ni memang cepat sangat merebak. That’s why kita kena keep our distance at least 1-2meter from other people, kena selalu or kerap basuh tangan pakai sabun, even sanitizer sometimes tak berkesan nak bunuh virus ni. Virus ni pun katanya boleh survive 3 hours in air, and up to 3 days on steel and plastic. Scary kan? Bila tersentuh tombol pintu rumah, kunci kereta, sudu, tetiba rasa macam paranoid terus cuci tangan bersih-bersih.

Now 14 hari duduk terperuk kat rumah je. Tak boleh nak keluar sangat. Aku and husband gilir-gilir beli barang keperluan dapur. Feeling for 14 days at home while working from home? Ada pro and cons. Parts of me saying it bliss. Tak payah nak hadap boss, tak payah nak hadap toxic people kat opis, boleh spend 24 hours with kids, boleh kemas rumah. Hari ke-14 still boleh adapt lagi. Maybe ni la kot perasaan seorang introvert. Haha. Kawan-kawan lain pulak dah sibuk merungut bosan duduk rumah nak pegi opis, rindu kat kawan-kawan, well, every person has different priority. My priority stills my family.

Work from home style. still ada gangguan dari makhluk kecil

On contrary, bila working from home ni agak stress jugak. Sebab boss asyik kejar itu-ini, kids tak bagi space nak buat keje, so keje tak boleh nak setel in short time. lols! Anak-anak pulak mentang-mentang mak ayah dok rumah ni amek kesempatan nak buli mak ayah diorang. Yang si kecik asyik nak menempel 24 jam. Yang si abang dok request macam-macam. Langsung takde “me time”. Aku punya “me time” is that I need my free time between 2-3 hours top. Takde gangguan, sama ada layan drama, main phone, or dok diam-diam takde budak-budak nak berebut duduk atas riba aku. That my “me time”.

Duduk masak kat dapur makin kerap. Tetiba duduk rumah asyik rasa lapar je. Macam-macam resipi dah try buat. Si budak Ammar pun malam-malam dok zikir kat telinga mak dia lapa.. lapaa… tengah malam la dok goreng nugget la, buat roti telor la, that why supply telor tak boleh berkurang, kena sentiasa ada, at least 1 papan boleh habis seminggu. Tiap masa ulang alik ke dapur basuh pinggan sampai naik kecut jari dibuatnya. Laundry pun boleh buat hari-hari. Kalau before MCO seminggu sekali je basuh baju sampai baju pun dah melimpah dari bakul baju kotor. Tapi still nak melipat baju amek masa seminggu nak settle.. haha!

Viral thingy during MCO. Dalgona coffee

Try buat sagu gula melaka. Terbaikk!

Kids paling seronok. Full freedom at home!

My "me time" layan drama korea

Bila dah surrender WFH, terpaksa bagi sorang satu ;(

Ahaa.. tak boleh skip school. Ada online learning

Masa banyak habis kat dapur. From breakfast, lunch, minum petang ke dinner. Complete!

Dapat merasa pakai tudung jela tapi tak boleh keluar. Paling jauh pun depan pintu gate


All in all, duduk rumah is not so bad. I can handle it very well. Even husband dah tak keruan dibuatnya. Haha! Dan aku harap wabak ni cepat berlalu pergi. Sekarang dah masuk April. Kejap lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak terbayang bila masing-masing kena terawih kat rumah, bazar Ramadhan pun takde, masjid dan surau sepi, takde cahaya bulan Ramadhan tu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah kami di atas kelalaian kami di muka bumi ya Allah. Umat-Mu ini dah banyak melakukan kerosakan di muka bumi-Mu. Kau hilangkan wabak ini segera dan hindarkanlah kami dari penyakit yang merbahaya ini.


Stay safe everyone!



Saturday, March 14, 2020

Selamat datang 2020!

Bismillah,
WELCOME 2020!

Tahun kereta terbang!


Honestly, sedih sangat sebab tak sempat nak habiskan memory 2019 tetiba dah masuk tahun 2020. Banyak lagi memory yang tak sempat lagi nak post kat 2019 so bila baca balik blog semua pun tak ikut susunan tarikh.*Sobs*

Anyway, whatever happen pun aku akan teruskan jugak menulis. So many things, memories happened in 2019 untuk kenangan masa depan nanti untuk diri sendiri dan anak-anak bila diorang dah besar nanti. Maklumlah, makin tua ni makin kerap pulak amnesia. At least, ada blog ni bila-bila masa boleh kenang balik cerita-cerita lama, all those sweet and bitter memories, photos, semuanya ada cerita dia sendiri. I am happy i'm deciding to keep the memories all here dalam Pena Si Kunang-Kunang.

Awal tahun ni je dah macam-macam perkara berlaku. Kerajaan yang bertukar tangan, politik yang membimbangkan. Dr. Mahathir letak jawatan as PM dan diganti pula dengan Muhyidin Yasin. Banyak kematian mengejut berlaku, memula Abam Raja Lawak. Lepas tu pulak Asyraf Sinclair. Now the latest Corona-Virus yang sekarang labelled as pandemic by WHO. Allahuakbar, dah bersedia ke kita dengan segala kemungkinan?

So, wish for this year 2020 aku akan keep on writing, terus kuat mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup yang semakin lama semakin mencabar, jadikan aku insan yang kuat dan sabar. Amin insyaAllah.




Sunday, December 29, 2019

Trip to Korea – Day 3 (Last day)



DIY Kimchi Making Session

Awal pagi lagi kami dah dikejutkan dengan morning call from receptionist. Aktiviti pagi ni dimulakan dengan melawat kedai membuat kimchi then kami akan diajar untuk membuat kimchi sendiri.

Lepas siap buat kimchi, kami dibawa ke ground floor untuk ke 3D museum sambil merasa pakai Hanbok for one last time. Kalau tak nanti rindu.

After that, kami dibawa untuk shopping the famous cosmetics shopping mall yang memang besar gila dan harga pun quite affordable. Then settled shopping, kami lunch di K-turtle for seafood hotpot. 

Kimchi DYI oleh kakak cantik tapi serius garang

Masing-masing tunjuk skill menggentel kubis

Tadaa... hasil kimchi air tangan sendiri

Last pakai hanbok.. oh rindu la nanti.. :(

Tempat lunch

Depan kedai

Menu lunch

Masing-masing kebuluqq


Bukchon Hanok Village

Lepas perut kenyang makan, kami berjalan pulak ke Bukchon Hanok village. One of the attraction  places sebab ada banyak traditional Korean houses, which called hanok yang cantik-cantik dan unik. Macam yang kita tengok dalam movie Korea. Tapi kat sini kami tak boleh buat bising. Sebabnya kampong ni sebenarnya private housing area. Which mean orang luar tak boleh nak menyebuk masuk kawasan rumah orang lain untuk bergambar. Kalau kena kt rumah sendiri Nampak orang luar bersidai depan rumah mau kena halau ye dak?

Nak naik kampung ni steep gila jalan.. semputt

cantik kann.. yg tengah tu....

Dok tepi pulak sbb ramai lalu lalang

Pekena air krim sodap!


Shopping @ Insadong & Fireman Show

Tempat ni besaaar sangat dan banyaak sangat tempat makan best-best, galleries, teahouse, cafes, Toy museum, art gallery, gift shop yang menarik! Insadong ni is the famous traditional Korean street yang terletak kat Seoul. Memang seronok explore from one shop to another, from grouping to solo. Haha. Lastly sebab team yang lain lambat sangat, aku jalan sorang je.

Lepas habis penat pusing, kami dibawa pula untuk tengok teater Fireman. Teater ni memang paling aku suka masa sekolah dulu. Dulu masa sekolah aku join kelab teater tapinya tak selected untuk jadi pelakon tapi jadi leader untuk buat props. Haha!

Teater Fireman ni memang menarik dan kelakar habis! Lepas habis perform pelakon semua akan keluar stage untuk bergambar dengan penonton.

@Insadong.. mcm2 adaa...









Ready nak tengok teater

Start dah

Dah habis cepat2 pegi kat luar amek gambar

Muka macam patung gila pelakon korea ni kalau tgk dekat2

Banyak tangan2 artis korea kt depan pintu masuk teater


Dinner & shopping @ Myeongdong

Tempat dinner kami agak jauh sikit kena berjalan kaki. Sebab restoran ni special sikit iaitu restaurant orang Melayu Malaysia kita sendiri iaitu Kampungku. Memang seronok jugaklah bila dapat jumpa dengan orang Malaysia yang duduk kat Korea ni. Banyak betul benda disembangkan. Menurut cerita diorang, dulu memang ada beberapa kedai orang Malaysia kat Korea ni but they the only one survive.               Diorang kata sebab masakan orang Malaysia ni tak kena dengan tekak orang Korea. Ape ke rugi nye kan orang Korea ni tak suka masakan kita. Haiilaa…

Lepas siap dinner kami diberi free & easy time. Kami singgah ke underground shopping mall then borong beberapa stoking comel-comel untuk family. Lepas tu kami ke Myeongdong street. Kat sini memang best sangat tempat dia kalau nak shopping. Waktu malam memang peak sangat tapi tak terlalu sesak. Orang kata kat sini kena try street food dia sebab famous tapi aku tak berani sebab status halal dia tu. So telan air liur jelaa. Kali ni kami memang berjalan jauh sangat sampai sesat dibuatnya! Hahaha.. nasib baik gerak bertiga dengan 2 orang abang2 yang sudi meneman dari first day lagi.. hehe..

* Unfortunately, takde gambar kat Myeongdong sebab aku banyak amek video je.

Dinneerrr

Menu ni. biasa je


Banyak tul patung-patung animasi kt sekitar sini


So end of Korean Trip. I had so much fun and so blessed at the same time. Definitely kalau ada rezeki nak bawak family pulak holiday ke sini. Alhamdulillah for the opportunity & experience.



Anak Masuk Darjah 1