Thursday, January 26, 2012

Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.

Dalam surat beliau kepada isteri nya dan anak-anaknya , beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Lets hear it and share it!



Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita 

 Personaliti 
  1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 
  2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
  3. Jangan berlebihan, tetapkan had
  4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
  5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
  6. Bermimpilah ketika anda berjaga
  7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
  8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
  9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
  10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
  11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri 
  12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
  13. Lebihkan senyum dan ketawa
  14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju



Komuniti
 
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
 
 
 
 
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah
 
 
 
 
 
Nota kaki: Artikel ni adalah untuk peringatan diri sendiri dan anda semua. Jadi kongsikan kepada orang-orang yang anda sayang.
 

I'm imperfect, but i'm perfectly me!

I'm imperfect, but I'm perfectly me.







Nota kaki: imperfect is perfect!

Kerinduanku..

Nice song and lyrics. Aku suke dengar untuk menenangkan hati. Bila dengar lagu ni dengan penuh penghayatan dan kefokusan, confirm berlinangan air mata ni. Lagu ni selalu dimainkan kat astro Oasis. Dulu masa sekolah pun after solat, kami beramai-ramai nasyidkan lagu ni..nice..hati tenang...Jum hayati..

Lirik Lagu Munajat - Rabbani

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Friday, January 13, 2012

Sebab sayang kami tinggalkan...

Selamat pagi all..

Bangun dengan ceria dan bertenaga tak? Kalau ya tepuk bahu sendiri dan katakan “tahniah,good job!” Tapi kalau pukul 1 petang baru nak bangun pastu kate tahniah kat diri sendiri tu memang lahabau namenye.

Aku tertarik dengan kisah yang tengah kepoh sekarang ni kat harian metro pasal ibu bapa yang ditinggalkan anak di pusat jagaan orang-orang tua. Aku terpikir juga ape ke salah ke anak-anak sekarang tinggalkan mak bapak dorang kat pusat-pusat jagaan tersebut? Mungkin kalau ada orang dengar kita cakap macam tu mesti dia pikir, “tak malu nye budak, tak mengenang budi, mak bapak dah jaga die dari kecik sampai la ke besau, bagi makan pakai semua, pastu bila dah besa,keje besa, sesuke hati die je nak campak mak bapak dorang kasi orang lain jaga..@$#%&*Sd#” (budi bahasa budaya kita).

Mungkin tak salah bagi anak-anak yang dah ada commitment sendiri, kerjaya sendiri, dah ada family, anak-anak sendiri, kehidupan sendiri dan takde masa nak jaga parents dorang. Daripada parents mereka terbiar takde orang jaga kat rumah, lebih baik mereka hantar parents ke pusat jagaan orang-orang tua. Kat sana lebih selesa sebab ada kawan untuk bersembang, ada aktiviti yang dijalankan kat setiap rumah jagaan yang ditempatkan dan paling penting parents dorang tak sunyi dan bosan ditinggalkan sorang-sorang kat rumah anak-anak. Bila petang, anak-anak akan datang dan jemput mereka semula. Bukan hantar tapi tak ambik-ambik pulak!

Cuba kita pikirkan, masa kita kecik-kecik pun mak bapak kita hantar kita ke nursery atau babysitter untuk dijaga sebab kita bekerja, so apa salahnya kita hantar mak bapak kita pulak ke rumah jagaan orang-orang tua untuk dijaga. Dunia ni adil kan? Bukan kita tak sayang, sebab kita sayanglah kita buat perkara yang terbaik untuk parents kita.

Tapi lain la kes bagi anak-anak yang hantar parents ke pusat jagaan orang-tua pastu tak datang jenguk dan terus menghilangkan diri tu baru la layak dipanggil anak tak kenang budi. Memangla tak patut!

Jadi, selagi kita ada kesempatan ni, jagalah parents kita dengan sebaiknya. Setiap anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua orang tua mereka. Entertaint mereka, kasihi mereka dan lindungi mereka selagi hayat dikandung badan sama seperti mereka tabah menjaga kita semenjak kita kecik. Jangan bila dah ibu bapa meninggalkan kita baru kita rasa menyesal dan rugi tidak menjaga mereka dengan baik.




***************************

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.












Sunday, January 1, 2012

GIVING 103% AT WORK

Ayo ayo ayoo..

Pagi tahun baru semua..!
Pagi rasa happy tak?
Oh..happy sebab kena pergi kerja ….. lalalaa… (happy lahhh…)


Yay!
Oh…pagi ni teringin nak carik kerja baru…

Google jobstreet…index.com..jobless.my..ejonsvacancy..jobsmalaysia (alahh…tak reti nak pakai)..sambil dengar lagu kat jango.com..ada lagu baru terus download kat 4shared..

godek-godek ape yang perlu…klik appy apa yang patut..
Oh..simple and easy nye dunia…main klik-klik je..
Nak lagi canggih kalau kelip mata je semua leh download…wahh..senang-senang…haha…



Ok now...time for a game,

Dalam pekerjaan, kita cuba untuk  mendapatkan 100% dalam setiap perkara yang kita buat. Meh aku nak ajar cara nak dapatkan 103%. Kita up sikit..! Here's a little math that might prove helpful in the future!

What makes life 100%?

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

equals:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

then:
H A R D W O R K
8 1 18 4 23 15 18 11 = 98 % Only

K N O W L E D G E
11 14 15 23 12 5 4 7 5 = 96 % Only

But:
A T T I T U D E
1 20 20 9 20 21 4 5 = 100 %

However:
B U L L * * * T
2 21 12 12 19 8 9 20 = 103%


ok..now..try it!

Anak Masuk Darjah 1