Friday, March 30, 2012

Best birthday gift Ever!

Excited mode. Gaahhh..

Mr Smiley sengih-sengih pegang Samsung Galaxy-W


Senyum aku lebih lebar dari senyuman Mr Smiley tu…oooohh.. *giggling comel..aww*

Macam tak percaya dapat hadiah gempak dari Encik. Even aku takdela addicted sangat dengan gadget canggih manggih tapi sape taknak dapat handphone free kan?theee...hee. Tapi hadiah ni datang dengan bersyarat. *Tepuk dahi*

Jangan banyak complaint dengan kerja. Stress dengan workload. Tensi dengan bos. Bengang dengan colleague. Yeah. Aku mengaku aku memang kuat mengomplen.gaahh. Pasti Encik pun sudah busan mendengarnya. Encik kata terima dengan seadanya dan yakin Tuhan dah tentukan rezeki masing-masing.

Okeh! Syarat diterima! It makes me to work even harder than before. Now with a big smile…dan semangat yang berkobar-kobar..yahh!



Teringat aku dengan kata-kata worth saying dari Brian Dyson CEO Cola Cola.

There is 5 important things in life which is Work, Health, Family, Friend and spirit. Work is like a rubber ball. Once we throw it, it will bounce back to us. But Family, health, friend and spirit are like a glass ball. Once we throw them, they will be damaged or shattered.

Jadi kite perlulah kerja dengan lebih semangat dan tekun supaya kerja-kerja kita dapat disiapkan dengan cepat lagi efficient. Jangan banyak komplen sebab komplen tu just melemahkan jiwa kita dan buatkan kite lagi malas untuk bekerja. Dan yang penting, lebihkan masa dengan family and friend dan orang-orang yang kite sayang. Appreciate and love them more because they are the spirit of your life and make your life even brighter! Dan jaga kesihatan tuh! rehat secukupnya..jangan banyak tido sudah.theeee..hee.


Ok sudah. Aku nak start mengexplore. Trimas Encik. Saya terharu..

Sunday, March 25, 2012

Nak sesuatu yang besar? Jum ke Carls Junior..

Last weekend aku dan Encik planning untuk menonton movieess, lepas usha trailer movies yang latest keluar kat panggung, so we decided untuk menuntun Bunohan. You know Bunohan? Kirenye aku baru tahu kat area Kelantan ade satu kampung name Bunohan. so bertambah ilmu geografi aku. Tapi kat sini aku bukan nak buat review pasal cite Bunohan. Tapi aku nak review pasal satu tempat makan best yang aku baru discover. Lagi best dari cite Bunohan tu sendiri. Ok lets hear it bebeh!

Tiket wayang yang kami beli jam 2. Sekarang jam 1.30. kirenye kitorang hanya ada masa 30 minit untuk mencari tempat makan disebabkan perot masing-masing dah berlaga-laga menyanyikan lagu ziana zain. Oh.. aku paling tidak suka mencari tempat makan kat One Utama. Lagi-lagi tempat parking dia boleh sesat woih! Lagipun memang jarang ke sini so memang kami tak berapa nak familier dengan tempat-tempat nak dituju. Sempat jugak tengok map untuk carik tempat makan yang paling senang dan pantas iaitu kfc. So berlari-lari anak la kitorang turun escalator semata-mata mencari kfc. Memang dah agak sampai bawah je kami lost! Kalaulah GPS leh pakai time ni..adui…perot dah lapa. Tengah-tengah blur + hati panas tak jumpe kfc tetibe Nampak satu tempat yang macam tak pernah dikunjungi. Carls Junior? Burger? Perot bunyi? Ok jum!

Lepas pilih menu yang dah direcommend kate hebat dan sedap oleh waiter tu kitorang pun diberi number giliran dan cawan plastic. Wow! Bestnye. Boleh ambil sendiri air dan boleh refill anytime! Bagus ok. Aku just amek air grapes dan encik pulak gatal-gatal nak minum air ais lemon tea. Lemon kene amek sendiri ikot suke laahh..


Kene tunggu burger siap...

Air boleh isi dan refill anytime!

Tak lama nak tunggu burger sampai. Sampai je pesanan kitorang, dan aku pun wowww lagi sekali. Kali ni panjang sikit wooowww….burger tu besar ok! Rasanye 2 kali ganda besar mcD koott…besar! Kentang goreng die pn wowww besarrr…dan paling penting sedap! Better dari McD yee…(sorry peminat McD)..

wowwwwnye besarrrr...!

ngaaaapp...
Rase burger yang enak tambah pulak tengah lapa yang amat, tak sangka aku boleh habiskan burger yang besar tu. Fuh. Rasa tak nak bangun dari kerusi. Kire lagi 10 minit pukul 2 kami pun bergegas ke panggung. oh. sape rasa nak cube meh la datang ke tempat ni...terbaik!

Sakit yang datang Ujian untuk kita kan...

Bismillah….

Dari semalam mak aku rasa tak sedap badan. Kurang sehat katenya. Nak bawa jumpa doctor tak mau. Alaahh…orang tua memang payah nak bawa pegi klinik. Macam-macam alasan dibagi. Maklumlah, seharian jaga cucu. Mak aku jaga Anak akak aku dah nak masuk 9 bulan dan anak abang sulung aku berusia setahun setengah. kesian memang ada. tapi mak aku memang berkeras tak bagi cucu-cucunya hantar ke nursery. Asal baca paper je ade kes penjaga dera budak la, budak mati tersedak susu la, kene pijak la..haih…nak-nak paper metro. Pelik-pelik tajuk beritanye. dunia sekarang. Susah kita nak menduga. Mak kate selagi tenaga masih ada. lagipun sakit yang datang kan ujian dari Tuhan untuk kita. Tujuan Dia datangkan sakit untuk beri peringatan kat kita dan menguji tahap kesabaran kita. Mak aku cakap laahh..

 Aku ada terbaca kat buku, sabda Nabi “ Tidak menimpa seorang mukmin satu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, kesakitan dan kesedihan malah dukacita, melainkan dihapuskan sebahagian dari dosanya…”

Teringat aku 2 tahun lepas macam-macam ujian menimpa family aku. Mula-mula kakak aku yang keguguran selepas 2 bulan pregnant anak pertama. Kemudian mak aku suspect denggi. Bukan takat denggi, tambah pulak dengan penyakit pneumonia. Sampai sekarang mak aku bergantung dengan ubat untuk kurangkan penyakit mak tu. Seminggu lepas tu, adik aku pulak suspect denggi. Bukan sorang, dua-dua adik aku suspect denggi.adik perempuan ngan adik laki aku. Tapi adik pompuan aku yang kene admit kat spital seminggu. Bila adik aku dah mula nak sembuh, aku pulak accident! Haru betul. Aku baru balik dari tempat keje naik moto. Dan-dan pulak mase tu hujung bulan kan, eksaitet dapat gaji, muke dah bunga-bunga. Mase tu jugak aku Nampak kereta putih tetibe berada kat depan aku. Mase tu yang aku ingat aku sebut “eh..kereta..”…tau-tau je dah terbaring atas jalan raya gaya superman. Bahu patah. 4 hari jugaklah kat KPJ Shah Alam. Fully sponsored sebab orang tu yang salah sebab langgar aku. Nasib dia nak tanggung semua…fuh…

Mase aku accident tu seminggu sebelum raya. Sehari before raya aku dah bukak anduh kat tangan aku. Segan la jalan beraya pakai anduh! Kirenye banyakla aku kene puasa ganti. Gaaahh…

Dalam buku yang aku baca ade menyebut, Allah berfirman, “ Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami beriman; sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta..” (al-ankabut 2-3).

Sebab tu kite kena selalu muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri. Manusia tak lari dari buat dosa. Manusia selalu lupa dan alpa. Jadi semua apa yang berlaku dalam keluarga aku mesti ada hikmah die yang tersendiri. Tuhan tu bukan nak bebankan kite. Semua tu menunjukkan Tuhan sentiasa beri perhatian kat kite. Jadi, dalam masa sehat ni, selalulah bersyukur atas nikmat sehat yang diberi dan jangan mengeluh dalam kehidupan sebab Tuhan sebenarnya dah berikan yang terbaik untuk diri kita sendiri Cuma kita yang tak sedar. Dan tak ambil peduli. Jadi bersyukurlah!

Tuesday, March 13, 2012

Would you prefer a second chance?




Second chances imply another chance to take a shot at something. Life seldom gives you a second chance and whenever chances or opportunities come knocking at your door, seize them. Life is all about making hay while the sun shines. There is a tide in the affairs of men which when taken at the flood, leads on to fortune. Omitted all the voyages of their life are bound in shallows and in miseries. One should never be dependent on second chances. One should get done with all the work in the very first shot itself. People who are never dependent on second chances are more efficient and capable. Avoid waiting for second chances. Just get done with your work in the very first chance when you take it up. In the words of Orlando A. Battista, “Temptations, unlike opportunities, will always give you many second chances.”




Nota Kaki: Quote worth saying....

Anak Masuk Darjah 1