Thursday, July 19, 2012

Selamat datang Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda, “ Apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.” (HR muslim)






Allah taala berfirman,

“ Katakanlah:’ hai hamba-hamaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIalah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” (Az-Zumar: 53)

“ Dan barangsiapa megerjakan kejahatan dan menganiaya diri sendiri kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa: 110)

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman, sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha PEngampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf:153)

“Dan dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-Syuura: 25)







Nota Kaki: Thanks Allah pertemukan lagi kami kepada bulan Ramadhan. Alhamdulillah.


Tuesday, July 17, 2012

Lupa password email tapi kena ingat password lama?



Tadi pagi aku try nak change password email sebab memang dah lupe sangat password email tuh, pastu pulak kena jawab beberapa soalan dari akaun email itu.



Kalau memang dah lupe password, so nak suruh jugak aku ingat password yang lama. Memang takla kan. Tak ke kejam tu namanye? Cis.

Hard way


Sukar nak ditafsirkan fikiran seseorang itu. Pabila rasa sayang kepada seseorang, hal yang kecil jangan dipandang remeh. Katanya. Ialah, masa mula dilamun cinta. Semuanya memang indah belaka. Bila kita sudah terlalu dekat dengannya, tiba-tiba dia pula membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Beri sedikit masa katanya. Masa sendiri. kita dengan rela hati melepaskannya pergi. Buat sementara waktu. Walau hati tak merelakan. Sebab Sayang yang tak berbelah bagi. Tapi bila kita buat yang sebaliknya, kita dikatakan ada rencana lain. Nak melarikan diri mungkin. Sukarnya nak menduga. Hati selalu berbolak-balik. Kadang tersenyum sendiri. Nampak kelat di muka. Cuba menerima kenyataan. Walau hakikatnya pedih.

Thursday, July 12, 2012

Jum pi makan nasi kukus!

Bismillah,

Woaa..

Baru perasan dah lama tak update. So aku nak start dengan post pasal makanan. Ye jum aku bawak tempat makan yang selalu aku pergi waktu lunch hour. Dekat,senang dan cepat. Okeh. Tanpa berlengah meh aku cerita sikit pasal tempat makan ni. Tempat die bukan la ekslusif mane pun. Gerai tepi jalan bawah pokok nan rendang saje. Tempat faveret. Jum kite makan nasi kukus ayam berempah paling enak yang pernah aku makan. Hoh!

Gerai ni terletak di antara gerai minuman dan gerai makanan campur. So memang strategick la kirenya. Kalau malas nak beratur tunggu turn, boleh saje makan lauk campur yang disediakan kat gerai sebelah kiri. Kalau dah haus nak minum or takut tercekik lepas makan, gerai sebelah kanan nye ade pulak gerai air tebu dan kelapa yang fresh-fresh. Fuh. Sebelum aku belayar lagi jauh, sebenarnya aku nak cerita pasal kesedapan nasi kukus makcik Kiah ni yang tiada bandingannya. Pergh. Hiperbola pun aku tak kesah. Yang bestnye kat sini melayu, india, cina semua suka makan. Memang 1 Malaysia!


Nasi kukus yang enak..nyumm..

Ape yang menyedapkan nasi kukus ni sebab ayam goreng berempahnye yang super special, di goreng rangup dan amat la sedap. Selain tu sambal die pun memang superb la.


Nasi kukus minum dengan air kelapa..wow

Ni kalau korang duduk area kota kemuning meh la datang sini cuba makan nasi kukus yang memang superb. ok dah. Cukup la setakat ni.

Anak Masuk Darjah 1