Sayangilah seseorang kerana Allah. Apabila dia pergi, kita tidak terlalu sedih. Apabila dia dekat, kita cuba jauhi dia. Apabila dia jauh, kita selalu mendoakannya. Apabila dia dikahwini dengan orang selain kita, kita bahagia untuk dia dan redhai kehendak Allah s.w.t. Sayangilah seseorang kerana Allah. Segala yang baik datang dari Allah. Berserahlah. Segala yang buruk pula pasti punyai pelajaran yang baik buat kita. Bersabarlah. Sayangilah seseorang kerana Allah. Pelajarilah dari kesilapan kita yang lalu. Jauhilah sebarang hubungan yang haram. Jangan bawa orang yang kita sayang lebih dekat ke pintu neraka. Sayangilah dia kerana Allah dan kita tidak akan berani menyentuh atau memandangnya dengan pandangan yang jahat. Kita sangat menghormatinya. Sayangilah seseorang itu kerana Allah."
"Andai sudah jodoh, pasti akan diijabkabulkan satu hari nanti insyaAllah. Bersabarlah dan jangan mendekatinya. Andai tiada jodoh, macam mana pernah rapat pun dua insan itu, mereka tidak dapat disatukan. Percayalah pada 51 : 49. Allah cipta setiap makhluknya berpasangan. Berserah dan usahlah membabitkan diri kita dalam sebarang hubungan yang tidak halal sebab dikhuatiri kita jauh dari Allah nanti. Jika hal itu terjadi, mustahil kita dapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. (:"
*honeypokapoka*