Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014-Welcome 2015!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga kita dapat berjumpa ke penghujung tahun 2014 & sekarang menanti detik 12.00 malam untuk ke tahun 2015. Time is running too fast!

Banyak kenangan yang bakal aku semat dalam diari hati aku, suka & duka sepanjang tahun 2014 & segala memori tu takkan terpadam sampai ke penghujung hayat. I'm writing it here so that I won't forget all those great memories I've been cherished in 2014. Now, it's time to create even more great stories, memories, new experiences, new challenges & new hope for another year with my beloved husband & our little one (will share the story soon..;)),both of you are my reasons for me to keep on smiling & living life as it is.

Just a short note from me since takde masa nak menulis panjang-panjang (sebab takde line internet..gahh). Still under confinement period. Will share everything yang tertinggal soon after my confinement period over (just left another days..counting..counting...), dapat balik rumah, dan taip pajang-panjang lagi...heheh...




"As the year comes to an end, don't look back at yesterday's disappointment. Look ahead to God's promises yet to unfold."


Goodbye 2014- Welcome 2015!

Wassalam.

Tuesday, November 11, 2014

Ke Pameran Kesenian Islam

Assalamualaikum,

Last weekend, me and hasben berkesempatan untuk berkunjung ke pameran pedang & peninggalan Rasulullah yang diadakan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah di Shah Alam. Since takde aktiviti yang menarik dihujung minggu (makan tido makan tido je), so hasben plan untuk bawa aku ke pameran tersebut. Pameran tersebut telah berlangsung sejak September lepas dan akan berlanjutan hingga ke bulan December 2014.



Sampai di sana, memang tak ramai pengunjung yang datang (we were the ‘only’ visitor) yang datang pada hari tu. Agak konfius jugak sebab ingatkan dah tutup. Tapi hasben main redah je masuk teros ke dalam dewan pameran since takde signage yang kata pameran di tutup pada hari tu.


Masok je dewan pameran, kat entrance ade replika gua which at first aku ingatkan rumah hantu, dengan sound effect pun macam kat dalam rumah hantu, mungkin sebagai tarikan untuk kanak-kanak yang datang berkunjung. Dalam gua tersebut ada dipamerkan sejarah awal mushaf (Mushaf art at early Islamic Era), sejarah kedatangan ayat-ayat Al-Quran ke bumi. Kemudian, terdapat beberapa replika seperti pedang Nabi, bahtera Nabi Nuh, replika sandal Nabi Muhammad dan juga replika rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad. Kat bawah ni gambar yang sempat aku ambil sepanjang lawatan. Even dia ada mention kat sana dilarang ambil gambar, tapi since takde staff yang available masa tu, so why not… just untuk kenangan. Enjoy!





Salasilah Nabi Muhammad S.A.W

Replika bahtera Nabi Nuh..


Replika sandal Nabi Muhammad S.A.W


Entrance replika kediaman Nabi Muhammad

Ruang ibadah

Jubah yang selalu dipakai oleh Nabi Muhammad

Baju kegemaran Nabi Muhammad, Qomis

Ruang menyambut tetamu



Wassalam.

Saturday, November 8, 2014

Stroller for baby

Assalamualaikum!

Recently Mr. Hubby & me pergi ke Mom & baby expo dekat Mid Valley.

Lagi sekali!!!



Mr. Hubby dah tak larat nak melayan bini shopping baju baby since dah belambak baju baby kat rumah tu. Tapi still rasa banyak lagi barang yang tak cukup dengan alasan "ala ni kan our first baby.. everything kena ada & boleh simpan untuk next baby pulak" wah.. dah planning awal-awal pulak tu! Everytime ada iklan pasal baby expo, diskaun barang baby, jualan gudang pakaian baby, sales barang baby etc etc. aku la yang beriya-iya ajak hubby sambil buat muka sekupang dan pura-pura sakit nak bersalin (even lama lagi okehh..!) kat Hubby & thanks Hubby sebab masih ada kudrat untuk melayan kerenah bini awak ni.. Thee..hee...

Tapi eventhough sekarang ni belambak mommy & kids expo, jualan gudang for baby mak nenek semua tu, we have to be very careful when choosing the right outfit & for our future baby. Jangan main redah je beli semua barang sampai tak ingat yang mana keperluan atau kemahuan. Sebab baby ni cepat membesar so no point if kita beli baju infant banyak-banyak, asal nampak cantik & cute plus murah pulak tu teros rembat. Its an advice for me & for those yang tengah menanti kehadiran cahaya mata macam aku*happy face tepek sini*

And also, please remember, bukan semua baby expo jual barang yang murah dan berkualiti, sometimes ada jugak yang letak harga murah-murah tapi barang dah simpan lama dan berhabuk especially macam botol susu, puting susu, barang mainan etc. etc.Sometimes ada juga jumpa baju yang dah koyak dan kotor pun ada.!

So, watch out mommy out there! Sebelum beli sesuatu barang untuk our baby, make sure telek dulu satu-satu barang yang kita nak beli tu.. takes time sikit nak pilih mana yang bagus.. kalau dah tak elok jangan beli. it could be dangerous to our baby! Lagi-lagi untuk first time mommy macam aku ni.

Eh macam panjang pulak introduction aku ni! Nebermind!

So, kat Mid Valley, tak banyak sangat berbelanja barang baby which my Hubby dah remind awal-awal. Jangan tamak & membazir. Baik bos *muka seposen tak jadi*

Anyhow, for that day, we planned to survey for baby stroller. It's quite hard for us to pick the right stroller sebab ada belambak brand stroller yang berkualiti dijual dipasaran. And also not to forget car seat for baby. Since aku dan hasben akan kerap travelling ke rumah mertua di Segamat (since it is their first grandson) so 2 benda ni amat penting sekali untuk kami.

Ada banyak perkara yang perlu kita consider sebelum membeli stroller such as safety features, head support, side protection, comfort dan untuk aku dan hubby, kami prefer yang senang untuk install dan tak bazir ruang untuk disimpan.

Lepas puas pusing-pusing keliling, lastly jumpa jugak stroller yang we both berkenan. Agak murah jugak sebab 2 set barang dapat below RM500. Affordable kan? The best thing is, stroller ni agak ringan dan senang untuk dipasang, disimpan dan tak bazir ruang untuk diletakkan ke dalam bonet kereta. You know, bila dah ada baby, for sure kereta kita dah macam pusat nursery! Can you imagine that!**pheww**

Tapi, disebabkan tiada stock & kami kena tunggu until the end of this month untuk new stock & barang akan teros dicourier ke rumah. Anyhow, disebabkan kami bekerja, (cuma Ciko je ada kat rumah) so aku terpaksa la pick-up sendiri barang dekat G-Dex office.

Alhamdulillah.. sampai dengan selamat


ok.. that's all for now! =)



Thursday, October 2, 2014

Throwback #3: Gardening

Ok. Nak cakap aku minat gardening taklah jugak kan. Tapi sekadar mengisi masa lapang dan untuk mengindahkan lagi halaman rumah yang agak suram yang hanya didiami dengan rumput liar, why not kita together-gether bergotong royong buat taman mini kat rumah? En. Hubby pon agak excited jugak dengan our new project ni dan dia yang beriya-iya sangat yang bagi idea nak hias taman astakona dia tu. Terlajak rajin pulak laki aku ni. Hiasan dan idea taman semua serah kat En. Hubby je sebab idea aku semua dipandang sepi.. **sentap kat situ**

Well, ada satu tempat ni ada menyediakan pelbagai macam jenis rumput karpet dan pokok-pokok hiasan yang terletak kat Sungai Buloh. Tempat dia betol-betol dekat dengan Hospital Sg. Buloh dan dari sana dah boleh nampak banyak kedai yang kita boleh pilih. Kalau rajin boleh la buat tawaf sekitar kawasan tu untuk survey harga rumput dan pokok hiasan yang murah-murah. Yang paling murah kami dapat jumpa iaitu rumput karpet Jepun dengan harga RM2.50 satu petak. Lepas tu ada jugak batu-batu kerikil warna putih cantik untuk buat hiasan taman. Kami beli dengan harga RM15 sepeket (maybe dalam 10kg) kemudian blok refleksologi RM5 sepetak. Pokok-pokok bunga pulak boleh dibeli dengan harga serendah RM2 untuk anak pokok dan pasu bunga yang dijual 3 buah RM10. Murahkan? Tapi kena rajin survey lah. Sebab ada beberapa tempat yang jual dengan harga agak mahal.

Rumput karpet Jepun. Satu petak tu RM2.50 je. 

Aku tak ingat ape nama pokok bunga kaler putih tu.. Tapi satu anak pokok tu RM2 je. Hah.. ape lagi borong le bebanyak.. :)
Ok now, bermulalah projek pemasangan rumput karpet di rumah. Semua ni En. Hubby yang buat sendiri.

1st... letak pasir kat kawasan yang nak ditanam dengan rumput karpet kemudian siram.

2nd.. Half way pasang rumput karpet..

3rd.. letakla batu kerikil ikot suka En. Hubby dan letak blok refleksologi pun ikot suka dia...huhu
In the meantime, bini pulak masukkan pokok bunga dalam pasu ditemani baby Chiko yang menyebok kat tepi tuu...
4th.. dah siap!! taman mini astakona kami....hehe
All in all, syok jugak dapat buat sama-sama dengan En. Hubby. Keluar peluh, hati happy! Nice tak? :)

Ok chow!

Thursday, September 4, 2014

Throwback #2: Being a Wedding photographer

Being a wedding photographer is tough mann... **pheww**

Indeed!

Aku baru je start untuk berjinak-jinak dalam dunia wedding photography since end of last year sebabnya aku suka sangat tengok orang kahwin! I love the wedding dresses, the make-up, the wedding decorations, the happy faces of family members, dengan suasana kelam-kabut kenduri-kendara, kemeriahan tetamu-tetamu yang hadir, dan sebagai seorang photographer, kita mesti tak nak ter-miss to capture any great moment yang datang cuma sekali seumur hidup ni! Kau nak client kau mengamuk tengok gambar kau ambil buruk takde seni..?? No way man! You get only 1 chance to capture those moment such as time tengah akad nikah, time sarung cincin, time bersanding atas pelamin, time makan etc. and you need to be technically skilled enough to be sure yang shoot kau ambil tu bermakna dan penuh seni. You know what I mean??? In time of pressure, dengan ramai sedara-mara berebut nak ambil gambar, tetamu-tetamu yang bersesak-sesak nak tengok pengantin berarak, you should be able to handle that kind of pressure and at the same time you still need to think creatively!

Being a wedding a photographer need a lots of hard work and preparation. Newbies macam aku ni kena study banyak perkara sebab aku bukanlah pro macam orang lain. Aku just buat sebab minat yang mendalam dalam dunia photography but still banyak perkara lagi aku kena belajar untuk jadi a good photographer. Tapi ada jugak kawan-kawan aku kata aku kreatif. Kreatif ke??**kembangkembang**. Tapii… pujian sekeping tu bukanlah platform untuk aku bangga diri tapi pujian tu cuma meletakkan aku dalam situasi yang sangat berat! It’s a lot of responsibility because you need to understand and remember that you’re shooting a once-in-a-lifetime event!

Ok.. Enough said.

Alhamdulillah aku telah diberi peluang oleh kawan karib aku untuk jadi her wedding photographer. Since aku baru je berjinak-jinak dengan dunia photography ni, so aku just letakkan harga yang superb murah dan berpatutan dengan harga seorang newbies **Winkwink** Apa-apa pun skill dan bakat terpendam aku ni masih perlu diasah dan diperbaiki lagi. InsyaAllah.

So, kat sini aku just nak share hasil karya aku ***ecehcehh** untuk my good friend Eja & Ariff. I know there’s a lot lot more to improve but yeah I did it and I’m very proud of myself for the hard work & ribuan terima kasih diucapkan kepada Eja kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk menjadi orang yang paling penting dalam perkahwinan korang. ^^, 


Custom album




Me-- last year.. time kurus..*theehe*



Friday, August 29, 2014

Throwback #1:Budget untuk adopt kitten

YES!!

Saya sayang kucing… kucing sayanng saya….hoh.!

Memang takde langsung dalam future plan aku untuk adopt sekor kucing parsi. Out of sudden, aku teringin gile nak adopt sekor and luckily dapat jumpa someone yang jual kucing parsi yang harganya sangat berbaloi-baloi.**speechless**

Alhamdulillah, even ada sedikit masalah here and there sepanjang misi nak cari kucing parsi, macam ada satu perasaan yang sangat kuat untuk aku teruskan jugak misi aku yang sangat ntahpape ni, dan En. Hubby langsung tak pernah nak halang niat suci murni aku nak adopt kucing parsi. Dengan berbekalkan muka innocent comel dengan ayat-ayat manis aku berjaya meyakinkan En. Hubby untuk menyumbangkan dana untuk membeli sekor. Alhamdulillah En. Hubby approved! Thanks a million B… **sobsobsob** Tapi… dana tersebut disertakan dengan syarat iaitu En. Hubby hanya menyumbang untuk harga seekor kucing dan aku pulak perlu membeli sendiri all the equipment needed, termasuk cat carrier, cat litter box, food, barang mainan dia, syampoo, sikat etc. No problemo En. Hubby.  Asalkan En. Hubby sudi untuk menyumbangkan dana that more than enough. Lagipun kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad dan orang tua-tua kata pulak boleh murah rezeki. Ye tak?

Pheww.. so my first bajet nak beli cat carrier. So google punye google dapatlah jumpa kedai online jual pet carrier dengan harga berbaloi-baloi hendaknya. For those yang interested nak cari pet carrier murah bolehlah singgah website dia kat sini http://www.dkashcattery.com/ dan facebook page dia kat sini https://ms-my.facebook.com/dkash.cattery dan boleh la contact Mr. Hisham untuk process jual beli. Service yang dihidangkan antaranya service boarding, jual beli variation breed of cats siap boleh nego price, petshop product dengan harga berpatutan (ex: cat litter, cages, cat food, barang2 keperluan kucing yang lain). Nak lagi best dan senang untuk pilih-pilih barang boleh la singgah terus ke kedai beliau di Semenyih. Dkash jugak menyediakan service penghantaran dan kos penghantaran pun agak berpatutan. **sukasukasuka**

Mari-mari singgah... ^^,

Memandangkan aku pun takde masa untuk pergi kedai beliau di Semenyih yang super jauh dari rumah aku, so aku just mintak pet carrier aku tu dihantar terus ke office tempat aku bekerja. Aku purchase hari ni dan the next day En, Hisham dah hantar ke office aku. Cepat dan mudah kan? Thee hehe.. So ini dia... untuk bakal baby baru ku.. **tomeyyy** ^^,

Pink youu... i looiikee...^^, RM70 ++ include kos penghantaran. Murah?


Oklah, takde masa nak tulis panjang-panjang lagi jom la aku introduce my baby boo…hehe.. tadaa…. 

The first day dapat si kenit ni... aku dah melting dengan kecomelan beliau...
Cakk... Nor Hachiko Bt. Khairul Ridzuan.. name IC youu....ahaks..!!
On the way balik beraya ke Perlis... My baby kena Jet Lag..

My baby Chiko with her mommy...kohkoh..
So.. that's all for now. 

Penat dah nak mengarang.... T.T

Sunday, August 17, 2014

Yes..I'm writing again!

Bismillah..
Wow.. it’s been awhile since lepas kahwin tak pernah post anything kat dalam blog ni. Teringat-ingat zaman muda-mudi dulu (macam tua sangat la kann), time study dulu memang rajin gile la update blog sampaikan nak pegi toilet pon kena tulis kat blog.. macam harem..

Ok now dah dewasa (bwahahah dewasa kau…), maksudnya aku dah masok new chapter of life. Life after married then tetibe aku rasa macam banyak pulak story-story nak cerita (even aku tau aku takde followers whatsoever..bwuhuhu…) tak sedih pun sebab buat blog pon untuk bacaan sendiri je..hahahahahah.. (gelak macam nak cover malu kat situ).

Hah. Ok la dari banyak merapu.. lepas ni aku akan start berblog balik. Memang banyaakk sangat cerita story-mory nak share kat sini daripada biarkan blog aku ni bersawang, baik teruskan je.. =)
Ok dah .. story seterusnya akan dipost kemudian…


^Peace!^


Anak Masuk Darjah 1