Assalamualaikum,
At last, my confinement period already over! Alhamdulillah. Cukup 45 hari berpantang kat rumah mak aku & the next day Hubby & me terus balik ke rumah kami konon-konon nak introducing our home sweet home to our handsome baby boy.*winkwink sikit*
waaaahhhh.... tak sangka sangat dah jadi ibu. Perasaan seronok tu membuak-buak & each time pandang muka baby, dalam hati ni kata 'eh tak percayanya ini anak ibu' anak ibu yang super duper cute ni...gaahhh..
Actually, aku deliver 3 minggu awal dari EDD yang diberi oleh doctor. Agak tak prepare & tak sangka baby nak keluar begitu cepat. Alhamdulillah, it all went well.
Sakit ke beranak? Sakit hokeeyyyyy.....
Tak sangka aku dapat lalui semua tu dengan jayanya. Sebabnya aku jenis orang yang tak tahan sakit. Thinking of the delivery process je teros kecut perot menggeletar semua ada. aku just nak benda ni cepat-cepat habis! Nebes giloss bila tengok proses bersalin kat youtube dari masa sakit contraction, kepala baby dah keluar kat bon**t, kalau tak bernasib baik kalau baby besar dah kena gunting pulak kat bawah tu, gahhh mimpi ngeri sangat! Boleh kata time aku 9 month preggy, tiap2 hari aku akan tengok video delivery process kat youtube just untuk kuatkan diri aku ni. Boleh ke aku ni??
Masa time pregnant 8-9 bulan tu, banyak jugaklah aku study cara nak mudahkan bersalin, preparation masa nak bersalin etc etc. Cara bernafas yang betul masa sakit contraction, makan kurma untuk tenaga, banyakkan minum air masak etc etc. Semua tu aku praktikkan masa kat hospital dan alhamdulillah, aku dapat bersalin secara normal. Syukur!
Kalau orang tanya macam mana feeling bersalin? Aku akan jawab.. seronok! Rasa nak buat lagi tapi bukan dalam masa terdekat ni..heheh... Boleh kata sepanjang proses bersalin tu even rasa sakit tu sangat kuat, tapi once baby dah keluar dari dalam perut, dah tak rasa apa dah! I can simply said its a miracle! Syukur sangat Hubby ada kat labour room sepanjang aku sakit nak terberanak. Dia tak putus-putus bagi moral support kat aku & aku rasa bersemangat sangat masa tu.
Now my baby dah 6 weeks old & he's doing great. Since aku dah ada 4 orang anak buah, so aku tak kekok bila nak handle baby. Cuma perasaan je lain. Sebab dia anak aku! bwahahah...!!
Banyak perkara yang aku dah belajar sepanjang dah tukar title jadi ibu ni which is sabar. Sabar sabar dan sabar. Rutin harian pun jadi amat-amat berlainan & aku kena adapt dengan cepat.
Rasa tak puas pulak story pasal ni. Its a great experience yang Allah titipkan kat setiap wanita untuk merasa kesakitan bersalin iaitu rasa sakit kedua paling sakit selepas sakit sakaratul maut. Aku bersyukur dapat merasa semua tu. Secara tak langsung mendekatkan diri aku kepada Pencipta.
Kena stop kat sini sebab baby dah start meragam mintak susu! :))
Will share another story soon!
Thanks for reading. ;))