Wednesday, March 11, 2015

Anak demam- tips kurangkan selsema & demam

Bismillah,

Ammar Zafran now turns 3 month old..yeayyy! Alhamdulillah syukur, Ammar sangat senang di jaga masa baby ni. Tak banyak kerenah, tak banyak ragam. Most of the time dia akan tidoq, tak pun main sorang-sorang. Bila keluar berjalan or jumpa sedara-mara mesti dorang cakap Ammar budak baik sebab jarang tengok dia meragam. Alhamdulillah! For now la.. hehe..

Last time aku demam & selsema. Now dah berjangkit pulak kat si kecik Ammar. Yela, asal dekat je mesti nak gomol-gomol budak kecik tu. Mana boleh tahan tengok budak kecik tu tersengih-sengih asal di agah. Kesian pulak tengok Ammar sokseksoksek hingus keluar kat hidung. Ada one time tu Ammar meragam je sebab tak selesa. Sangat kesian kalau baby kita tak sehat. Yela, kita tak boleh simply bagi ubat demam or ubat selsema kat baby. Organ dalaman baby masih tak matang lagi so sangat-sangat tak digalakkan baby diberi ubat demam.

So, aku pun bawak Ammar pegi klinik untuk consult dengan doctor. Doctor kata untuk baby memang tak digalakkan bagi ubat. Kalau nak bagi pun kena bagi dos yang kecik. Cuma nak kurangkan selsema dia so doctor bagi Ammar nebulizer.

Redha jela Ammar kena neb.
Masa Ammar demam, memang risau yang amat. Yela, baru 3 bulan kan. Time tu suhu badan dia 37.6 degree. So, beside consult dengan doctor, kita pun boleh je pakai petua orang dulu-dulu. what I do,  untuk baby demam just lap je badan baby dengan kain basah. Kalau dah kering, ulang lagi sekali. Cara ni untuk pastikan badan baby kita sentiasa sejuk. Lepas tu boleh jugak tuam kepala baby dengan kain basah. 

Untuk baby yang selsema pulak, mak aku kata letak kunyit kat batang hidung dia.

Cara dia:
  •  Kunyit dalam 1 inci dibuang kulit.
  • Lepas tu hiris kunyit tu kat belakang lesung batu just untuk dapatkan air kunyit tu.
  • Then, sapu kat area dahi & batang hidung baby. letak sikit je

Nampak tak kaler kuning segaris tu?

So far, aku just letak kunyit je kat batang hidung Ammar. Kalau pegi klinik pun doctor suruh pakai neb. Kesian pulak tengok. Selsema dia pun dah makin kurang. Cuma kadang-kadang je dia meragam sebab hidung tak selesa. Tapi if demam baby takde tanda-tanda nak baik, better jumpa doctor semula. in case anything happen kan.

Ok setakat ni je. 

Assalamualaikum.


3 comments:

Anak Masuk Darjah 1