Bismillah,
Alhamdulillah , syukur sangat dah selesai untuk majlis
Aqiqah & cukur jambul si Ammar Zafran. Majlis berlangsung pada 08 March 2015
(Ahad)di rumah mak mertua kat Segamat. Al-maklumlah, cucu pertama mereka. Mesti
family mertua agak excited sikit.
Majlis ni semua unplanned & last minute punya decision. Supposed
Aqiqah Ammar nak buat sekali dengan majlis tunang adik ipar. Tapi disebabkan
adik ipar pun tak sure bila nak buat majlis dia, so kitorang pun buat dulu
majlis aqiqah untuk ammar since Ammar pun dah masok 3 bulan.
Preparations untuk kenduri semua mak mertua yang sediakan
dari segi arrangement untuk menu masakan, pasang khemah, Marhaban, doorgift dan
jemputan. Doorgift yang balance masa kami kawen pun belambak lagi. So pakai jela
yang dah sedia ada. Kami pulak cuma sediakan duit kambing aqiqah Ammar &
tambahan untuk doorgift. Bajet jemputan dalam 150 orang. Yang lain-lain semua
family mertua support. Untunglaa..
Jumaat malam baru kami bergerak
balik ke Segamat. The next day (Sabtu) baru start buat preparation. Tugas aku
untuk sediakan doorgift lepas tu tampal tag majlis aqiqah Ammar. Tu pun buat
sendiri aci taram je.. hewhew.
Sticker buat sendiri & tasbih sebagai doorgift |
Tengah-tengah dok prepare barang
goodies, tetibe mak mertua aku bagi idea untuk buat buaian berendoi. Bab deco-deco
semua serah kat aku. Since, aku pun minat bab-bab cenggini, so dengan senang
hati aku terima job tersebut. Hoh!
Buaian berendoi Ammar. Simple! |
Majlis start pukul 10 pagi. Kalau kat
kampong sure mesti on-time punya. Ammar pulak pukul 9.30 pagi baru
terhegeh-hegeh nak bangun. Nak kejutkan awal kesian pulak lena tido. Pukul 9.45
pagi group marhaban dan sampai. Aku pulak terkocoh-kocoh nak siapkan si Ammar. Baju
si Ammar pun tak decide nak pakai yang mana satu. Baju Ammar Mak Long yang jahitkan
sendiri. Satu baju melayu & satu jubah. Bila try fitting baju melayu, Nampak
besar sangat kat Ammar. So decide untuk pakaikan jubah je.
Baju ni size budak setaon..hehe |
alolorhh tomey.. |
Sepanjang majlis berlangsung,
Alhamdulillah Ammar tak meragam pun. Masa group marhaban berzanji pun si kecik
Ammar tido. Masa aku dukung dia untuk cukur rambut pun takde masalah. Dok senyap
tapi mata pandang-pandang sekeliling. Disebabkan group marhaban ramai memenuhi
ruang tamu rumah mak mertua aku, so buaian berendoi tu jadi display je dok
tengah-tengah ruang tamu. Hehe.
Lepas habis majlis, so time to
next project. Botakkan kepala Ammar. Disebabkan masing-masing takot & tak
pandai nak cukur kepala Ammar termasoklah daddy Ammar, so si ibulah yang
terpaksa botakkan kepala Ammar. Time tu pulak Ammar tengah lena tido, time tu
la masa sesuai nak cukur rambut. Lepas half way cukur rambut Ammar, daddy Ammar
pun join cukur sekali since dia tengok takla susah sangat pun kan.
si botak Ammar & muka selekeh aku lepas abes kenduri |
Ok. Perasan tak entry ni tak
banyak gambar? Yup. Itu yang paling aku terkilan sekali sebab tak dapat nak
share the moment with everyone. Yela, orang yang paling rajin ambil gambar of
course la aku. Tapi disebabkan aku sibuk dengan si Ammar, banyak momen-momen
yang terlepas untuk dibuat kenangan. Orang yang ditugaskan untuk ambil gambar pulak cuma amek muka Ammar je. Cuma lengan sado aku ngan belakang badan je masuk dalam gambar. Ohhh
sedihh..
Ok. nak merajuk kejap! Bye.
Sama macam aku. Masa aqiqah langsung tak ada gambar aku. Aku rasa tiap kali buat majlis hatta majlis cikai kena ada OP. Amboi sangat kan. Hihi.
ReplyDeletekahkahkah.. geram kan... klo orang lain kite sanggup jadi OP die. time kite xde sape plak nk amekkan pic.. sodeh den..
Delete