Assalamualaikum,
Ok so, tahun ni merupakan tahun ke-2 kitorang beraya bersama. Tahun lepas Ammar dalam perut lagi. Tahun ni, beraya bertiga as a complete family-Ibu, Ayah dan Ammar. So shuweet..
Raya tahun ni bertambah-tambah ‘meriah’ sebabnya, giliran aku untuk beraya bersama family aku dan for the first time, family mentua beraya di sini sekali. Sooo meriahhh..
It’s quite tough la rupanya nak jaga hati dua-dua pihak. Both on my family side, and my in-laws side. Ia boleh mengundang rasa serba-salah berganda-ganda. You know what I mean.. hehe.
But of course, walau apa pun, kita kena sepakat. Dah jadi isteri kenalah lebihkan keluarga belah suami. Suami kan ketua keluarga. **dok tepi sambil lap hingus**
Anyway, tahun ni Ammar berkesempatan menziarah kubur atok dia iaitu abah aku. Alhamdulillah, tahun ni jugak kami adik-beradik seramai 6 orang dan mak dapat berkumpul beramai-ramai untuk bacakan Yassin untuk arwah abah. Alfatihah untuk arwah abah.
Budak kecik bajet letih angatt.. |
Actually, agak susah jugak nak berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik dan ipar-ipar. Mungkin setahun sekali je macam setiap hari raya je baru dapat berkumpul. Sebab tu kadang-kadang aku agak terkilan dan sedih kalau family aku ada gathering tapi aku tak dapat nak join. Rasa dipinggirkan. Sentap kan? He he..
My family |
Throwback my siblings. teka aku yang mana? he he |
Sepanjang beraya ni, Ammar sangat-sangat behave. Pergi beraya rumah orang je Ammar selalu main sendiri atau pun dok tenung muka orang yang dia tak familiar. Jarang sangat nak tengok dia meragam. And yeah.. I am a lucky mother.
That’s it! settle post pasal hari raya yang tak seberapa ini.
No comments:
Post a Comment